Pages

Monday, July 12, 2010

Call Of Duty 4 : Modern Warfare


Game - Call Of Duty 4 : Modern Warfare
Publisher - Activision
Developer - Infinity Ward
Engine - IW
Platform - PC, 360, PS3, Wii, Mac, Mobile
Released Date : PC, 360, PS3 - 05 November 2007
Mac - 26 September 2008
Wii - 10 November 2009

Envy Review for PC

Difficulty - Regular
Status - Replay
Gameplay - 4.7
  • Paparan perspektif first person
  • Combat membolehkan pemain membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk grenade. Pemain boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (1 / 2). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (F) yang dijumpai sepanjang permainan.
  • Sesetengah senjata turut dilengkapi dengan ciri istimewa atau attachment seperti scope, red dot sight, holographic sight, ACOG scope, laser module dan silencer . Sesetengah fungsi attachment (3) pula perlu diaktifkan untuk menggunakan grenade launcher
  • Bergantung kepada level, pemain memiliki beberapa sokongan ketenteraan yang canggih seperti air strikes dan AC-130 Spectre
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Abiliti STEADY (MB2 + Shift) diperlukan dalam menggunakan Sniper rifle untuk mengurangkan goyangan rifle tersebut supaya lebih stabil untuk memastikan ketepatan tembakan terutamanya headshot.
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan.
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti frag grenade, flashbang, smoke grenade, C4 dan claymore mine. Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut atau melontar kembali ke arah musuh (MB3). Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT (Shift) buka sahaja membolehkan pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum keletihan.
  • Apabila menerima damage, warna merah akan terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin banyak warna merah memenuhi skrin. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berundur dan berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih. Health yang kritikal juga mengakibatkan nafas pemain menjadi kencang.
Action - 4.7
  • Mengikut level, pemain membawakan empat watak berbeza. Watak pertama adalah SSgt. John 'Soap' MacTavish, seorang anggota rekrut 22nd British SAS Regiment. Watak ke dua adalah Sgt. Paul Jackson, anggota 1st Force Recon USMC. Watak ke tiga adalah sebagai Left. John Price ketika imbas kembali kejadian 15 tahun di mana dia terlibat dalam misi menghapuskan Imran Zarkhaev. Pemain juga turut memegang watak kecil sebagai Yasir Al-Fulani, presiden sebuah negara Timur Tengah yang tidak dinyatakan ketika awal permainan. Kawalan watak Al-Fulani terhad kepada kawalan pandangan sahaja
  • Antara misi yang perlu diselesaikan adalah menyelamatkan informant Rusia bernama Nikolai yang ditahan oleh Ultranationalist, memberikan sokongan serangan udara melalui pesawat AC-130 Spectre
  • Modern Warfare membawa pemain ke pelbagai lokasi seluruh dunia seperti kem latihan SAS di Credenhill England, Laut Bearing, Caucasus Mount di Rusia, Azerbaijan, Timur Tengah dan Pripyat di Ukraine
  • Variasi senjata moden ditampilkan dalam Modern Warfare. Antaranya adalah M9, M1911, Desert Eagle, USP .45 (pistol), M4A1, M16A4, G3, G36C, AK-47, AK-47u, P90 (assault rifle), Dragunov, R-700, M-21 (sniper rifle), MP5, Mini-Uzi, Skorpion (SMG) Benelli M1014, W1200 (shotgun), RPD, M249 SAW, M60E4 (LMG) dan Stinger, Javelin, RPG-7, AT4 (rocket launcher)
  • Selain itu, pemain juga boleh menggunakan beberapa artileri sokongan lain seperti M134 mini gun, MK-19 grenade launcher, AC-130H Spectre (pesawat yang dilengkapi dengan GA-12 25 mm gatling gun, L60 40 mm bofors cannon dan M102 105 mm cannon
  • Antara senjata terbaik digunakan adalah M4A1 dan M16A4 dengan holographic sight untuk tembakan yang lebih tepat. Ia memiliki damage yang amat baik terhadap musuh terutama dengan headshot. Selain itu, apabila menghadapi kumpulan musuh yang ramai, tembakan bertalu-talu agak mudah dilakukan keranarecoil yang rendah serta goyangan senjata yang tidak terlalu kuat. Untuk combat jark jauh, M-21 menjadi pilihan pemain dengan zoomed scope yang agak baik serta rate automatik rifle tersebut. Dengan magazine memuatkan 10 rounds ia juga amat sesuai menghadapi kumpulan musuh yang ramai dari jarak jauh. (amat membantu dalam level One Shot One Kill)
  • Selain itu, pelbagai pakaian dan outfit turut ditampilkan dalam setiap misi begantung kepada situasi dan environment. Daripada pelbagai camouflage outfit hinggalah pakaian tentera dihasilkan dengan amat menarik, realistik dan variasi.
  • AI musuh dihasilkan dengan amat baik sekali malah amat mencabar pemain dengan corak menyerang yang terancang dan sangat agresif. Setiap serangan musuh seringkali menyebabkan pemain terpaksa berundur atau mencari cover lain. Musuh juga mampu berlindung dengan baik untuk mengelak setiap serangan pemain. AI teammate yang lain juga amat baik dan sangat membantu pemain dalam menghapuskan musuh.
  • Antara kumpulan musuh yang perlu dihadapi adalah Ultranationalist dan OpFor
Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape 4.5, Character 4.5, Costume 4.7, Weapon 4.7, Object 4.5

You Live in it - 4.7
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan in-engine cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Misi merangkumi waktu siang dan malam
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa.
  • Variasi outfit dan karekter
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Plot yang menarik dan dipenuhi kejutan menghidupkan lagi jalan cerita
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima. Musuh yang hampir mati juga masih mampu melepaskan tembakan ke arah pemain.
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Sesetengah pergerakan seperti memanjat tannga kurang realistik kerana pemain masih mengacukan senjata ketika memanjatnya
Overall - 4.7

Merupakan siri pertama kepada perang moden Call Of Duty, Call Of Duty 4 : Modern Warfare meletakkan aras yang tinggi untuk permainan FPS lain bertemakan perang moden untuk diatasi. Modern Warfare menampilkan pelbagai elemen moden, peperangan yang realistik dan aksi ibarat filem Hollywood tanpa henti. Antara permainan FPS yang wajib dicuba.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Call Of Duty 4 : Modern Warfare
Screenshots

In-Game Action



























Combat
















AC-130H Spectre Gameplay





Perspective of Yasser Al-Fulani





World and Environment
















No comments:

Post a Comment