Pages

Wednesday, June 30, 2010

Tom Clancy's Splinter Cell : Double Agent


Game - Splinter Cell : Double Agent
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Shanghai
Engine - Unreal 2.5
Platform - PC
Released Date - 07 November 2006
Alson on - 360, PS3, PS2, Wii, GC

Envy Review for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 3.7
  • Memaparkan permainan daripada perspektif third person
  • Seperti Chaos Theory, Double Agent amat menekankan corak permainan stealthy untuk menyelesaikan setiap objektif serta combat yang lebih berkesan dan efektif
  • Selain itu, permainan dalam Double Agent juga banyak melibatkan contact action berdasarkan indikator yang dipaparkan pada skrin. Ia digunakan untuk grab character, cut material, interrogate, membuka pintu, memindahkan mayat dan mengaktifkan mini game.
  • Selain interrogate, grab character juga membolehkan Fisher memegang musuh sebagai human shield, corner grab, water grab kill dan ice smash kill
  • Gajet utama yang dimiliki oleh Fisher adalah Vision Google yang dilengkapi dengan night vision, thermal vision dan wave vision.
  • Sticky camera membantu Sam untuk melakukan tinjauan di sesuatu lokasi tanpa mendedahkan dirinya dari jarak yang jauh. Ia boleh digunakan untuk melihat jumlah musuh, halangan atau persekitaran sesuatu tempat. Sticky camera dilancarkan menggunakan SC-20K rifle launcher ke arah tempat yang diingini. Paparan kamera tersebut boleh dilaras kiri dan kanan untuk mendapatkan pandangan menyeluruh. Sticky camera boleh menghasilkan bunyi bising (MB2) dan melepaskan CS gas yang mampu memengsankan musuh. Sticky camera boleh dikutip kembali jika tidak dirosakkan oleh tembakan musuh atau gas tidak dilepaskan.
  • Optic cable digunakan untuk melakukan tinjauan sebelum pintu dibuka atau keluar dari ruang ventilasi udara
  • OPSAT (F1) menyediakan pelbagai maklumat berguna kepada Sam seperti objektif, peta 3D, data dan profil serta maklumat peralatan dan gajet.
  • Combat melibatkan penggunaan senjata api dan tanpa senjata. Dua serangan asas Sam adalah lethal strike (MB1) dan knock down (MB2). Lethal strike merupakan serangan Sam yang membunuh dan lazimnya menggunakan pisau. Knock down pula akan memengsankan musuh. Kedua-dua serangan ini juga boleh diaplikasikan apabila memegang musuh ketika grab
  • Fisher juga boleh memanfaatkan environment untuk serangan tertentu antaranya, menarik musuh ke bawah ketika bergantung pada ledge, menolak musuh jatuh ke bawah selepas grab , terjun ke atas musuh untuk serangan knock down, bergantung pada sesuatu palang dan nantikan musuh mendekati untuk lethal strike atau knock down, dan menghempas pintu untuk menolak musuh di sebelah bertentangan.
  • Dalam navigasi, Sam perlu menyesuaikan kelajuan pergerakan dan lariannya (Scroll up / down MB3) supaya sesuai dengan bunyi persekitaran untuk pergerakan yang lebih senyap dan tidak menarik perhatian musuh.
  • Bergerak di sebalik bayang atau di dalam gelap amat membantu dalam stealthy kerana pandangan musuh yang terhad tidak dapat melihat kelibatnya. Pergerakan di dalam gelap langsung tidak memberi masalah kepada Sam dengan bantuan Night Vison Google (2) sekaligus memberi kelebihan yang amat besar kepada Sam ke atas musuh.
  • Double Agent menampilkan variasi mini-game yang menarik berbanding siri terdahulu seperti hacking, safe cracking, mine assembling, lock picking dan email decrypting.
  • Visibility indicator digunakan sebagai rujukan visibility dan kesenyapan pergerakan Fisher. Ia terbahagi kepada tiga warna iaitu hijau - kedudukan Fisher terlindung dan selamat, kuning - kedudukan Fisher terbuka dan mudah dilihat dan merah - kedudukan Fisher telah dikesan dan akan serang oleh musuh. Jika warna kuning berkelip, ia menunjukkan Fisher dalam kedudukan seimbang antara terdedah dan tersorok iaitu dalam situasi musuh sedar akan kehadiran Fisher tetapi tidak sepenuhnya atau Fisher berjaya menyembunyikan diri setelah dikesan oleh musuh
  • Trust meter memaparkan tahap keyakinan kedua-dua organisasi sama ada NSA atau JBA terhadap segala tindakan Fisher dalam menyelesaikan misi yang diberikan. Andai kata salah satu meter tersebut kosong permainan akan tamat serta merta. Kepercayaan yang diperolehi bukan sahaja memberi kesan kepada jalan cerita, tetapi juga kepada cara layanan yang diberikan oleh karekter lain kepada Fisher serta upgrade senjata dan peralatan yang diperolehi
  • Health dipaparkan pada ikon shield bersebelahan objektif bar. Damage yang diterima akan memberi kesan kepada ikon tersebut. Fisher perlu mengelak daripada damage untuk beberapa ketika sebelum pulih semula seperti biasa

Difficulty selection
Contact action

Grab to interrogate or human shield

Free jump

Safe cracking

Hack mini game

Controlling a helicopter


Action
- 3.7
  • Double Agent memerlukan Fisher berkhidmat untuk NSA dan pada masa yang sama menyamar dalam sebuah organisasi pengganas dikenali John Brown's Army (JBA)
  • Double Agent membawa Fisher ke Iceland, New York, Ellsworth Prison di Kansas, Laut Okhotsk di Rusia, Hotel Jin Mao di Shanghai, Cozumel di Mexico dan Kinshasa di Republik Congo
  • Sam Fisher dilengkapi dengan dua senjata utama iaitu, SC-20K SMG dan 5-7 SC Pistol. Beberapa ciri istimewa ditampilkan pada SC-20K SMG seperti scope untuk ketepatan tembakan yang lebih baik dan launcher yang berfungsi melancarkan gajet seperti sticky camera, sticky shocker dan airfoil round
  • 5-7 SC pistol merupakan pistol berpenyenyap dengan fungsi OCP yang membolehkan sesetengah objek elektrikal seperti lampu dan kamera keselamatan dinyahfungsikan untuk seketika. OCP perlu dicas untuk seketika selepas digunakan.
  • Pelbagai penamat bergantung kepada tindakan Fisher sepanjang permainan

Beautiful World and Detail
- 3.5
Landscape 3, Karekter 3.5, Weapon 1.5, Kostum 3.7, Objects 3.7


You Live in it
- 3.5
  • Jalan cerita yang menarik walaupun agak kompleks
  • Pergerakan dan abiliti stealthy yang sangat baik dan realistik dimiliki oleh Fisher.
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Efek bayang yang sangat baik
  • Environment yang menarik dan realistik
  • Invisble walls yang yang terhad memberi kebebasan dalam permainan
  • Voice acting yang baik menghidupkan cerita terutama suara Fisher
  • Terdapat peningkatan terhadap hit detection berbanding Chaos Theory.
  • Paparan indikator di tengah-tengah skrin agak menganggu pandangan
  • Fungsi quick save juga mengurangkan feel untuk membawa watak Sam Fisher dengan lebih berkesan kerana ia membolehkan permainan diulang semula pada save yang terakhir untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan sebelumnya selain menjadikan permainan tidak mencabar. Double Agent akan lebih menarik dan mencabar jika sistem checkpoint digunakan
  • Masalah bug yang terlalu banyak sangat memberikan tekanan. Pemain mendapat beberapa masalah ketika safe cracking, menggunakan attachment pada rifle dan tidak dapat bergerak (freeze)

Overall
- 3.5

Double Agent menampilkan banyak elemen baru dan penambahbaikan di dalamnya berbanding Chaos Theory. Beberapa abiliti dan pergerakan yang menarik dalam menundukkan musuh sangat mengagumkan. Namun begitu, sesetengah perkara seperti bug dan paparan HUD yang bermasalah dan agak menganggu menjadikan keseronokan dalam permainan ini sedikit berkurang. Pemain berasa lebih selesa bermain menggunakan sistem HUD seperti Chaos Theory. Selain itu, quick save juga mengurangkan feel dan cabaran permainan kerana pemain boleh mengulang dan membaiki semula kesilapan yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, Double Agent tetap menarik dalam menyajikan aksi stealthy yang realistik dan variasi.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Splinter Cell : Double Agent Screenshots


Sam Fisher

Sam Fisher in Splinter Cell suit

Combat and Navigation






Diving


Ledge takedown

Water grab

Water grab kill

In-game Action








No comments:

Post a Comment