Pages

Sunday, May 16, 2010

Grand Theft Auto IV : The Lost And Damned


Game - Grand Theft Auto IV : The Lost And Damned
Publisher - Rockstar Games
Developer - Rockstars Toronto
Engine - RAGE
Platform - PC
Released Date - 13 April 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif third person sepanjang permainan. Namun begitu paparan first person turut terdapat apabila Klebitz berada di dalam teksi
  • Pada amnya, tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengan GTA IV. Namun begitu, The Lost And Damned menampilkan pelbagai elemen baru dalam gameplaynya
  • Antaranya adalah kemudahan penghantaran motorsikal dan bekalan senjata terus kepada Klebitz dengan menggunakan telefon bimbitnya. Variasi motorsikal dihantar secara percuma oleh rakannya, Clay manakala bekalan senjata dan armor pula masih perlu dibayar tetapi pada harga yang lebih murah.
  • Klebitz juga boleh menghadapi setiap dengan bantuan daripada ahli-ahli kumpulannya. Bantuan boleh diperolehi menerusi fungsi BACK-UP di dalam telefon. Penglibatan anggota The Lost dalam sesetengah misi atau Gang Wars akan memberi kesan kepada kemahiran dan pengalaman mereka. Ini bermakna lebih banyak misi diikuti, lebih efektif seseorang anggota The Lost tersebut. Setiap anggota yang terbunuh akan diganti dengan anggota yang baru
  • Ketika menunggang motorsikal secara berkumpulan ketika diketuai oleh Billy, Klebitz boleh menyertai mereka untuk menghasilkan formasi. Formasi yang baik akan memaparkan logo The Lost di atas jalan raya yang dilalui. Berada di dalam logo itu akan memulihkan health dan armor Klebitz.

Stay in the badge of gang formation to recover health, gain armor and repairing bike

Terry's gun supplies delivery

Action - 4.5
  • Pemain membawa peranan Johnny Klebitz, Naib Presiden (kemudiannya Presiden) sebuah kumpulan motorsikal bernama The Lost di Liberty City.
  • The Lost And Damned menampilkan variasi senjata baru seperti automatic pistol, sawn-off shotgun, assault shotgun, grenade launcher, pipe bomb dan pool que.
  • Model senjata yang disediakan adalah CZ-75 automatic pistol, H&K-69 40 mm grenade launcher dan Streetsweeper assault shotgun
  • Selain misi utama, Klebitz akan banyak terlibat dengan aktiviti sampingan seperti perlumbaan motorsikal dan GANG WARS
  • Perlumbaan motorsikal bukan sahaja berlumba tetapi perlu berhati-hati dengan pukulan kayu besbal pelumba lain yang akan cuba menyerang Klebitz. Klebitz juga boleh menyerang mereka. Pukulan kayu besbal sebelah kiri menggunakan (MB1) manakala kanan menggunakan (MB2).
  • GANG WARS merupakan satu aktiviti di mana Klebitz akan membawa 4 orang anggota The Lost bersamanya untuk menyerang kumpulan motorsikal atau samseng yang lain.
  • Beberapa saluran radio baru disediakan seperti Vice City FM serta beberapa lagu baru diputarkan oleh beberapa stesen radio lain
  • Antara mini-game baru yang ditampilkan adalah gusti lengan, air hockey dan hi-lo card game
  • Beberapa kenderaan baru terutamanya motorsikal turut disediakan seperti Hexer

Johnny Klebitz

Johnny Klebitz 2032 cc Hexer

Racing... at starting point

Arm wrestling

Pay respect to fallen team mate at memorial

Using Streetsweeper assault shotgun

Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.9, Characters - 4.7, Costume - 4, Weapons - 4.5, Objects - 4.7, Babe - 3


You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang menarik
  • Keluasan Liberty City yang mengagumkan dan amat memuaskan
  • Kitaran siang dan malam yang sangat baik dengan sistem waktu yang realistik . Kepelbagaian cuaca juga dapat dilihat dengan berlakunya hujan, ribut petir dan kabus tebal
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan
  • Crowd yang hidup dan variasi dengan aktiviti masing-masing. Reaksi dan tindak balas mereka terhadap setiap tindak tanduk Klebitz juga realistik dan variasi. Sebahagiannya takut akan Klebitz, ada yang memaki dan ada yang cuba membalas perbuatan kasar Klebitz ke atas mereka.
  • Keretapi laju, tol, kafe internet, variasi siaran televisyen dan radio, semuanya dihasilkan dengan amat baik untuk menghidupkan permainan The Lost And Damned menjadi lebih realistik
  • Memandu dalam keadaan mabuk amat menarik. Walaupun sebaik mana tumpuan yang diberikan, Klebitz tetap gagal untuk mengawal kenderaan dengan baik malah boleh menarik perhatian polis jika terus memandu. Keadaan tersebut menjadikan permainan amat realistik.
  • Kawalan combat dan kenderaan yang amat baik dan mudah.
  • Namun begitu, terdapat juga kawalan beberapa perkara yang sukar dan menyusahkan seperti helikopter
  • Ketiadaan cloth stores agak mengecewakan malah Klebitz tidak boleh menukar pakaian yang dipakainya

Watching TV
Overall - 4.5

Kesinambungan daripada GTA IV, The Lost And Damned membawa pemain kembali ke Liberty City dengan peranan dan aksi yang berbeza. Misi dan permainan yang ditawarkan baik dan memuaskan hati. Antara DLC yang wajib dicuba

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Grand Theft Auto IV : The Lost And Damned
Screenshots

In-Game Action












World And Environment





No comments:

Post a Comment