Pages

Monday, May 24, 2010

Grand Theft Auto IV : The Ballad Of Gay Tony - Review

Game - Grand Theft Auto IV : The Ballad Of Gay Tony
Publisher - Rockstar Games
Developer - Rockstars Toronto
Engine - RAGE
Platform - PC
Released Date - 13 April 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif third person sepanjang permainan. Namun begitu, terdapat juga paparan perspektif first person apabila Lopez berada di dalam teksi atau memantau keadaan sekeliling ketika menjadi sekuriti di dalam kelab
  • Pada amnya, tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengan GTA IV. Namun begitu, The Ballad Of Gay Tony (Gay Tony) menampilkan pelbagai elemen baru dalam gameplaynya
  • Antaranya adalah score screen yang akan dipaparkan sebaik sahaja Lopez berjaya menyelesaikan sesuatu misi. Screen tersebut akan memaparkan pencapaian Lopez dan perbandingan dengan sasaran yang ditetapkan. Gagal melepasi sasaran tidak akan memberi kesan kepada misi.
  • Kemudahan penghantaran kenderaan dan bekalan senjata terus kepada Lopez boleh dibuat dengan menggunakan telefon bimbitnya. Variasi kereta khususnya kereta sport dihantar secara percuma oleh rakannya, Henrique manakala bekalan senjata dan armor pula masih perlu dibayar tetapi pada harga yang lebih murah.
  • Tidak seperti GTA IV, Gay Tony menyediakan sistem checkpoint yang lebih fleksibel di mana ia akan disave mengikut fasa tertentu sesuatu misi. Jika gagal dalam sesuatu misi, Lopez akan memulakan misi tersebut daripada checkpoint terakhir (kemungkinan pertengahan misi). GTA IV memerlukan pemain memulakan semula sesuatu misi yang gagal daripada awal dan ternyata idea itu terlalu menyusahkan dan memberi tekanan kepada pemain

Score screen

Armando's gun supplies
Action - 4.7
  • Pemain membawa peranan Luis Lopez, pengawal peribadi kepada Anthony "Gay Tony" Prince yang merupakan pemilik kepada dua kelab malam terkemuka selain merupakan individu yang berpengaruh di Liberty City.
  • Gay Tony menampilkan variasi model senjata baru seperti .44 auto magnum pistol, FN-P90 smg, M249 lmg, DSR-1 sniper rifle dan Atchisson assault shotgun
  • Lopez juga turut memiliki sebuah set parachute yang berguna untuk aktiviti base jump atau skydiving.
  • Gay Tony menyediakan beberapa aktiviti baru dan tugasan sampingan. Antaranya adalah menjadi pengawal keselamatan kelab malam milik Tony, bermain golf dan cage fight.
  • Cage fight merupakan perlawanan yang melibatkan dua individu secara tangan kosong di dalam sangkar. Tiada sebarang senjata dibenarkan dalam perlawanan. Ia akan melibatkan banyak pusingan jika Lopez memenangi setiap perlawanan
  • Hercules dan Maisonette 9 merupakan dua kelab malam kelas atasan yang terkemuka di Liberty City dimiliki oleh Anthony Prince. Selain bertindak sebagai pengawal keselamatan, pelabagai aktiviti sampingan boleh dilakukan oleh Lopez seperti dancing dan minum. Dancing merupakan satu mini game yang memerlukan Lopez mengikut rentak muzik supaya seirama dengan pergerakannya. Tarian yang baik akan memikat gadis-gadis di situ dan akan membolehkan Lopez mendapatkan nombor telefon mereka untuk aktiviti selanjutnya. Dancing turut melibatkan tarian berirama secara berkumpulan dipanggil The Bus Stop. Pergerakan tarian Lopez perlu sama dengan yang lain mengikut indikator yang dipaparkan
  • Beberapa saluran radio baru disediakan seperti Vice City FM serta beberapa lagu baru diputarkan oleh beberapa stesen radio lain
  • Beberapa kenderaan baru seperti variasi kereta sport kelas tinggi serta helikopter
    turut disediakan. Antara kereta sport di dalam Gay Tony adalah F620 dan Bullet GT selain Buffalo, Super Diamond, Serrano serta Tampa.
  • Gay Tony turut menampilkan sebuah lagi kenderaan menarik iaitu N.O.O.S.E APC yang dilengkapi 20 mm cannon sebagai sokongan infantri berat. Dengan APC tersebut menghadapi polis walaupun dengan wantel level 5 sekalipun tidak memberi masalah.

Free diving

Parachuting

Luis Lopez during Club Management gameplay


Club Management

Golf


Dancing


The Bus Stop

APC

Bullet GT

Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.9, Characters - 4.7, Costume - 4, Weapons - 4.5, Objects - 4.7, Babe - 3.5


You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang menarik
  • Keluasan Liberty City yang mengagumkan dan amat memuaskan
  • Kitaran siang dan malam yang sangat baik dengan sistem waktu yang realistik . Kepelbagaian cuaca juga dapat dilihat dengan berlakunya hujan dan ribut petir
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan
  • Crowd yang hidup dan variasi dengan aktiviti masing-masing. Reaksi dan tindak balas mereka terhadap setiap tindak tanduk Lopez juga realistik dan variasi. Sebahagiannya takut akan Lopez, ada yang memaki dan ada yang cuba membalas perbuatan kasar Lopez ke atas mereka.
  • Keretapi laju, tol, kafe internet, variasi siaran televisyen dan radio, semuanya dihasilkan dengan amat baik untuk menghidupkan permainan Gay Tony menjadi lebih realistik
  • Memandu dalam keadaan mabuk amat menarik. Walaupun sebaik mana tumpuan yang diberikan, Lopez tetap gagal untuk mengawal kenderaan dengan baik malah boleh menarik perhatian polis jika terus memandu. Keadaan tersebut menjadikan permainan amat realistik.
  • Kawalan combat dan kenderaan yang amat baik dan mudah.
  • Namun begitu, terdapat juga kawalan beberapa perkara yang sukar dan menyusahkan seperti helikopter terutama untuk combat
  • Ketiadaan cloth stores agak mengecewakan memandangkan gaya hidup Lopez yang tinggi dan memerlukan gaya

Watching TV

Overall
- 4.5

Kesinambungan daripada GTA IV, The Ballad Of Gay Tony membawa pemain kembali ke Liberty City dengan peranan dan aksi yang berbeza. Misi dan permainan yang ditawarkan baik dan memuaskan hati. Antara DLC yang wajib dicuba

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Grand Theft Auto IV : The Ballad Of Gay Tony
Screenshots


Luis Lopez

Anthony Prince

Yusuf Amir

Mori and Brucie

Bulgarin and Timur

In-game Action































World And Environment









No comments:

Post a Comment