Pages

Saturday, April 24, 2010

Assassin's Creed 2


Game - Assassin's Creed II
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Anvil
Platform - PC
Release - 17 March 2010

Envy Review for PC
(Review ini diulas berdasarkan permainan kali ke-2 Assassin's Creed 2 oleh penulis, sehari selepas menyelesaikan story mode kali pertama)

Gameplay - 4.7
  • Paparan perspektif third person. Perspektif first person turut disediakan tetapi Ezio tidak boleh bergerak jika dalam perspektif tersebut. Ia boleh digunakan ketika dialog bersama NPC lain atau mendapatkan pandangan 360 yang lebih luas
  • Secara amnya, Ezio berada dalam low profile pada setiap masa. Pergerakan dan tingkah laku Ezio agak perlahan dalam profile ini membuatkan pergerakannya kurang menonjol. Untuk aksi pantas dan pergerakan yang lebih tangkas, Ezio perlu berada dalam high profile (hold MB2)
  • Terbahagi kepada 3 mode, eksplorasi, combat dan puzzle mini game.
  • Puzzle mini game banyak terlibat dalam mengunlock passcode yang diakses daripada glyphs. Antara mini game tersebut adalah memilih lukisan yang bekenaan dengan petunjuk yang diberikan, menyesuaikan nombor dan kod, menyusun gambar dan mengesan objek tersembunyi dalam lukisan atau foto
  • Ezio mendapat kebebasan sepenuhnya semasa eksplorasi sama ada melalui laluan jalan yang disediakan, bumbung bangunan atau sungai. Bergerak melalui laluan utama mudah menarik perhatian pengawal tambahan jika menggunakan high profile untuk SPRINT (hold MB2 + hold Space) dan shove (hold MB2 + hold L-Shift) atau mempunyai notority meter yang tinggi. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan ketika menggunakan laluan utama tanpa menarik perhatian pengawal. Antaranya adalah blending di sebalik crowd, menggunakan low profile sama ada berjalan atau FAST WALK (hold SPACE), menjarakkan diri dari kedudukan pengawal selain mengupah courtesan untuk mengiringi Ezio.
  • Courtesan, thieves dan mercenaries boleh diupah untuk bekerjasama dengan Ezio. Selain memberikan perlindungan identiti dalam khalayak awam, mereka juga boleh diarah untuk menarik perhatian atau mengumpan individu / pengawal tertentu dan bertindak sebagai sokongan ketika combat.
  • Pergerakan di atas bumbung pula lebih banyak menggunakan high profile untuk CLIMB, JUMP (hold MB2+Space), WALL JUMP (hold MB2 + hold W + Space + A / D) CLIMB LEAP (hold MB2 + hold W + Space + L-Shift) serta LEAP OF FAITH (hold MB2 + hold W + Space)
  • Animus 2.0 juga telah dinaik taraf membolehkan Ezio memasuki air. Beberapa abiliti dimiliki ketika di dalam air seperti SWIM (hold MB2 + W), FAST SWIM (hold MB2 + W + hold Space) dan DIVE (hold Space)
  • Notoriety Meter bertindak seperti meter pengecaman pengawal terhadap Ezio. Ia dipaparkan pada logo Assassin bersebelahan dengan health index. Beberapa perkara menyebakan meter ini meningkat, antaranya adalah aktiviti high profile, keperluan misi dan memasuki kawasan larangan. Blending amat diperlukan ketika notoriety meter tinggi untuk mengelak dikesan oleh pengawal. Untuk mengurangkan notoriety meter, Ezio perlu sama ada mengoyak poster wanted (mengurangkan 25 % meter), merasuh pegawai Herald (100 %) atau membunuh pegawai korup (75 %).
  • Tahap kepekaan pengawal terhadap setiap pergerakan Ezio boleh dirujuk daripada SOCIAL STATUS INDICATOR (SSI) dipaparkan atas setiap pengawal yang sedar atau curiga akan kehadiran dan pergerakan Ezio. SSI berwarna kuning menunjukkan Ezio dalam perhatian pengawal manakala warna merah menunjukkan pengawal bersedia untuk menyerang. Apabila ini berlaku, Ezio perlu lenyap dari pandangan musuh dan menjadi anonymous dengan bersembunyi di dalam haystack, khemah, duduk di bangku, berpaut di dalam perigi atau keluar dari zon carian. Zon carian dipaparkan dalam minimap ditanda dengan warna merah jika Ezio masih dikejar dan dalam pandangan musuh dan warna kuning jika pengawal masih mencari tetapi Ezio sudah lenyap dari pandangan. Jika menyorok di dalam zon carian, pengawal akan turut memeriksa tempat persembunyian tersebut lalu memaksa Ezio keluar daripada persembunyiannya. SSI juga boleh dirujuk pada paparan warna sekeliling minimap.
  • Eagle Eye (hold E) yang dimiliki mampu menunjukkan identiti orang yang dilihat. melalui warna cahaya yang terpancar dari tubuh mereka. Merah untuk pengawal / musuh, biru untuk rakan / sekutu, kuning untuk sasaran bunuh dan putih untuk orang awam.
  • Berbanding Assassin's Creed, Assassin's Creed 2 menampilkan variasi gerakan dan abiliti untuk diaplikasikan dalam combat. Selain ATTACK (MB1), COMBO (MB1 ++++) DEFLECT (hold MB2), COUNTER ATTACK (MB2 + MB1), DODGE (MB2 + Space), GRAB (Shift) dan THROW (after GRAB + Shift), antara abiliti baru yang dimiliki adalah DISARM (fist + MB2 + MB1), TACKLE (SPRINT + Shift), STRAFE (direction + SPACE) dan ESCAPE (MB2 + hold Space). TAUNT (E) merupakan abiliti mengejek musuh untuk menarik perhatian mereka untuk menyerang
  • Ezio juga boleh mengenakan serangan semasa GRAB sama ada menumbuk (MB1), headbutt (E) dan hentakan lutut (Space) jika tangan kosong. GRAB juga boleh bertindak sebagai human shield apabila Ezio bersenjata malah mampu membunuh musuh dengan segera.
  • Abiliti assassinate juga telah divariasikan dengan pelbagai teknik seperti LEDGE ASSASSINATE, AIR ASSASSINATE, DOUBLE AIR ASSASSINATE dan ASSASSINATE FROM HIDE SPOT.
  • Special Attack juga boleh digunakan jika diunlock di Training.
  • Leonardo da Vinci juga telah mencipta gajet assassin terbaru hasil daripada pemecahan kod Codex Pages. Senjata tersebut adalah DUAL HIDDEN BLADE (2) dan PISTOL
  • DUAL HIDDEN BLADE bertindak seperti HIDDEN BLADE tetapi boleh digunakan pada kedua-dua belah tangan. Ini bermakna Ezio boleh membunuh 2 musuh pada satu masa berbanding versi terdahulu. Selain digunakan secara stealthy, ia juga boleh digunakan sebagai senjata dalam open combat malah counter attack menggunakannya mampu membunuh musuh dengan segera. Versi terbaru ini juga turut dilengkapi POISON BLADE dan PISTOL. Penggunaan POISON BLADE sama seperti HIDDEN BLADE, cuma ia mengandungi racun yang membuatkan mangsa menjadi agresif dan hilang pertimbangan sebelum terbunuh. PISTOL pula amat efektif daripada jarak jauh. Ia menggunakan sebutir peluru pada satu masa dan memerlukan LOCK-ON (F) ke atas sasaran sebelum tembakan dilepaskan (hold MB1). Lebih lama (hold MB1) lebih tepat sasaran akan mengenai musuh
  • Gajet assassin lain adalah SMOKE BOMB yang amat penting untuk melepaskan diri daripada kepungan musuh, THROWING KNIFE untuk serangan jarak jauh selain syiling yang dimiliki boleh bertindak menimbulkan kekecohan apabila ditaburkan di khalayak awam
  • Mata wang yang digunakan adalah florins. Florins digunakan untuk membeli item dan inventori sama ada untuk kelengkapan Ezio sendiri atau menaik taraf Monteriggioni. Variasi gerai-gerai terdapat dalam Assassin's Creed 2 menyediakan item, kelengkapan dan perkhidmatan seperti senjata, armor dan ammunition di Blacksmith Shops, pouch dan mewarnakan pakaian di Tailor Shops, lukisan dan treasure map pada Art Merchants serta rawatan kecederaan, ubat-ubatan dan racun dibekalkan oleh Doctor.
  • LOOTING (hold Shift) merupakan antara elemen baru dalam Assassin's Creed 2. Ia berfungsi memeriksa dan mengutip sama ada wang atau item daripada individu yang terbunuh dan tercedera atau treasure chests. LOOTING merupakan salah satu cara untuk memperolehi wang oleh Ezio. Ezio juga memiliki abiliti STEALING (hold Space) untuk menyelup saku daripada orang awam yang lalu-lalang.
  • Selain itu, Ezio turut mendapat pendapatan yang lumayan hasil daripada usahanya menaik taraf Kota Monteriggoni dengan mewujudkan fasiliti-fasiliti seperti gerai, bank, kem tentera, perigi, rumah pelacuran, lombong dan . Selain itu, feathers, senjata dan lukisan yang dikumpul oleh Ezio turut meningkatkan prestij keluarga Auditore dan nilai Kota Monteriggioni
  • Health dipaparkan pada health index berbentuk segi empat setiap satu. Setiap satu segi empat berwarna putih itu mewakili memori Ezio dan akan menyusut apabila menerima damage. Jika damage yang diterima menyusutkan sebahagian memori tersebut, ia boleh dijana kembali sebaik mengelak daripada damage seterusnya untuk beberapa ketika. Jika memori tersebut terjejas keseluruhannya, ia hanya dapat dipulihakan menggunakan medicine atau dirawat oleh Doctor. Sesetengah memori tidak dapat dipulihkan jika armor rosak. Armor akan rosak jika jarang diperbaikki. Untuk membaikkinya semula, armor perlu dibaikki pada Blacksmith
  • Eksplorasi juga melibatkan tunggangan kuda dan menggunakan gondola yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesetengah misi membolehkan Ezio mengawal karavan dan menerbangkan Da Vinci flying machine.
Action - 4.7
  • Pemain kembali memegang watak Desmond Miles, watak utama dalam Assassin's Creed terdahulu, bukan dengan memori Altair tetapi memori ancestors dari Zaman Renaissance bernama Ezio Auditore. Ezio yang hanya mempunyai latar belakang seorang pelajar sahaja kemudian menjadi assassin setelah ahli keluarga termasuk ayah dan adiknya dihukum gantung akibat pengkhianatan. Bawah tunjuk ajar bapa saudaranya, Mario, Ezio memburu dan menghapuskan konspirasi pengkhianat keluarganya serta meneruskan legasi bapanya sebagai seorang assassin juga.
  • Objektif utama Desmond Miles adalah menguasai sepenuhnya assassin skills serta mencari Piece Of Eden
  • Sebagai Ezio, objektif utamanya berkisar membunuh pihak yang telibat dengan konspirasi yang akhirnya mengakibatkan kematian ayahnya. Sasaran yang perlu dibunuh melibatkan karekter sebenar dalam sejarah seperti Rodrigo Borgia, The Pazzi Family
  • Selain itu, beberapa karekter daripada sejarah sebenar turut melibatkan sekutu Ezio yang membantunya dalam pelbagai cara. Antaranya Leonardo da Vinci, Niccolo Machiavelli dan Lorenzo de Medici
  • Variasi senjata turut ditampilkan merangkumi sword, mace, short blade dan hammer. Senjata tersebut boleh diperolehi dari Blacksmith. Senjata yang telah dibeli boleh diganti pada bilik senjata di Villa Auditore. Variasi armor juga boleh digunakan setelah dibeli dari Blacksmith.
  • Pedang merupakan antara senjata utama yang sering digunakan apabila menghadapi musuh berkumpulan. Pedang terbaik digunakan adalah SWORD OF ALTAIR yang mempunyai damage, kelajuan dan deflect maksimum. Namun begitu, ia masih belum mampu menghalang serangan berat daripada Brute dan Seeker. Senjata terbaik untuk menghadapi setiap jenis musuh adalah tangan Ezio sendiri menggunakan FIST dan HIDDEN BLADE. FIST mampu melancarkan teknik DISARM dan mampu membunuh musuh dengan segera jika dituruti dengan serangan senjata tersebut seterusnya. HIDDEN BLADE juga mampu membunuh musuh dengan segera (sekali gerakan sahaja !) menggunakan COUNTER ATTACK. Batasan kedua-dua senjata ini cuma timing yang sangat kecil untuk melancarkan serangan-serangan tersebut. Lebih bermasalah jika menghadapi kumpulan musuh yang ramai. Tetapi masalah tersebut dapat diatasi dengan latihan yang lebih menggunakannya. (Bermain Assassin's Creed 2 buat kali ke-2, penulis menggunakan sepenuhnya HIDDEN BLADE bagi menghadapi combat walaupun bilangan musuh sangat ramai. Ia ternyata senjata yang sangat fleksible bagi menghadapi ke semua jenis musuh tanpa perlu memikirkan senjata yang sesuai dengan musuh tertentu)
  • Assassin's Creed 2 menyediakan 1001 cara bagi menyelesaikan objektif dan misi yang diberikan. Ezio boleh memilih sama ada menggunakan pendekatan stealth atau combat bagi menyelesaikannya. Pendekatan stealth membolehkan Ezio menyelesaikan misi tanpa perlu terlibat dalam open combat sebaliknya hanya mengaplikasikan teknik-teknik assassinate menggunakan HIDDEN BLADE, menggunakan POISON BLADE untuk meracun pengawal mengakibatnya menyerang sesiapa saja sekelilingnya, mengupah faction untuk menarik perhatian pengawal, menarik perhatian musuh menggunakan mayat pengawal yang telah dibunuh, bergerak melalui bumbung atau blending di sebalik crowd. Namun begitu, agak sia-sia jika Ezio memiliki abiliti combat yang hebat jika langsung tidak terlibat dalam combat. Malah abiliti combat yang dimiliki tersebut membolehkan Ezio menghadapi sedozen musuh pada satu masa tanpa sebarang masalah, walaupun hanya dengan tangan kosong! DISARM dan COUNTER mampu menyelesaikan musuh dengan damage yang sangat minima.
  • Sebagai contoh, Ezio perlu membunuh sasarannya tanpa dikesan oleh pengawal yang mengiringinya. Antara langkah yang boleh diambil oleh Ezio adalah meracun pengawal tersebut menyebabkan pengawal tersebut meyerang dan menghayun senjatanya, membunuh orang sekelilingnya termasuk sasaran Ezio yang diiringi oleh pengawal tersebut. Ezio juga boleh menggunakan pistol yang dimiliki dengan menembak sasarannya dari tempat tinggi tanpa disedari.
  • Ezio juga perlu menghadapi variasi musuh dengan abiliti tersendiri. Musuh juga mempunyai health index mereka sendiri dipaparkan di bahagian atas masing-masing sebaik Ezio memsuki combat mode setelah dikesan. Lazimnya musuh mempunyai kekuatan dan pertahanan yang baik jika mempunyai health index yang penuh. Setelah separuh daripada health mereka terjejas, kelebihan berpihak kepada Ezio membolehkannya melancarkan serangan membunuh yang lebih efektif. Agiles Guard mempunyai larian yang sangat laju di daratan (malah lebih pantas daripada Ezio) walaupun kelebihan berpihak kepada Ezio ketika memanjat. Mereka juga mampu mengelak serangan Ezio dengan teknik DODGE. Armored Guard dan Brutes mampu melancarkan COUNTER terhadap Ezio jika health mereka masih dalam keadaan baik malah mampu menepis serangan olehnya. SEEKERS pula sering memeriksa tempat persembunyian menjadikan kedudukan Ezio ketika bersembunyi kurang terjamin.
  • Konsep platforming yang ditonjolkan dalam permainan ketika di dalam Assassin Tomb sangat menarik, mirip kepada puzzle environment di dalam Prince Of Persia di mana Ezio perlu mencari jalan untuk memasuki catacomb yang tersimpan makam para Assassin dan Assassins Seal
Beautiful World and Detail -4.5

Landscape - 4.7, Characters - 4.5, Weapons - 4.7, Costume - 4.7, Objects - 3.7, Babes - 4

You Live in It - 4.5
  • Jalan cerita yang menarik walaupun agak kompleks
  • Grafik yang sangat cantik terutama seni artistik pada bangunan dan environment
  • Kitaran waktu siang dan malam
  • Tindak balas orang awam terhadap setiap tindakan Ezio
  • Voice acting dan dan reaksi muka yang semulajadi dan realistik.
  • Kebolehan untuk berenang menjadikan permainan lebih realistik
  • Mayat yang kekal di tempatnya
  • Efek darah yang realistik. Kesan darah turut kelihatan pada pakaian Ezio akibat percikan darah musuh
  • Character customization yang menarik dan mudah
  • Variasi senjata yang boleh digunakan
  • Naik taraf Villa Auditore dan florins menjadikan usaha mengumpul lukisan, feather, statue, senjata dan armor sangat berbaloi dan memuaskan hati. Begitu juga dengan unlock glyphs yang memberi maklumat mengenai Subject 16
  • Konsep, abiliti dan teknik combat yang realistik dan menarik menonjolkan kemahiran sebenar Ezio sebagai assassin.
  • Bunyi tetakan pedang atau hentaman senjata lain yang amat mengerikan.
  • Teknik berlawan dengan musuh yang ramai sangat menarik dan boleh diterima. Musuh menyerang Altair seorang demi seorang.
  • Time frame yang diperbahurui dalam serangan menjadikan COUNTER atau DISARM lebih mencabar dan realistik
  • Bersembunyi ketika musuh mengejar dekat di belakang tidak lagi berkesan kerana musuh akan memeriksa tempat persembunyian tersebut memaksa Ezio keluar semula dari situ. Ezio perlu keluar dari zon carian untuk bersembunyi dengan selamat
  • Variai musuh dengan pelbagai abiliti tersendiri
  • Variasi misi dan objektif yang menarik dan mencabar serta tidak tertumpu kepada assassination sahaja. Misi assassin juga turut dipelbagaikan menyebabkan Ezio perlu merancang dan menggunakan pelbagai taktik untuk menyelesaikannya.
  • Suasana kota yang hidup dan realistik dengan beribu-beribu penghuni menjalani kehidupan mereka.
  • Hampir keseluruhan tempat boleh diteroka dengan invisible wall yang sangat terhad.
  • Terlalu banyak cutscene yang panjang agak membosankan.
  • Masalah glitches dan bugs yang sangat ketara berbanding Assassin's Creed menyebabkan misi yang hampir diselesaikan perlu diulang semula. Sebagai contoh ketika di dalam Assassin Tomb, Ezio perlu menghapuskan pengawal yang cuba memaklumkan kepada rakannya yang lain. Ezio berhasil mengejar dan melancarkan AIR ASSASSINATE kepada pengawal tersebut sebelum sempat memberi amaran kepada pengawal yang lain tetapi objektif masih menunjukkan objektif yang sama iaitu menghapuskan fleeing guard. Ezio juga cuba menghapuskan baki pengawal lain tetapi masih tidak berhasil menyebabkan permainan diulang semula kerana pintu Assassin Tomb tersebut tidak boleh dibuka.
  • Pergerakan Ezio terlalu pantas menyebabkannya sering terjatuh atau terlajak ketika melompat melebihi sasaran pendaratan yang diingini malah memanjat secara tiba-tiba apabila mendekati dinding.
  • Detection untuk AIR ASSASSINATE kadang kala agak lemah
  • Kawalan navigasi yang mengecewakan terutama ketika aksi kejar-mengejar
  • Kawalan ketika menunggang kuda agak sukar
  • Sekatan memori agak membataskan eksplorasi
Overall - 4.7

Assassin's Creed 2 memberikan peningkatan gameplay dan aksi yang sangat ketara berbanding siri terdahulu dengan variasi senjata, teknik dan abiliti combat serta world yang lebih luas dan bebas. Selain itu, character customization serta penampilan Villa Auditore juga membuatkan permainan lebih menarik dan penghayatan watak yang lebih baik. Sebalik pendekatan combat yang amat hebat, navigasi dalam Assassin's Creed 2 pula amat mengecawakan dan memeri tekanan kepada penulis terutama ketika aksi kejar-mengejar. Faktanya juga, penulis terbunuh hanya disebabkan oleh terjatuh dari tempat tinggi, bukan di dalam combat. Penulis berasakan navigasi dalam Assassin's Creed terdahulu lebih baik, lancar dan selesa kerana ketika bermain permainan terdahulu tersebut penulis jarang terbabas atau terlajak ketika membuat lompatan. Jika kawalan navigasi ini dapat diperbaikki, Assassin's Creed 2 pastinya akan memberikan pengalaman permainan yang tidak akan dilupakan oleh penulis Walaubagaimanpun, Assassin's Creed 2 tetap menarik dengan aksi combat pantas dan mengagumkan yang ditampilkan serta pelbagai misi yang variasi dan cukup mencabar. Aksi combat yang dipaparkan juga menjadi penyelamat kepada permainan ini daripada tekanan akibat kawalan navigasi yang menyusahkan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Assassin's Creed 2 Screenshots

Desmond Miles DNA

Ezio Auditore

Ezio Auditore in Assassin Robe

Ezio with Leonardo da Vinci

In carnavale mask

Mario Auditore

Niccolo Machiavelli

Lucy Stillman

Rosa

Minerva

Animus 2.0

Assassin Seal

Accessing Assassin Tomb

The Sarcophagus

Altair's Armor

Glyphs

Decoded codex pages on Codex Wall in
Eagleview perspective

Storing eagle feathers

In-Game Combat
Fist








Armed
























Hidden Blade









Dual Hidden Blade




Hidden Gun




Air Assassinate




Double Air Assassinate




Ledge Assassinate







Hiding Spot Assassinate



In-Game Action
Exploration







Climbing

The Flying Machine by da Vinci

Rowing the gondola

Viewpoint




Leap Of Faith










































World and Environment



















No comments:

Post a Comment