Pages

Sunday, January 3, 2010

Wolfenstein


Game - Wolfenstein
Publisher - Activision
Developer - Raven Software / id Software
Engine - id Tech 4
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 18 August 2009

Envy Review for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 3.7
  • Paparan perspektif first person
  • Sebaik memperolehi Thule Medallion, BJ memiliki pelbagai abiliti istimewa apabila mengutip kesemua 4 kristal yang diperlukan oleh medallion tersebut. 4 kuasa istimewa tersebut adalah Veil Sight (1), Empower (2), Shield (3) dan Mire (4). Keempat-empat kuasa tersebut yang amat berguna sama ada dalam eksplorasi dan combat.
  • Veil Sight memberikan kebolehan untuk melihat menerusi dimensi lain dipanggil Black Sun kepada BJ, membolehkannya melihat rahsia atau elemen tersembunyi di sebalik persekitaran malah mampu melihat menembusi halangan legap sebaik diupgrade. Empower meningkatkan kuasa dan damage setiap serangan oleh BJ sama ada menggunakan senjata atau melee hingga mampu menembusi shield musuh. Mire membolehkan BJ memperlahankan masa, pergerakan musuh atau environment tanpa memberi kesan kepada pergerakannya manakala shield pula meningkatkan pertahanan BJ untuk mengurangkan damage dan membalikkan tembakan musuh.
  • Penggunaan veil power bergantung kepada veil meter yang dipaparkan pada medallion tersebut. Setiap penggunaannya perlu dicas semula dengan melalui satu aura yang kelihatan seperti wap gas atau menyerap tenaga daripada veil tank.
  • Dalam combat, BJ boleh membawa hingga 9 senjata termasuk grenade pada satu masa.
  • Untuk close combat, serangan melee (MB 3) amat membantu BJ jika tidak sempat mensasarkan tembakan
  • Bantuan crosshair membantu BJ memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika BJ sedang bergerak mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat.
  • Abiliti sprint (SHIFT) membantu BJ bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas tetapi dalam jarak tertentu sahaja disebabkan keletihan. BJ tidak boleh menembak apabila dalam keadaan sprint
  • Untuk tembakan yang lebih tepat, ironsight (MB2) diperlukan terutama untuk headshot yang membunuh musuh dengan segera.
  • Grenade (G) turut mempunyai fungsi charge (hold G). Grenade indicator perlu diberi perhatian oleh BJ untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut atau melontar kembali ke arah musuh. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkannya terbunuh.
  • Pendekatan stealthy juga boleh diambil oleh BJ dalam menghadapi musuh untuk mengelak daripada menarik perhatian mereka. BJ boleh memilih untuk menyusup ke belakang musuh dan mengenakan serangan melee (MB3) untuk juga amat berkesan untuk menghapuskan musuh dengan lebih selamat terutama apabila mengenakan quick kill. Sniping juga amat berkesan untuk menghapuskan musuh satu persatu dari jarak jauh dengan lebih selamat terutama apabila mengenakan silencer pada rifle tersebut.
  • Sepanjang permainan, BJ perlu mengumpul beberapa item yang penting iaitu gold, dokumen intel dan tomes. Gold merupakan item yang diperlukan untuk membeli upgrade di Black Market. Dokumen intel yang dikumpul pula memberikan mahlumat lanjut mengenai latar belakang cerita dan unlock upgrade untuk senjata. Tomes pula digunakan untuk upgrade kuasa Veil yang dimiliki oleh BJ
  • Jurnal (Tab) menyediakan pelbagai akses kepada BJ dalam pause mode. Ia menyediakan paparan peta, objektif semasa dan yang disediakan, statistik dan
  • Tiada bar spesifik yang memaparkan health BJ. Walaubagaimanapun, BJ boleh mengetahui keadaannya kritikal apabila sekeliling skrin dilitupi lapisan merah. Apabila keadaan tersebut terjadi, BJ perlu segera berlindung untuk memulihkan kembali healthnya sehingga lapisan merah tersebut hilang.
Action - 3.7
  • Pemain membawakan watak yang sama daripada siri terdahulu, Return To Castle Wolfenstein iaitu BJ Blazkowicz. Watak BJ telah diperbaikki untuk siri terbaru ini dengan aksi yang lebih baik serta lebih banyak berkomunikasi terutama melalui cutscene
  • Wolfenstein melibatkan lokasi fiksyen dikenali sebagai Isenstadt. Terdapat dua bahagian di Isenstadt, Midtown dan Downtown. Seluruh pelusuk Isenstadt perlu dilalui oleh BJ termasuk gereja, cannery, tapak galian, hospital, SS Headquarters, gudang dan stesen radio. Lokasi lain turut melibatkan aksi di atas zeppelin dan di dunia Black Sun
  • Pelbagai misi perlu diselesaikan oleh BJ semasa di Isenstadt. Kebanyakkan misi diperolehi daripada dua kumpulan penentang Nazi iaitu Kreisau Circle dan Golden Dawn. Antaranya adalah menyelamatkan tahanan di SS Headquarters, mencari kristal yang menghidupkan setiap kuasa thule medallion, memusnahkan veil inhibitor dan veil portal, menyelamatkan Caroline Becker
  • Wolfenstein terbaru ini berbeza dari siri terdahulu dengan menawarkan kebebasan untuk meneroka open world Isenstadt dan menerima lebih daripada satu objektif pada satu masa.
  • Selain itu, pelbagai misi sampingan turut disediakan. Misi sampingan tidak memberi kesan kepada jalan cerita tetapi mampu memberikan pulangan pendapatan yang agak lumayan kepada BJ
  • Pelbagai jenis senjata disediakan merangkumi senjata sebenar ketika WWII dan senjata fiksyen. Antara senjata dari zaman WWII adalah Kar98 rifle, MP40 SMG, MP43 assault rifle, Panzerschreck dan flamethrower. Beberapa senjata fiksyen yang disediakan adalah Particle Cannon, Tesla Gun dan Leichenfaust 44.
  • Variasi musuh ditampilkan dalam Wolfenstein. Sebahagian merupakan tentera biasa manakala sebagian lagi mempunya kuasa luar biasa yang turut diperolehi daripada kuasa veil. Tentera biasa yang perlu dihadapi oleh BJ merangkumi SS Waffen Infantry, Sniper, Elite Guard, Strum Flieger Trooper dan Flame Trooper. Antara musuh yang mempunyai kuasa luar biasa adalah Veil Assassin, Scribes, Veil Heavy Trooper dan Despoiled.
  • BJ juga perlu menghadapi ancaman daripada makhluk ujikaji Nazi seperti The Altered dan Sniffer
  • Menghadapi musuh agak mencabar dan sukar jika tidak menggunakan taktik yang baik. Sebaik memiliki Kar98 rifle dilengkapi scope serta silencer dan menambah scope pada MP43 assault rifle, ketegangan dan kesukaran dalam combat beransur kurang
  • Beberapa level memerlukan BJ menghadapi boss fight yang agak sukar. Dari raksasa besar separti Queen Geist hinggalah yang berkuasa luar biasa seperti General Victor Zetta dan Hans Grosse
Beautiful World And Detail - 3.5

Landscape 3.7, Character 3, Costume 3.5, Weapon 4, Object 3.7, Babe 2.7, Creature 2.7

You Live in it - 3.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Keperincian grafik yang baik dan cantik
  • Open world yang agak luas
  • Kawalan senjata yang amat baik dan stabil terutama sniper rifle menggunakan Kar98 rifle.
  • Hit detedtion yang sangat baik
  • Efek darah dan gore dihasilkan dengan baik dan menarik dengan kesan percikan darah yang realistik, anggota badan terputus, tembakan headshot yang menghancurkan kepala serta kesan terbakar akibat flamethrower
  • AI musuh yang dihasilkan dengan baik dan dinamik membolehkan pelbagai pendekatan combat diambil terutama stealthy
  • Mayat yang hilang selepas beberapa ketika mengurangkan realistik kepada permainan ini.
  • Kemampuan BJ membawa terlalu banyak senjata tidak realistik walaupun sangat membantu apabila menghadapi pelbagai jenis musuh. Membawa terlalu banyak senjata juga menyukarkan pertukaran senjata apabila berhadapan musuh
  • Boss fight terakhir menentang Hans Grosse sangat mengarut dan amat memberi tekanan. Walaupun mencabar, tetapi corak permainan yang ditampilkan sangat sukar.
  • Variasi musuh ditampilkan dengan baik, tetapi agak mengecewakan kerana karekter, rupa paras dan pakaian mereka semuanya sama.
Overall - 3.7

Beberapa elemen telah diperbaikki dalam Wolfenstein ini jika dibandingkan dengan Return To Castle Wolfenstein pada tahun 2001. Antaranya grafik yang lebih baik, penampilan karekter BJ Blazkowicz yang lebih menarik dan lebih aksi, permainan non-linear dan open world yang agak luas dan menarik. Abiliti istimewa daripada medallion turut menambah aksi FPS dalam Wolfenstein
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Wolfenstein Screenshots


BJ Blazkowicz

Caroline Becker

Searching cabinet for intel

Planting dynamite

Ironsight

Scoped Kar98 rifle

Particle Cannon

Tesla Gun

Flamethrower

Veil anomalies

General Wilhelm "Deathshead" Strasse

Han Grosse


General Victor Zetta

Despoiled

Veil Assassin

The Altered


Queen Geist

Blood and Gore



Scoped MP43 assault rifle

1 shot 2 kills

Grenade explosion




In-Game Action











World and Environment


















No comments:

Post a Comment