Pages

Monday, January 25, 2010

Dark Void - Demo Impression

Game - Dark Void
Publisher - Capcom
Developer - Airtight Games
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 19 January 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 3.7
  • Paparan perspektif third person
  • Beberapa button perlu diubah terlebih dahulu untuk capaian yang lebih mudah. Antaranya adalah cover (default C = L-CTRL) dan interact / melee (default E = MB3).
  • Dalam demo ini, pemain didedahkan dengan dua mode permainan, on foot (darat) dan on air (angkasa).
  • Ketika di daratan, kawalan permainan adalah seperti kebanyakkan permainan third person adventure yang lain dengan abiliti cover (L-CTRL), blindfire (cover +MB1) interact / melee (MB3), zoom (MB2), sprint (L-SHIFT) dan grenade (F)
  • Apabila dipaut oleh musuh, Will perlu melepaskannya dengan mengunakan (MB1 + MB2 repeats)
  • Dengan kelengkapan rocketpack, Will perlu mengaktifkannya menggunakan (Q). Sebaik di udara, pelbagai teknik boleh dilakukan menggunakan rocketpack tersebut. Antaranya boost (W), brake (S), maneuver (L-ALT), hover (SPACE), roll (A / D) dan hijack (E). Boost berfungsi meningkatkan kelajuan rocketpack, brake berfungsi memperlahankan rocketpack, maneuver pula membolehkan Will melakukan pusingan akrobatik untuk berpatah balik dengan pantas dan hover membolehkan Will terapung di udara dan menggunakan senjata yang dimilikinya. Roll membolehkan Will melakukan pusingan sisi 360 darjah dan amat berguna terutama untuk mengelak pesawat The Watchers. Terdapat juga abiliti lain yang membantu Will ketika di udara seperti pandangan musuh terdekat (R) dan flight camera (L-SHIFT)
  • Teknik combo juga boleh diaplikasikan apabila maneuver untuk membolehkan pusingan akrobatik sisi atau ke belakang (L-ALT + W / S / A / D)
  • Rocketpack tersebut turut dilengkapi dengan dual 7.62 mm machine gun (MB1) untuk menghadapi musuh ketika terbang di udara terutamanya AA Gun dan Flying Disc (sejenis pesawat The Watchers).
  • Jika tidak menggunakan machine gun pada rocketpack tersebut, Will juga memiliki pilihan unuk merampas flying disc menggunakan abiliti hijack (E). Hijack dilakukan mengikut indikator yang dipaparkan apabila Will berada hampir dengan pesawat tersebut. Hijack membolehkan Will berpaut pada pesawat musuh, merosakan komponen untuk membuka kokpit pesawat dan membunuh pemandunya sebelum mengawal pesawat tersebut untuk menghadapi musuh yang lain. Apabila berpaut pada flying disc, musuh akan cuba menembak Will menggunakan turret pesawat. Will perlu mengelak (A / D) tembakan tersebut. Will juga perlu memastikan grip meter (W / A repeats) tidak kosong untuk mengelaknya daripada terlepas pautan apabila pesawat tersebut melakukan maneuver.
  • Will boleh meninggalkan pesawat yang dipandunya menggunakan (E)
  • Tech point diperolehi setiap kali Will menghapuskan musuh. Tech point digunakan untuk tujuan upgrade senjata ataupun kelengkapan rocketpack nya
  • Paparan mini map membolehkan Will mengetahui kedudukan musuh yang ditanda dengan ikon berwarna merah
Action - 3.5
  • Pemain membawakan watak William Grey, seorang juruterbang yang terdampar di Segitiga Bermuda apabila pesawat yang diterbangkannya terhempas
  • Beberapa objektif perlu diselesaikan oleh Will dalam demo ini. Antaranya adalah memusnahkan menara komunikasi dan AA gun.
  • Bagi combat, Will dilengkapi dengan custom machine gun yang dikenali sebagai Liberator. Rocketpack yang digunakannya juga dilengkapi dual 7.62 mm machine gun untuk digunakan ketika air combat. Selain itu, beberapa senjata fiksyen lain juga boleh dikutip daripada troopers yang terbunuh. Senjata musuh amnya memiliki kesan damage yang besar.
  • Dalam demo ini beberapa musuh telah dihadapi oleh Will seperti The Watchers troopers, AA Gun, dan flying disc.
Beautiful World and Detail - 3.5

Landscape 3.5, Costume 3.5, Characters 3.7, Weapon 3.5, Objects 3, Creature 2.7

You Live in it - 4
  • Grafik yang cantik
  • Open world yang sangat bebas
  • Abiliti melee yang sangat membantu dan amat berkesan dalam close combat.
  • Variasi aksi dalam close combat
  • Pengalaman terbang di udara menggunakan rocketpack yang sangat menarik
  • Kepelbagaian teknik dan maneuver yang amat menarik dan realistik
  • Kawalan rocketpack ketika di udara agak baik dan mudah dengan sedikit latihan. Namun begitu, memastikan tembakan tepat agak sukar apabila menggunakan rocketpack machine gun.
  • Pelbagai pendekatan combat boleh diambil untuk menghadapi musuh
  • Kawalan pesawat yang agak sukar mengurangkan keseronokan permainan
  • Mendapat daripada rocketpack juga agak sukar
Overall - 3.7

Tempoh singkat yang disediakan ketika bermain Dark Void agak menarik terutama ketika terbang di udara. Walaupun combat ketika di darat agak biasa, tetapi aksi yang disajikan tetap menarik untuk dicuba dalam permainan penuh nanti
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Dark Void Screenshots





William Augustus Grey a.k.a Will Grey

The Rocketpack

Weapons Locker

Survivor Trooper
In-Game Combat







In air Combat




In-Game Action



Maneuver

Nearest enemy view

Grab on enemy flying disc








No comments:

Post a Comment