Pages

Wednesday, December 23, 2009

Darkest Of Days


Game - Darkest Of Days
Publisher - Phantom EFX
Developer - 8Monkey Labs
Engine - Marmoset
Platforms - PC, 360
Released Date - 08 September 2009

Envy Review for PC
Gameplay - 2
  • Pemainan dipaparkan daripada perspektif first person dengan kawalan navigasi dan combat FPS yang tipikal.
  • Gameplay dalam Darkest Of Days bukan sekadar membunuh musuh tetapi perlu juga menyelamatkan beberapa watak daripada terbunuh. Terdapat dua kategori watak yang perlu diselamatkan oleh Alexander. Dua watak tersebut dibezakan melalui warna pancaran cahaya daripada tubuh badan mereka. Pancaran jingga merujuk kepada watak yang penting bagi jalan cerita dan Alexander perlu menyelamatkan dan membawanya ke tempat sepatutnya. Watak dengan pancaran warna biru pula kebanyakkannya melibatkan watak musuh dan Alexander perlu elakkan mereka daripada terbunuh dalam peperangan. Ini boleh dilakukan sama ada dengan menembak anggota badan mereka terutamanya kaki untuk memastikan mereka tidak dapat bergerak untuk menyertai peperangan atau menggunakan satu alat moden dipanggil chaser. Chaser berfungsi merenjat seseorang individu yang penting dan tidak boleh dibunuh. Renjatan tersebut akan menyebabkannya pengsan sementara dan ini dapat mengelakan individu tersebut daripada terbunuh dalam peperangan. Membunuh tiga orang dengan aura biru akan menyebabkan agen Opposition menyerang.
  • Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Darkest Of Day adalah real time reload. Reload dilakukan dalam masa sebenar dan boleh dilakukan dengan lebih pantas bergantung kepada ketepatan Alexander menghentikan pusingan reload bar tepat pada point yang ditetapkan. Jika melebihi point tersebut, reload akan jammed untuk seketika sebelum dapat dibetulkan.
  • Bantuan crosshair turut dipaparkan pada skrin. Untuk tembakan yang lebih tepat, iron sight (MB2) pastinya sangat penting terutama headshot yang dapat membunuh musuh dengan satu tembakan sahaja.
  • Petunjuk apabila terkena tembakan juga dipaparkan supaya pemain dapat mengetahui kedudukan musuh dan berlindung secepat mungkin sebelum mengalami damage yang lebih besar.
Action - 2
  • Pemain membawakan watak Alexander Morris, tentera dari abad 1800 ketika Battle Of Little Big Horn
  • Alexander perlu menghadapi pelbagai peperangan besar dalam sejarah dunia seperti Battle Of Tannenberg ketika World War 1 dan Battle Of Antietam ketika Perang Sivil di Amerika.
  • Pelbagai senjata disediakan merangkumi daripada masa lalu dan moden. Antara senjata zaman lalu adalah Springfield Musket, Henry Rifle, Colt pistol, Mosin-Nagant rifle, Gewehr98 rifle, MP34 SMG dan Morgan James rifle manakala bagi senjata moden adalah M34 assault rifle, AMP60 assault rifle, M7 rifle, C07 shotgun dan MA22 rocket launcher.
  • Antara senjata terbaik untuk digunakan adalah Henry rifle, Mosin-Nagant rifle, Gewehr98 rifle, AMP60 assault rifle, M7 rifle dan M34 assault rifle. Mosin-Nagant dan Gewehr98 merupakan senjata yang paling berkesan untuk membunuh musuh dengan segera melalui headshot. Kawalan senjata tersebut juga stabil dan selesa. Henry rifle pula amat berguna kerana rate tembakan yang tinggi. M34 pula amat berguna apabila menghadapi musuh yang ramai. M7 rifle pula merupakan SMG yang disokong oleh scope untuk ketepatan tembakan manakala AMP60 pula mempunyai fungsi auto-aim.
  • Pelbagai jenis musuh daripada zaman berbeza perlu dihadapi oleh Alexander seperti tentera Jerman daripada zaman WW1, tentera Confederates dari zaman Perang Sivil, kaum Native Americans dan Opposition
  • Level Stairway To Petrovich membolehkan Alexander terbang menaikki zeppelin dan menembak musuh serta memusnahkan artileri berat tentera Jerman. Alexander juga perlu menghalang dan memusnahkan trak Jerman yang mengejar Petrovich
Beautiful World and Detail - 3

Landscape 3.5, Characters 2, Costumes 2, Weapons 3.5, Objects 2.5

You Live in it - 1.7
  • Kawalan senjata agak mudah kerana kurang bergoyang terutama untuk headshot menerusi iron sight
  • Hit detection yang sangat baik
  • Kesempatan yang diberikan untuk merasai peperangan di kedua-dua belah pihak agak menarik
  • Efek darah yang baik
  • Penggunaan peta yang realistik di mana Alexander perlu memegang peta tersebut tanpa pause mode
  • Environment hutan yang menarik dan cantik
  • Open world yang luas tetapi terbatas disebabkan terlalu banyak halangan invisible wall. Invisble wall terlalu banyak menghalang kebebasan permainan dan kepuasan eksplorasi.
  • Paparan environment yang agak sama di kebanyakkan lokasi
  • In-engine cutscene yang melibatkan Alexander dengan watak-watak lain agak mengecewakan kerana watak tersebut masih menghadap arah asal Alexander ketika berdialog dan terus bercakap walaupun Alexander sudah pun bergerak ke tempat lain.
  • Mimik muka dan pergerakan setiap watak sangat kaku dan tidak menarik.
  • Kebanyakkan NPC mempunyai rupa yang sama
  • Pergerakkan Alexander ketika dalam air tidak realistik
  • Tiada sesiapa pun tentera dari masa lalu sedar atau kehairanan akan kecanggihan dan perbezaan pada senjata moden yang digunakan oleh Alexander atau kehadiran Opposition.
Overall - 2

Darkest Of Days menawarkan satu tema permainan FPS yang menarik. Ia memberikan pengalaman berperang di zaman dahulu menggunakan senjata moden yang canggih. Namun begitu, penghasilannya kurang baik dan agak lemah daripada beberapa segi seperti cutscene, aksi, voice acting dan open world. Bagi yang ingin mencuba Perang Sivil atau atau menggunakan musket rifle yang jarang ditonjolkan dalam permainan FPS, Darkest Of Days merupakan pilihan yang ada walaupun bukan yang terbaik
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Darkest Of Days Screenshots

Mother

Map

Weapon Upgrades

Shocked glow enemy with chasers

Perfect timing reloading

Reloading Springfield Musket



Firing MA22 rocket launcher

Planting C4 explosive

In-Game Action
























World and Environment















No comments:

Post a Comment