Pages

Friday, December 18, 2009

Colin McRae : Dirt 2 First Impression


Game - Colin McRae : Dirt 2
Publisher - Codemasters
Developer - Codemasters
Engine - EGO
Platform - PC
Released Date - 01 December 2009

Envy Review for PC
Difficulty - Easy
Gameplay - 3.7
  • Dirt 2 menyediakan paparan daripada perspektif belakang dari sudut atas setiap kereta
  • Beberapa botton perlu diubah untuk keselesaan pemain seperti FLASHBACK (defaultF1 - SHIFT) dan memilih posisi masa ketika replay (defaultF12 - CTRL)
  • Terdapat 2 menu disediakan dalam Dirt 2, satu merupakan menu utama yang menyediakan akses kepada tour, option, extra dan quit. Menu tersebut hanya boleh diakses apabila pemain berada di dalam RV yang sentiasa bersamanya sepanjang tour. Satu lagi merupakan menu permainan yang menyediakan akses kepada maklumat kenderaan pemain, pengubahsuaian dan pilihan kenderaan untuk perlumbaan.
  • Kawalan utama kereta banyak melibatkan penggunaan stereng (UP, DOWN, RIGHT, LEFT) dan brek tangan (SPACE). Beberapa ciri lain turut disediakan bagi kemudahan pemain seperti HORN (X) dan melihat belakang
  • Ciri istimewa yang dimiliki oleh Dirt 2 adalah fungsi FLASHBACK (SHIFT) yang membolehkan setiap detik perlumbaan diulang semula. Daripada situ, pemain boleh memilih untuk mengundur masa ke belakang (CTRL) sama ada untuk memeriksa kesilapan yang dilakukan atau kembali ke detik sebelum kemalangan atau terbabas (Z). Namun begitu, tempoh masa untuk flashback tersebut agak terhad. Bergantung pada tahap kesukaran, pemain memperolehi sehingga 5x flashback bagi satu perlumbaan. Pemain juga boleh mengubah kepada beberapa camera view semasa flashback diaktifkan
  • Damage yang dialami sesebuah kereta akan mempengaruhi kelajuan dan kawalannya. Damage yang serius pula akan mengakibatkan kereta berkenaan rosak dan tidak dapat meneruskan perlumbaan
Action - 3.7
  • Di dalam demo ini, dua jenis perlumbaan ditawarkan, iaitu Raid dan Trailblazer. Raid merupakan perlumbaan yang melibatkan 8 buah buggy dan trophy trucks di dalam litar. Trailblazer pula merupakan perlumbaan merentas tanah tinggi.
  • Pemain berkesempatan mencuba 2 buah kereta bagi ke dua-dua perlumbaan tersebut. Bagi landrush West Coast Choppers Stuka TT manakala trailblazer pula menggunakan Mitsubishi Eclipse GT
  • Tamat perlumbaan, keputusan penuh akan dipaparkan dan ulang tayang perlumbaan tersebut akan disiarkan dari mula hingga tamat. Paparan tersebut melibatkan pelbagai camera view yang amat menarik. Ulang tayang tersebut boleh ditamatkan mengikut keinginan pemain.
  • Dirt 2 turut menampilkan Ken Block, Travis Pastrana dan Dave Mirra.
Beautiful World and Detail - 4.5
Landscape 4.5, Car 4.5, Object3, Babe 2.5

You Live in it - 4
  • Grafik yang cantik dan terperinci merangkumi environment dan kereta
  • Keadaan muka bumi yang realistik
  • Pemanduan lasak yang amat dirasai mengikut keadaan dan permukaan laluan perlumbaan
  • Pergerakan kereta yang realistik di atas permukaan tanah yang lasak dan tidak rata
  • Efek bunyi kenderaan yang sangat baik
  • Efek damage kenderaan yang sangat baik. Damage yang serius mengakibatkan kereta rosak dan tidak dapat meneruskan kenderaan
  • Penghasilan debris yang baik di atas permukaan tanah
  • Kemudahan RV yang disediakan kepada pemandu agak menarik walaupun pergerakan di dalamnya terbatas
  • Ulang tayang perlumbaan penuh amat seronok dinikmati dengan pelbagai camera view bagi menghidupkan aksi
  • Kehadiran crowd menghidupkan suasana perlumbaan
  • Sesetengah objek rapuh sepanjang laluan perlumbaan tidak musnah walaupun dilanggar pada kelajuan tinggi
Overall - 4

Dirt 2 menawarkan ciri flashback yang amat menarik. Ia amat berguna dalam setiap perlumbaan selain skil dan kemahiran pemain memandu kenderaan. Dirt 2 terlalu menarik sehingga pemain berasa tidak memuas bermain dua perlumbaan yang disediakan. Demo ini memberi pandangan pertama yang positif sebelum beralih ke permainan penuh
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Colin McRae Dirt 2 Demo Screenshots


RV


Cars

One To Watch


Crowd

New toy

Landrush








Trailblazer






Replay Action











No comments:

Post a Comment