Pages

Wednesday, December 16, 2009

Borderlands


Game - Borderlands
Publisher - 2K Games
Developer - Gearbox Software
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 26 October 2009 for PC

Envy Review for PC

Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Permulaan permainan, pemain perlu memilih salah satu daripada empat pilihan karekter tang disediakan. Untuk review ini, Mordecai a.k.a. Hunter dipilih.
  • Dalam combat, pemain boleh membawa 2 hingga 4 (selepas upgrade) senjata pada satu masa. Senjata tersebut boleh ditukar daripada backpack inventory yang mempunyai kapasiti tertentu untuk simpanan senjata, first aid, grenade, shield dan class mod.
  • Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu Mordecai memastikan ketepatan tembakan. Crosshair dinyahaktif apabila Mordecai berlari. Untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, IRONSIGHT / SCOPE (hold MB2) amat diperlukan
  • Mordecai turut memiliki serangan istimewa menggunakan Bloodwing (F), burung peliharaannya. Setiap serangan Bloodwing boleh disertakan dengan elemen tertentu untuk menghasilkan damage yang lebih tinggi. Bloodwing boleh diupgrade dengan menggunakan skil point.
  • Mordecai turut dilengkapi dengan shield untuk sokongan pertahanan yang lebih kuat. Shield bar digunakan untuk memaparkan status damage shield tersebut. Setiap kali shield terjejas, ia akan dijana semula secara automatik selepas beberapa ketika setelah berlindung daripada tembakan musuh
  • Critical hit memberi impak damage yang besar ke atas musuh untuk quick kill dan memberi XP yang tinggi kepada Mordecai
  • Kehilangan shield akan menjejaskan health Mordecai apabila terkena damage seterusnya. Health Mordecai dipaparkan pada health bar di sudut kiri bawah skrin. Health yang terjejas dipulihkan semula menggunakan medi kit atau insta health. Jika hampir tebunuh, Mordecai turut mempunyai peluang untuk hidup kembali menggunakan sistem Second Wind yang memerlukannya membunuh seorang musuh dan akan memulihkan kembali sebahagian daripada healthnya. Jika terbunuh, Mordecai akan dihidupkan semula di Stesen New-U terakhir dilaluinya.
  • XP merupakan ganjaran yang diterima setiap kali membunuh musuh dan menyelesaikan objektif. Ia digunakan untuk meningkatkan level Mordecai untuk skil dan abiliti yang lebih berkesan. Setiap kali level ditingkatkan, 1 skil point diperolehi dan digunakan untuk meningkatkan keistimewaan Mordecai merangkumi abiliti sniping, Bloodwing dan damage.
  • Pergerakan dalam dunia luas Pandora melibatkan berjalan, tetapi untuk perjalanan jauh atau lebih pantas, kereta boleh digunakan. Level yang lebih tinggi, Mordecai juga boleh menggunakan Stesen New-U untuk transit yang lebih pantas melibatkan satu stesen ke stesen yang lain. Walaubagaimanapun, lokasi Stesen New-U tersebut perlu dijelajah terlebih dahulu sebelum Stesen New-U di lokasi tersebut dapat diaktifkan
  • Pemanduan kenderaan amat mudah dengan menggunakan mouse untuk kawalan. Setiap kenderaan dilengkapi dengan machine gun dan meriam. Ia turut mempunyai fungsi boost membolehkan kelajuan kenderaan ditingkatkan untuk beberapa ketika. Kenderaan diperolehi di setiap Catch-A-Ride Station.
Action - 4.5
  • Terdapat empat karekter yang mempunyai abiliti dan keistimewaan masing-masing untuk dipilih. Mordecai a.k.a. Hunter merupakan pakar penembak hendap, Lilith a.k.a. The Siren mempunyai abiliti untuk halimunan melalui action skillnya, Phasewalk. Roland pula merupakan bekas anggota Lance Crimson dan mempunyai sokongan Scorpio Turret, mesingan berperisai yang dilancarkan menggunakan action skill. Brick a.k.a Berserker pula mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi dengan kekuatan tumbukannya sekuat senapang.
  • Borderlands menawarkan pelbagai misi dan tugas sampingan untuk diselesaikan. Misi utama Mordecai adalah mengumpul 4 cebisan vault keys. Selain itu, terdapat pelbagai lagi tugasan sampingan yang diberikan oleh NPC lain atau diperolehi daripada bounty board. Kebanyakkan tugasan sampingan tersebut memerlukan Mordecai membunuh seseorang individu atau makhluk liar, mengumpul objek dari muka bumi Pandora dan memusnahkan infrastruktur.
  • Planet Pandorra yang perlu dijelajahi oleh Mordecai sangat luas dengan kepelbagaian bentuk muka bumi, hazard dan ancaman musuh. Antara lokasi di Planet Pandora adalah New Haven, Salt Flats, Trash Coast dan The Vault. Selain itu, sesetengah lokasi memerlukan Mordecai memasuki sesuatu fasiliti, kilang atau penempatan yang sangat luas seperti Sledge Safehouse.
  • Kepelbagaian senjata dengan fungsi, keunikan dan keistimewaan tersendiri disediakan dalam Borderlands. Setiap senjata juga turut disertakan dengan elemen tersendiri seperti corrossive, shock, incendinaries dan explosive. Menurut developer, hampir 17 juta senjata dijana oleh enjin Borderlands sepanjang permainan.
  • Senjata disediakan dalam Borderlands merangkumi sniper rifle, combat rifle, SMG, shotgun, repeater, revolver, launcher dan grenade.
  • Terdapat pelbagai musuh dan makhluk liar perlu dihadapi oleh Mordecai sepanjang permainan. Musuh pada amnya terdiri daripada Bandit, Bruiser, Psycho, Midget, Patrol dan Lance. Namun begitu, kumpulan tersebut dipecahkan pula kepada kelas masing-masing seperti Bandit Thug, Bandit Raider, Badass Bruiser, Burning Psycho, Badass Psycho dan lain-lain lagi. Makhluk liar pula pada amnya terdiri daripada Skag, Scythid, Spiderant, Rakk dan Larva crab. Kelas kepada makhluar liar tersebut seperti Adult Skag, Spiderant Gyro, Giant Scythid dan Mothrakk. Seperti Mordecai, setiap musuh juga level mereka sendiri. Sesetengah musuh yang ditemui mempunyai tanda amaran pada health/shield bar mereka menandakan musuh tersebut sebaiknya dielak terlebih dahulu oleh Mordecai sehingga levelnya meningkat.
  • Borderlands turut melibatkan beberapa boss fight. Antara yang perlu dihadapi adalah Nine Toes, Sledge, Krom, Rakk Hive dan BaronFlynt dan The Destroyer.
Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape 4, Characters 4.5, Costumes 4.5, Weapons 4.7, Objects 3.5, Creatures 4.5, Babes - 4

You Live in it - 4.5
  • Paparan grafik yang menarik dan unik
  • Character development dan upgrade senjata yang mudah dan lengkap walaupun ringkas
  • Keluasan Pandora yang amat memuaskan walaupun setiap tempat dihubungkan menggunakan loading
  • Open world yang sangat memuaskan walaupun sesetengah tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Invisble wall amat jarang dijumpai
  • Kitaran siang dan malam yang baik
  • Pilihan senjata yang variasi, menarik dan unik dengan keistimewaan tersendiri
  • Penggunaan senjata yang mudah dan selesa
  • Variasi scope yang unik
  • Pemanduan kenderaan yang mudah.
  • Kesinambunagan permainan dalam Borderlands amat menarik dan baik kerana sukar bagi Mordecai untuk terbunuh sepanjang permainan disebabkan fungsi Second Win yang disediakan
  • Penghayatan watak yang amat baik. Pemain dapat menghayati watak Mordecai dengan amat baik sekali dan terasa seperti benar-benar berada di Pandora. Malah seringkali pemain mengikut ketawa Mordecai apabila membunuh musuh
  • Boss fight yang perlu dihadapi dalam Borderlands adalah pada tahap kesukaran yang normal. Mereka tidak memiliki sebarang abiliti istimewa seperti kebanyakkan permainan video lain yang menjadikan boss fight sangat sukar dan tidak realistik. Kelebihan mereka hanya senjata yang lebih berkuasa, shield yang lebih kuat dan ketahanan yang lebih.
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya
  • Musuh dan makhluk liar yang variasi
  • Efek bunyi merangkumi senjata, letupan dan makhluk liar yang sangat baik
  • Agak menarik konsep yang digunakan dalam Borderlands untuk mengelakkan Mordecai keluar daripada zon permainan dengan meletakkan turret yang mampu mengesan pergerakan asing di luar zon tersebut
  • Agak kurang menarik apabila tiada kesan laluan air setiap kali kenderaan melalui parit atau takungan air di atas jalan
  • Kadang kala hit detection agak lemah
  • Dialog dengan NPC yang lemah dengan reaksi muka dan tindak balas mereka yang sangat kaku.
Overall - 4.5

Borderlands antara FPS dengan tema RPG yang amat baik dihasilkan. Tempoh permainan, aksi dan misi yang ditawarkan amat berbaloi dan memuaskan hati. Dunia luas Pandora juga wajib diteroka segenap sudut kerana pasti ada sesuatu yang menanti di situ. Pasti lebih menarik jika setiap tempat di Pandora tidak dihubungkan melalui loading, mempelbagaikan cuaca dan memperbaiki efek air.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Borderlands Screenshots

Four optional characters -
(Mordecai, Brick, Roland and Lilith)

Guardian Angel

Claptrap

Patricia Tannis

Helena Pierce

Steele

Nine Toes

Krom

The Destroyer

Elemental Artifact

Fight for your life

Racer X

Boost

Hyperion Satellite

Combat, Blood and Gore

Aiming from ironsight

Corrosive elemental

Shock Elemental


Critical hit









In-game Action





Destroying The Outraider

Mounting Mulciber MK2





Rakk Hive





World and Environment




















No comments:

Post a Comment