Pages

Sunday, October 4, 2009

Wanted : Weapon Of Fate


Publisher - Universal Studios
Developer - GRIN
Engine - Diesel
Platform - PC, 360, PS3

Envy Review for PC

Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif third person
  • Wanted menekankan permainan supressing dan flanking.
  • Abiliti bergerak dari secara sliding dan akrobatik membantu Wesley bergerak dari satu cover ke cover yang lain dengan pantas, efektif dan mengurangkan risiko damage. Ia juga amat berguna untuk tuk tujuan flanking. Sebaik berada dalam posisi Cover (Space), arah perlu dipilih (W, A, D). Apabila indicator dipaparkan, (Space) ditekan sekali lagi untuk respon oleh Wesley.
  • Dalam kedudukan covering juga, Wesley boleh melepaskan Blindfire (MB1). Ia berfungsi untuk supressing musuh dan memaksa mereka berlindung di sebalik cover. Apabila musuh berlindung, satu paparan sekeliling skrin berwarna putih akan muncul menunjukkan tahap invisible Wesley, iaitu musuh menyangka Wesley masih berada pada kedudukan terakhirnya melakukan tembakan dan akan terus menembak ke situ. Ini membolehkan Wesley bergerak ke cover lain bagi tujuan flanking dan menembak musuh dari sudut yang lebih terbuka.
  • Abiliti utama yang dimiliki oleh Wesley pastinya Bullet Curving (hold Shift + hold MB1 + release) yang membolehkannya melencongkan arah tembakan melepasi setiap halangan dan cover musuh berlindung. Arah tuju dan sudut lencongan peluru perlu dipastikan terlebih dahulu. Tembakan lencongan yang tepat kepada musuh ditanda dengan warna putih manakala sebaliknya dengan warna merah. Penggunaan abiliti ini melibatkan adrenaline yang diperolehi setiap kali Wesley membunuh musuh. Adrenaline dipaparkan pada bulatan (paparan bahagian bawah peluru) di penjuru kanan skrin. Bulatan yang mengandungi adrenaline akan berwarna merah manakala sebaliknya akan berwarna neutral seperti peluru. Membunuh musuh menggunakan senjata api akan memberikan 1 adrenaline manakala menggunakan serangan melee dalam close cambat akan memberikan 2.
  • Satu lagi gerakan istimewa yang dimiliki oleh Wesley adalah Enhanced Quick Movement (cover + hold Shift + hold W, A, D + Space). Ia mirip kepada pergerakan pantas dari cover ke cover tetapi dalam slow motion mode untuk tempoh tertentu membolehkan Wesley menembak beberapa orang musuh dalam satu pergerakan. Ia juga bergantung kepada adrenaline. Cuma perbezaannya pergerakan ini memerlukan 2 adrenaline.
  • Abiliti Sharpnel Storm pula mirip kepada Bullet Curving, cuma senjata yang digunakan adalah 2 pistol automatik iaitu Fire Eater. Ia menghasilkan damage yang sangat besar kerana letupan yang dihasilkan
  • Melee (E) turut digunakan terutama dalam close combat dan menghadapi serangan musuh berpisau.
  • Wanted turut menampilkan minigame dalam slow motion mode yang memerlukan Wesley menembak peluru daripada tembakan musuh ke arahnya dan membunuh musuhnya sekali. Ia perlu dilakukan tempoh lebih kurang 3 saat sebelum peluru tersebut mengenai Wesley.
  • Apabila menerima damage, percikan darah akan dipaparkan pada skrin. Lebih kritikal damage yang diterima, lebih banyak darah dipaparkan dan akan menukarkan paparan kepada hitam putih. Apabila ini berlaku, Wesley perlu mengelak serangan seterusnya untuk mengelak daripada terbunuh. Agak bernasib baik kerana pemulihan semula Wesley sangat cepat.

Action - 2.7
  • Wanted membolehkan pemain membawa 2 watak mengikut level, iaitu Wesley dan Cross. Perbezaan kedua-dua watak ini adalah Cross telah sedia memiliki abiliti istimewa seperti Bullet Curving tetapi Wesley perlu mempelajarinya terlebih dahulu. Selain itu, Cross juga dari awal lagi telah memakai Killer Suit berbanding Wesley yang hanya berkesempatan menggunakannya di penghujung level
  • Wesley hanya boleh membawa pistol sahaja pada satu-satu masa. Fire Eater boleh ditambah dalam simpanan Wesley sebaik memilikinya dan boleh ditukar pada bila-bila masa (Tab). Sesetengah level turut membolehkan Wesley menggunakan sniper rifle dan turret untuk menghadapi musuh. Turret merupakan senjata yang paling bermasalah. Walaupun menghasilkan damage yang besar, Wesley terdedah kepada musuh ketika menggunakannya seringkali perlu berlindung semula kerana damage daripada musuh.
  • Menghadapi musuh agak mudah dengan abiliti yang dimiliki ini. Tetapi ada juga musuh mampu mengelak tembakan Wesley termasuk Bullet Curving.
  • Bossfight agak memuaskan. Menghadapi setiap boss memerlukan pendekatan berbeza untuk menghadapi mereka.

Beautiful World and Detail - 3
Landscape 3.5, Karekter 3, Weapon 2.5, Kostum 2.7, Objects 3.7, Babes 2


You Live in it - 2.7
  • In-Game grafik yang terperinci.
  • Aksi Bullet Curving yang ternyata mengagumkan dan hebat.
  • Bullet Curving menghasilkan kesan laluan peluru yang menarik
  • Efek darah yang menarik
  • Pergerakan antara cover ke cover yang sangat menarik
  • Setiap aksi dalam slow motion mode memberi cabaran yang baik dan amat memuaskan
  • Menghadapi musuh yang mampu mengelak tembakan juga antara cabaran yang menarik walaupun sukar
  • Environment yang rapuh seperti cover batu atau kayu akan musnah apabila ditembak bertubi-tubi
  • Mayat kekal pada kedudukannya.
  • Efek bunyi agak sederhana
  • Menghadapi serbuan musuh berpisau agak membosankan dengan aksi yang sama sepanjang permainan. Selain itu, pada level yang lebih tinggi, mereka langsung tidak terbunuh apabila ditembak sebaliknya terus menyerbu ke arah Wesley.
  • Amat mengecewakan apabila sesetengah musuh tidak mati selepas banyak tembakan sama ada di kepala atau badan dan ini mengurangkan realistik dan keseronokan dalam permainan.
  • Dalam satu level ketika permainan di atas kapal terbang, Cross tidak disedut keluar apabila pintu kapal terbang tersebut tercabut malah boleh berjalan seperti biasa.
  • Ammo amat penting, tetapi jika terlalu banyak yang dijatuhkan daripada musuh yang terbunuh mengurangkan realistik dan cabaran dalam permainan.
  • World yang terbatas.
  • Voice acting agak sederhana

Overall - 3

Wanted mempunyai ciri gameplay yang cukup menarik dengan teknik-teknik unik seperti Bullet Curving dan Sharpnel Storm serta permainan slow motion yang menarik. Namun begitu, ia gagal menyinar walaupun dengan keistimewaan tersebut. Mungkin juga disebabkan beberapa kelemahan seperti aksi yang sama dan sentiasa berulang, ketahanan damage musuh biasa yang tidak realistik, cutscene yang kabur dan tidak menarik dan permainan linear yang sangat terbatas. Teringin aku lihat apa hasilnya jika Wanted dihasilkan oleh Ubisoft Montreal atau Raven Software. Walau apa pun Teknik Bullet Curving yang menyelamatkan permainan ini wajib dicuba, hanya di dalam Wanted : Weapon Of Fate


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Wanted : Weapon Of Fate Screenshots


Wesley in Killer Suit


Loading interface



Using turret



Eliminate enemies from distance using sniper rifle





Close combat



Quick moving from cover to cover


Bullet Curving Technique












Sharpnel Storm Technique




Enhanced Quick Movement





In-game Action












Environment



No comments:

Post a Comment