Pages

Monday, November 9, 2009

Splinter Cell : Chaos Theory


Game - Splinter Cell : Chaos Theory
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Unreal 2.5
Platform - PC, Xbox, PS2, GC, DS, N-Gage, Mobile
Released date - 28 March 2005

Envy Review for PC
Gameplay - 4
  • Memaparkan permainan daripada perspektif third person
  • Dalam kawalan keyboard, pemain perlu mengubah beberapa button untuk capaian yang lebih selesa. Antara perubahan tersebut adalah interaction (default Space = MB3), lompat (default Shift = Space), OPSAT (default Home = Tab) dan Inventori (default Control = Shift)
  • Chaos Theory amat menekankan corak permainan stealthy untuk menyelesaikan setiap objektif serta combat yang lebih berkesan dan efektif
  • Gajet utama yang dimiliki oleh Sam adalah Vision Google yang dilengkapi dengan EEV vision, night vision, thermal vision dan EMF vision.
  • Sticky camera membantu Sam untuk melakukan tinjauan di sesuatu lokasi tanpa mendedahkan dirinya dari jarak yang jauh. Ia boleh digunakan untuk melihat jumlah musuh, halangan atau persekitaran sesuatu tempat. Sticky camera dilancarkan menggunakan SC-20K rifle launcher ke arah tempat yang diingini. Paparan kamera (5) tersebut boleh dilaras kiri dan kanan untuk mendapatkan pandangan menyeluruh. Sticky camera boleh menghasilkan bunyi bising (MB2) dan melepaskan CS gas yang mampu memengsankan musuh. Sticky camera boleh dikutip kembali jika tidak dirosakkan oleh tembakan musuh atau gas tidak dilepaskan.
  • Optic cable digunakan untuk melakukan tinjauan sebelum pintu dibuka atau keluar dari ruang ventilasi udara
  • OPSAT (Tab) menyediakan pelbagai maklumat berguna kepada Sam seperti objektif, nota, peta, dan maklumat peralatan dan gajet.
  • Combat dalam Chaos Theory melibatkan penggunaan senjata api dan tanpa senjata. Dua serangan asas Sam adalah lethal strike (MB1) dan knock down (MB2). Lethal strike merupakan serangan Sam yang membunuh dan lazimnya menggunakan pisau. Knock down pula akan memengsankan musuh. Kedua-dua serangan ini juga boleh diaplikasikan apabila memegang musuh ketika grab (MB3)
  • Sam juga boleh memanfaatkan environment untuk serangan tertentu antaranya, menarik musuh ke bawah ketika bergantung pada ledge, menolak musuh jatuh ke bawah selepas grab , terjun ke atas musuh untuk serangan knock down, bergantung pada sesuatu palang dan nantikan musuh mendekati untuk lethal strike atau knock down, dan menghempas pintu untuk menolak musuh di sebelah bertentangan.
  • Dalam navigasi, Sam perlu menyesuaikan kelajuan pergerakan dan lariannya (Scroll up / down MB3) supaya sesuai dengan bunyi persekitaran untuk pergerakan yang lebih senyap dan tidak menarik perhatian musuh. Untuk itu, aural monitor disediakan untuk mengukur kesenyapan pergerakan Sam di samping kebisingan bunyi persekitaran.
  • Bergerak di sebalik bayang atau di dalam gelap amat membantu dalam stealthy kerana pandangan musuh yang terhad tidak dapat melihat kelibatnya. Pergerakan di dalam gelap langsung tidak memberi masalah kepada Sam dengan bantuan Night Vison Google (2) sekaligus memberi kelebihan yang amat besar kepada Sam ke atas musuh. Light bar digunakan untuk merujuk kepada kadar kecerahan sesuatu tempat.
  • Chaos Theory turut menampilkan 2 mini-game yang menarik, hacking dan lock picking.f
  • Lock picking merupakan minigame untuk membuka pintu yang terkunci. Ia amat mudah dilakukan dengan menggunakan button W, S, A atau D. Selain lock picking, Sam juga mempunyai pilihan lain iaitu memecahkan pintu tersebut. Namun begitu, ianya lebih bising dan mudah menarik perhatian musuh. Oleh itu, lock picking merupakan pilihan terbaik bagi Sam kerana ia lebih senyap, mudah dan tidak meninggalkan sebarang kesan.
  • Hacking pula merupakan pemecahan kod keselamatan yang mengunci sesuatu peralatan elektronik seperti komputer, retinal scanner dan pintu berkunci elektronik. Hacking boleh dilakukan dari jarak jauh menggunakan EEV Vision Google (1). Pemilihan kod yang silap atau gagal memecahkan kod dalam tempoh tertentu akan menyebabkan penggera amaran berbunyi.
  • Health bar digunakan untuk memaparkan tahap health Sam. Damage yang diterima dipulihkan semula menggunakan Medikit

Action - 3.7
  • Sam Fisher dilengkapi dengan dua senjata utama iaitu, SC-20K SMG dan 5-7 SC Pistol. Beberapa ciri istimewa ditampilkan pada SC-20K SMG seperti foregrip yang mengurangkan kadar recoil dan ketepatan tembakan yang lebih baik dan launcher yang berfungsi untuk melancarkan gajet seperti sticky camera, sticky shocker, airfoil round dan gas grenade.
  • 5-7 SC pistol merupakan pistol berpenyenyap dengan fungsi OCP yang membolehkan sesetengah objek elektrikal seperti lampu dan kamera keselamatan dinyahfungsikan untuk seketika. OCP perlu dicas untuk seketika selepas digunakan.
  • AI musuh dalam Chaos Theory amat baik. Mereka sangat peka apabila sedar akan kelibat asing, bayang-bayang atau bunyi bising. Apabila keadaan mencurigakan, mereka akan menyiasat untuk memastikan keadaan terkawal. Jika mereka dapat mengesan kehadiran Sam atau terjumpa sama ada mayat atau rakan mereka yang pengsan, penggera amaran akan segera dibunyikan.

Beautiful World and Detail - 3.5
Landscape 3, Karekter 3.5, Weapon 1.5, Kostum 3.7, Objects 3.7


You Live in it - 3.5
  • Jalan cerita yang menarik walaupun agak kompleks
  • Pergerakan dan abiliti stealthy yang sangat baik dan realistik dimiliki oleh Sam.
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Efek bayang yang sangat baik
  • Environment dalam Chaos Theory dicipta dengan baik dan realistik
  • Invisble walls yang yangat terhad memberi kebebasan dalam permainan
  • Voice acting yang baik menghidupkan cerita terutama suara Sam
  • Hit detection yang sangat lemah amat mengecewakan. Kelemahan ini menyebabkan seringkali musuh sedar akan kehadiran Sam walaupun sasaran terah disasarkan dengan tepat pada bahagian kepala.
  • Fungsi quick save juga mengurangkan feel untuk membawa watak Sam Fisher dengan lebih berkesan kerana ia membolehkan permainan diulang semula pada save yang terakhir untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan sebelumnya selain menjadikan permainan tidak mencabar. Chaos Theory akan lebih menarik dan mencabar jika sistem checkpoint digunakan

Overall - 3.7

Chaos Theory memberikan pengalaman permainan stealth yang sangat menarik. Pemain perlu memanipulasi bayang dan kegelapan sebagai kelebihan untuk menyelesaikan setiap misi. Beberapa abiliti dan pergerakan yang menarik dalam menundukkan musuh sangat mengagumkan. Sesuatu yang amat mengecewakan dalam permainan ini adalah penggunaan senjata apinya. Hit detection yang sangat lemah langsung tidak membantu bagi menghadapi musuh. Kelemahan ini turut mencalarkan imej Sam Fisher sebagai agen perisik yang hebat.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Splinter Cell : Chaos Theory Screenshots


Sam Fisher


Interrogation

Sticky camera view

Optic cable view

Disable camera with OCP

Pick Lock gameplay

Hacking gameplay

Using keypad to unlock security door


Rappel

Disarm a time bomb







Stealth combat







Stealth play



Laser beam

Cut material















No comments:

Post a Comment