Pages

Sunday, October 18, 2009

Batman : Arkham Asylum - Review


Game - Batman : Arkham Asylum
Publisher - Eidos Interactive
Developer - Rocksteady Studios
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Release - 15 September 2009 for PC

Envy Review on PC

Gameplay - 4.9
  • Permainan dipaparkan daripada perspektif third person
  • Terbahagi kepada tiga mode iaitu combat, detective dan navigasi.
  • Kebanyakan pergerakan dan tindakan Batman dilakukan melalui arahan yang dipaparkan pada skrin atau mengikut situasi tertentu. Sebagai contoh, (SPACE) digunakan untuk sprint apabila Batman berada di permukaan lantai, ia juga boleh digunakan untuk membuka penutup ruang ventilasi udara, terjun secara senyap dari patung gargoyle atau melompat
  • Antara abiliti utama yang dimiliki oleh Batman adalah grapple (F). Grapple membolehkan Batman mencapai tempat tinggi menggunakan Grappling Gun dengan berpaut pada patung gargoyle yang banyak terdapat di Arkham Asylum. Grapple amat penting bagi Batman untuk menyorok atau melepaskan diri dari musuh, bergerak dari satu patung ke patung lain tanpa menarik perhatian selain merencanakan taktik serangan yang bersesuaian ketika di atas.
  • Dalam kebanyakan situasi, Batman boleh mengaktifkan detective mode (X) bagi membantunya melakukan penyiasatan dan mendapatkan petunjuk. Ia juga membolehkan Batman mengenal pasti kedudukan dan bilangan musuh serta mengetahui status mereka termasuk senjata, denyutan jantung dan perasaan. Dalam detective mode, pandangan menerusi visor istimewa Batman akan menyebabkan penglihatan menjadi gelap dan akan menyerlahkan objek tertentu yang merupakan petunjuk selain manusia. Jika musuh yang bersenjata, warna kepada imej manusia tersebut akan berwarna merah. Detective mode turut membantu Batman menjejaki seseorang berdasarkan kesan DNA yang ditinggalkan sepanjang laluan individu tersebut. Sumber DNA tersebut diperolehi di tempat terakhir individu berkenaan diketahui berada dan perlu diimbas menggunakan Scanner. Detective mode akan menunjukkan kesan laluan individu tersebut.
  • Dalam combat, Batman turut dibantu dengan bantuan gajet-gajetnya, terutama Batarang (MB2+MB1) yang boleh dilontar ke arah musuh yang jauh atau untuk memanipulasi environment dari jarak tertentu, contohnya memutuskan tali atau menghidupkan sesuatu suis. Beberapa upgrade boleh ditambah kepada Batarang seperti twin / triple Batarang (6), Sonic Batarang (7) dan Remote Control Batarang (8)
  • Batclaw (3) sangat berfungsi terutama dalam menyelesaikan puzzle oleh The Riddle. Ia digunakan untuk menarik penutup ventilasi udara yang berada pada kedudukan tinggi. Ia juga turut berguna combat terutama menghadapi musuh yang berada pada kedudukan atas daripada Batman, membolehkannya menarik musuh jatuh ke bawah untuk takedown yang segera. Upgrade kepada Batclaw adalah Ultra Batclaw yang mampu merobohkan dinding rapuh yang berada pada kedudukan tinggi apabila ditarik.
  • Dalam kebanyakkan situasi, Batman perlu menghadapi musuh secara tempur tanpa senjata. Menghadapi beberapa orang musuh yang tidak bersenjata api tidaklah terlalu sukar bagi Batman walaupun dengan tangan kosong melalui free flow combat. Sebaliknya, jika perlu menghadapi musuh yang mempunyai senjata api ataupun sekumpulan musuh dalam bilangan yang ramai, keadaan akan lebih sukar dan seeloknya taktik serangan perlu dirancang terlebih dahulu. Serangan bercorak stealthy dan senyap dipanggil predatory amat berguna dalam situasi ini.
  • Asas dalam free flow combat terbahagi kepada tiga iaitu, attack, takedown dan stun. Menghasilkan serangan berantai dan tanpa henti terhadap musuh akan meningkatkan point multiplier. Multiplier yang mencapai x8 (atau x5 selepas upgrade) membolehkan Batman melancarkan special attack sama ada Throw (Shift + MB1) atau Takedown (Shift + MB2). Semakin tinggi multiplier juga membolehkan Batman melancarkan Critical Strike yang mampu menumbangkan musuh dengan segera. Untuk mengurangkan damage yang diterima atau membalas serangan musuh yang serentak dari belakang, Batman juga boleh melakukan Counter (MB2) ke atas setiap serangan musuh. Counter dilakukan apabila paparan cas elektrik kelihatan di atas setiap musuh menandakan mereka sedia untuk menyerang. Stun (MB3) pula membolehkan Batman melakukan serangan yang mampu memeningkan musuh untuk seketika. Musuh yang pening tidak akan menyerang sehingga keadaannya stabil semula.
  • Dalam predatory mode, Batman memiliki pelbagai teknik bagi menumpaskan musuh yang bersenjata api dan ramai. Ia memerlukan Batman bergerak dan menyerang secara senyap untuk mengelak daripada menarik perhatian musuh lain kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk menembak Batman sebaik mengesan kehadirannya. Damage daripada senjata api amat besar dan mampu membunuhnya dengan segera.
  • Antara teknik utama dalam predatory adalah Silent Takedown (MB2), teknik yang memerlukan Batman menyelinap belakang musuh dan menyerangnya tanpa sebarang bunyi bising. Mirip kepada Silent Takedown adalah Ledge Takedown dan Corner Takedown. Ia hanya dibezakan dengan posisi dan timing serangan di mana ia memerlukan Batman menanti musuh mendekati ledge atau corner sebelum melancarkan serangan menejut yang senyap. Menjerat musuh satu persatu dari kedudukan di atas patung gargoyle menggunakan teknik Inverted Takedown juga sangat membantu dalam menghidapi situasi ini. Namun begitu, Batman perlu segera beralih ke posisi lain kerana musuh akan mengesan kedudukannya di atas patung gargoyle tersebut jika masih menunggu.
  • Satu lagi serangan yang boleh dilakukan oleh Batman dari atas patung gargoyle adalah Glide Kick (target enemy+MB1), teknik yang membolehkan Batman melakukan terjunan dan menedang terus musuh. Serangan ini sesuai digunakan menghadapi musuh dalam bilangan yang sedikit kerana ia hanya menyasarkan satu sasaran dan hanya mampu memeningkan musuh sahaja.
  • Environment juga boleh dimanipulasi oleh Batman untuk stealth combat dengan menyorok di ruang bawah lantai, menanti musuh melaluinya lalu keluar dengan perlahan dan melancarkan serangan dari belakang. Begitu juga penggunaan Gel Explosion yang boleh digunakan sebagai jerangkap samar atau merobohkan struktur dinding yang rapuh ke atas musuh.
  • Ground Takedown (CTRL+MB2) perlu dilakukan ke atas setiap musuh yang dijatuhkan oleh Batman bagi memastikan mereka tidak melawan lagi.
  • Batman memiliki Cryptographic Sequencer, gajet yang dimiliki lewat permainan dan digunakan untuk membuka pagar elektrik keselamatan dengan merosakkan panel kawalan pagar tersebut.
  • Secara umumnya, setiap serangan yang akan dilakukan melalui brief indicator yang dipaparkan pada skrin, menunjukkan pilihan tindakan yang boleh diambil
  • XP diperolehi setiap kali Batman menumbangkan musuh, menyelesaikan riddle dan puzzle , mengumpul trofi dan menjumpai cryptic symbol. Upgrade diperolehi setiap kali xp meter dipenuhi.
  • Health Batman dipaparkan pada bar melengkung berbentuk C. Health yang berkurangan dipulihkan kembali apabila membunuh musuh.

Action - 4.9
  • Ojektif utama Batman adalah menjejaki Joker yang melepaskan diri daripada pegawai penjara ketika dibawa ke dalam Arkham Asylum oleh Batman. Sepanjang usahanya itu, pelbagai lagi objektif perlu diselesaikan, antaranya menyelamatkan Commissioner Gordon dan Warden Quincy Shap, mengumpul sampel spora dari croc's lair, mendapatkan semula hasil kajian Dr. Penny Young dan menewaskan Poison Ivy.
  • Arkham Asylum yang luas dan terbuka memberi kepuasan kepada Batman untuk menyusuri setiap pelusuk fasilitinya.
  • Batman bertemu dengan beberapa watak sinonim dengan komiknya, antaranya Commissioner Gordon, Barbara Gordon aka The Oracle, The Joker, Victor Zsasz, Harley Quinn, Killer Croc, Bane, Scarecrow, Poison Ivy, Aaron Cash, Dr. Penny Young dan Warden Quincy Sharp. Beberapa watak seperti Oracle dan The Riddler pula hanya kedenganran suara sahaja sepanjang permainan.
  • Batman Arkham Asylum turut menampilkan pelbagai gajet dan elemen Batman lain seperti Batarang, Batclaw, Batmobile, Batwing dan Batcave. Namun begitu, pemain langsung tidak berpeluang untuk memandu sendiri sama ada Batmobile atau Batwing.
  • Batman juga perlu menghadapi ramai musuh-musuh sampingan lain yang merupakan banduan sementara yang ditempatkan di Arkham kerana kebakaran di sebuah penjara. Di samping itu, ancaman juga turut diterima daripada penghuni Arkham Asylum yang gila dikenali sebagai inmate arkham, Titan Henchmen dan high security henchmen
  • Menyelesaikan riddle, puzzle dan mengumpul trofi bukan sahaja memberi XP malah meng unlock challenge mode, biodata karekter dan trofi karekter. Ini menjadikan penyelesaian 240 riddle dalam Batman amat berbaloi dan memuaskan hati.
  • Aksi combat yang menonjolkan imej Batman yang sebenar. Freeflow combat yang ditonjolkan amat natural dan variasi.
  • AI musuh yang mengagumkan apabila mengesyaki sesuatu apabila terlihat mayat rakan mereka.
  • Boss fight juga amat menarik dan sangat memuaskan melibatkan Bane, Scarecrow, Poison Ivy dan Titan Joker

Beautiful World and Detail - 4.7
Landscape 5, Karekter 5, Weapon 4.5, Kostum 4.7, Objects 4, Babes 4.5, Creatures 3.7


You Live in it - 4.9
  • Jalan cerita yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dan sangat terperinci.
  • Keluasan Arkham Asylum yang amat memuaskan dengan open world yang tidak terbatas dan boleh diteroka pada bila-bila masa
  • Suasana di dalam Arkham Asylum yang sangat mengagumkan
  • Pergerakan Batman yang sangat realistik dan variasi.
  • Penggunaan gajet-gajet yang sangat menarik, mudah dan amat sesuai dengan semua situasi permainan.
  • Kawalan navigasi dan combat yang amat selesa, mudah dan tepat untuk membolehkan combat yang lancar dan sempurna dan lansung tidak memberikan tekanan.
  • Aksi free flow combat yang sangat natural, realistik dan penuh variasi.
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya.
  • Voice acting dan efek bunyi yang sangat baik

Overall - 4.9

Antara permainan video terbaik untuk tahun 2009. Batman pada dengan aksi dan stealthy yang menarik dan mengagumkan. Free flow combat yang mudah dan selesa melancarkan setiap aksi untuk kepuasan maksimum. Bonus yang disediakan juga amat berbaloi dan menarik. Karekter-karekter yang disediakan juga amat menarik dan memuaskan walaupun tidak begitu ramai karekter jahat ditonjolkan. Wajib dicuba tidak kira bagi peminat Batman atau tidak.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Batman Arkham Asylum Screenshots


Batman

The Joker

Titan Joker

Commissioner Gordon

Harley Quinn

Poison Ivy

Bane

The Riddler Trophy

Batman's Gadget


Detective Mode

Scanner


Explosive Gel


Ultra Batclaw


Cryptographic Sequencer


Line Launcher

Takedown and Free Flow Combat




















In- Game Action


Corner Cover

Grappling























World and Environment







No comments:

Post a Comment