Pages

Friday, September 11, 2009

X-Men Origin : Wolverine

Publisher - Activision
Developer - Raven Software
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP, NDS


Envy Review on PC

Gameplay - 4
  • Paparan perspektif third person.
  • Dalam kawalan keyboard, pemain perlu mengubah beberapa button bagi memudahkan capaian supaya lebih selesa. Button yang dimaksudkan adalah untuk Blocking (Ctrl ; default Z) dan Grab (MB3 ; default C).
  • Navigasi dalam X-Men Origin memerlukan Wolverine memanjat tali, melompat, berpaut pada alang, memanjat dinding tertentu menggunakan clawnya, beam walk dan meluncur pada tali untuk sampai ke sesuatu tempat atau melepasi halangan.
  • Dalam mencari petunjuk dan arah tuju, Wolverine memiliki abiliti Feral Sense (1). Feral Sense menukarkan pandangan Wolverine untuk membolehkannya melihat arah haluan yang perlu dituju dan menyerlahkan objek tertentu mengikut warna sebagai petunjuk. Warna hijau secara amnya merupakan objek kunci atau laluan tersembunyi untuk Wolverine ke sesuatu tempat jika terperangkap atau menemui pintu yang tidak boleh dibuka. Warna merah pula menunjukkan perangkap yang perlu dielak oleh Wolverine manakala warna kuning merujuk kepada environment yang boleh dimanipulasi dalam combat seperti wall spikes dan floor spikes. Feral Sense juga mampu menunjukkan kelemahan musuh, mengesan jejak dan amat berguna dalam menyelesaikan puzzle.
  • Abiliti Use (MB3) yang dimiliki banyak membantu Wolverine dalam navigasi dan menyelesaikan puzzle. Antaranya, Use digunakan untuk membawa sesuatu alat seperti power cell atau crank serta mengaktifkannya, menolak kotak, kontena atau batu untuk mencapai tempat tinggi atau untuk menekan lantai pembuka pintu, mengaktifkan lif atau jambatan dan membuka pintu
  • Senjata utama Wolverine dalam combat adalah claw adamantiumnya yang mampu memisah dua musuh dengan mudah.
  • Pelbagai pendekatan combat boleh digunakan dalam menangani musuh. Sesetengahnya perlu diunlock sebelum dapat digunakan.
  • Pada asasnya, dua serangan utama Wolverine adalah serangan biasa (MB1) untuk serangan yang pantas dan kejam serta serangan berat (MB2) yang mampu melambungkan musuh ke udara jika dicharge (hold MB2). Serangan-serangan ini boleh digabungkan untuk pelbagai combo yang sangat kejam setelah diunlock.
  • Supaya tidak menarik perhatian musuh, silent kill (MB1) juga boleh digunakan dengan menyerang musuh dari belakang secara senyap.
  • Combo istimewa oleh Wolverine mampu melaksanakan Fury Attack yang bergantung kepada Rage Metre (dipaparkan di bawah Healing Bar). Rage ialah bebola merah yang diperolehi setiap kali Wolverine membunuh musuh dan memusnahkan objek dan environment . Antara Fury Attack adalah Claw Spin (Hold Shift+MB1), Claw Drill (Hold Shift+MB2), Berserk Rage (HoldShift+MB3) dan Claw Cyclone (Hold Shift+Space). Fury Attack boleh ditingkatkan tahap damage dan tempoh serangan dengan menggunakan skill point
  • Lunge (E+Q) membolehkan Wolverine melompat tianggi ke arah musuh yang berada jauh. Jarak lingkungan lompatan yang boleh dicapai oleh Wolverine dipaparkan pada crosshair yang berwarna hijau. Lunge digabungkan untuk combo yang sangat berguna seperti Lunge Finisher (E+Q+MB2) dan Lunge Throw (E+Q+MB3). Lunge juga membantu Wolverine melintasi jurang dengan melompat ke arah musuh yang berada di seberang atau pun melompat ke atas helikopter.
  • Grab (MB3) antara abiliti penting untuk Wolverine menghadapi musuh. Grab membolehkan Wolverine memegang musuh dan memilih sama ada untuk melontarnya (W,S,A,D) atau memanipulasi environment seperti spike atau gaung untuk pembunuhan segera dengan melontar atau merejam musuh ke arahnya. Grab juga membolehkan Wolverine melakukan serangan menerusi menerusi halangan seperti pagar dawai atau tingkap.
  • Abiliti Dodge (Double tap W,S,A,D) juga amat penting dalam combat untuk mengelak serangan musuh. Dodge menjadi kunci utama combat apabila menghadapi lawan bersaiz besar.
  • Counter attack (Ctrl+MB1) membantu mengurangkan damage yang diterima dalam combat terutama apabila menghadapi musuh berkumpulan dengan menahan serangan musuh dan melancarkan serangan balas serta merta.
  • Abiliti deflecting (Ctrl) membalikkan semula roket atau sebarang serangan projectile daripada musuh, namun agak sukar untuk dilakukan dengan sempurna kerana memerlukan ketepatan timing di saat projectile hampir mengenai Wolverine.
  • Sesetengah combat turut melibatkan minigame yang memerlukan sesuatu button ditekan bertubi-tubi seperti dipaparkan pada skrin bagi melepaskan Wolverine dari cengakaman dan tikaman musuh atau spike. Combat melibatkan satu sama satu dengan helikopter juga banyak melibatkan minigame ini
  • Mutagen merupakan satu lagi elemen penting dalam pembangunan karekter dan abiliti Wolverine. Antaranya adalah Rampage yang berfungsi meningkatkan tahap maksimum rage, Vitality meningkatkan tahap maksimum health, Schredder meningkatkan damage bagi setiap Fury Attack, Experienced meningkatkan jumlah XP setiap kali membunuh musuh dan mengutip dogtag dan Unstoppable mengurangkan damage yang diterima Wolverine. Setiap Mutagen boleh diupgrade.
  • Wolverine perlu mengumpul dogtag tentera yang tersembunyi untuk mengumpul XP. XP dikumpul untuk meningkatkan level kekuatan Wolverine, meningkatkan health serta menganugerahkan skill point yang amat diperlukan untuk mengupgrade abiliti, serangan dan ketahanan Wolverine. Di awal level, setiap kali level kekuatan Wolverine meningkat, satu teknik serangan diunlock untuk Wolverine. XP yang dikumpul akan diisi dalam satu bar berwarna hijau. Bar tersebut hanya dipaparkan setiap kali Wolverine mengutip dogtag yang dijumpai. Apabila satu XP bar tersebut penuh diisi dengan sejumlah XP tertentu, XP bar yang baru dan kosong akan muncul dan perlu disi semula untuk upgrade seterusnya. Membunuh musuh juga boleh memberi XP kepada Wolverine
  • Satu lagi elemen menarik yang ditonjolkan dalam X-Men Origin adalah Skydiving gameplay. Ia merupakan terjunan bebas Wolverine dari udara dengan kelajuan yang amat tinggi ke daratan. Ia melibatkan beberapa kawalan seperti dodge (Mouse) dan attack (MB1).
  • Patung Wolverine yang dikumpul sepanjang permainan hanya berfungsi untuk mengunlock bonus untuk pelbagai challenge di luar gameplay.
  • Health Boost yang dijumpai sepanjang permainan berfungsi meningkatkan Health Bar
  • Kelebihan Logan juga adalah pada abiliti healingnya yang sangat membantu bagi menghadapi musuh. Ia dipaparkan melalui satu bar melintang berwarna merah di sisi Health Bar. Setiap kali Logan menerima damage daripada musuh, health Logan tidak akan berkurangan selagi healing bar masih ada kerana pemulihan yang cepat. Jika berlindung dengan segera daripada serangan musuh, healing bar akan meningkat semula dengan cepat.
  • Health Bar dipaparkan pada penjuru kiri menunjukkan status health Logan. Health Bar tersebut akan pulih semula apabila Logan mengelak daripada terkena serangan musuh atau berlindung. Apabila healthnya dalam keadaan kritikal, jantung akan berdegup kencang

Action - 4.5
  • Aksi dalam X-Men Origin membawa Wolverine ke beberapa lokasi seperti hutan tebal di Afrika, pengkalan Weapon X, Tasik Alkali, kawasan gersang di Barat Daya Amerika, Corbeau Casino di New Orleans dan The Island.
  • Misi utama Wolverine adalah menjejak Col. William Stryker. Sepanjang misinya itu, pelbagai objektif perlu diselesaikan oleh Wolverine seperti melepaskan diri dari pengkalan Weapon X dan Tasik Alkali, menyiasat Project Widewake, menyelamatkan John Wraith, memusnahkan Sentinel, mendapatkan maklumat lokasi Stryker daripada Blob dan Gambit, menumpaskan Victor Creed dan membunuh Deadpool.
  • Misi di Afrika melibatkan cerita semula di saat sebelum Wolverine disingkirkan daripada Team X. Antara objektif semasa di Afrika adalah memusnahkan ion emmitter.
  • Keseluruhannya, senjata utama Wolverine adalah claw adamantium. Namun begitu, beberapa senjata lain turut digunakan oleh Wolverine dalam sesuatu level. Antaranya, pelancar lazer dari tangan prototaip Sentinel. Selain itu, environment sendiri boleh dijadikan senjata oleh Wolverine seperti spike, objek-objek tajam dan bahan letupan.
  • Kepelbagaian jenis musuh merangkumi tentera, manusia jadian, mutan, raksasa dan robot ditampilkan dari pelbagai jenis saiz, abiliti dan senjata. Setiap jenis musuh ini mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka sendiri. Wolverine perlu mempelbagaikan teknik dan combo serangan bagi setiap musuh yang berbeza kerana sesetengah serangan yang biasa digunakan tidak akan berkesan kepada sesetengah musuh. Memasuki level yang lebih tinggi, musuh lebih kuat dan agresif, memiliki ketahanan yang lebih tinggi serta menyerang secara berkumpulan yang lebih besar.
  • Wolverine juga perlu menghadapi pelbagai watak daripada Marvel Universe dan antaranya melibatkan boss fight seperti Victor Creed a.k.a Sabretooth, Remi LeBeau a.k.a. Gambit, Wade Wilson a.k.a Deadpool dan Blob selain Agent Zero, Kayla Silverfox, John Wraith dan Raven Darkholme
  • Pelbagai gerakan dan teknik Wolverine yang sangat kejam boleh diaplikasi untuk menghadapi setiap musuh. Gerakan yang dihasilkan sangat menarik, realistik dan ganas.
  • Combo yang padat, selesa dan mudah untuk aksi tanpa henti dan menarik
  • Banyak aksi-aksi ngeri dan kejam akibat daripada setiap serangan Wolverine menyebabkan musuh putus anggota badan atau terbelah dua. Percikan darah yang realistik juga amat banyak dihasilkan sepanjang permainan.
  • Efek cantasan pada health bar musuh setiap kali diserang oleh Wolverine sangat menarik
  • Melihat musuh yang bersaiz besar pastinya mengundang rasa gerun, tetapi dengan pendekatan combat yang tepat, menghadapinya tidak terlalu sukar seperti dijangka.
  • Antara tekanan yang perlu dihadapi dalam permainan adalah terbunuh akibat terjatuh. Salah satunya akibat camera view yang sangat mengelirukan.

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4, Karekter 4, Weapon 3, Kostum 3.7, Objects 3.7, Babes 2.7, Creatures 3.5


You Live in it - 3.7
  • Jalan cerita yang agak menarik dengan kesinambungan cerita masa lalu dan masa depan
  • Pergerakan dan teknik combat amat realistik dan menarik, jelas menunjukkan kekejaman Wolverine dengan efek darah dan gore yang maksimum dan realistik
  • Efek bayang-bayang dan air yang realistik
  • Abiliti pemulihan Wolverine dihasilkan dengan amat terperinci dan realistik menunjukkan setiap isi dan kulit yang rosak bercantum semula mengikut real time. Apabila menerima damage yang sangat besar, jelas kelihatan rangka adamantium di dalam tubuh badan Wolverine malah menghancurkan pakaian yang dipakainya.
  • Combo yang padat untuk aksi menarik mudah diingati dan selesa untuk kelancaran gameplay dan aksi
  • Hutan Afrika yang cantik dan menarik dengan binaan-binaan eksotik dan suasana hutan yang realistik
  • Walaupun permainan secara linear, eksplorasi world amat memuaskan hati
  • Efek bunyi dan voice acting yang sangat baik.
  • Musuh yang kehilangan anggota badan mengerang kesakitan sebelum mati.
  • Sesetengah camera view agak memberi tekanan untuk melakukan lompatan terutama dalam aksi melibatkan Wolverine perlu melepaskan diri daripada terowong yang dilimpahi dengan air dan melakukan lompatan ketika di empangan di Tasik Alkali sambil dikejar helikopter
  • Agak kurang realistik apabila pakaian yang dipakai oleh Wolverine akan menjadi elok semula apabila memasuki level baru

Overall - 4

Memegang peranan sebagai Wolverine pastinya memberi pengalaman baru dan berbeza dari kebanyakkan permainan hack n slash dengan kekuatan claw adamantium, abiliti pemulihan yang hebat dan aksi gore tanpa henti pada tahap maksima. Untuk aksi yang dipenuhi darah dan ganas, X-Men Origin : Wolverine memberikan kepuasan sepenuhnya.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

X-Men Origin : Wolverine Screenshots


James Logan a.k.a Wolverine


Wolverine in HD


Kayla Silverfox


Wolverine with Victor Creed


Logan with John Wraith and Raven Darkholme


Gambit


Deadpool


Blob


Mark 1 Prototype


Loading menu



Feral Sense


Silent kill


Claw Spin (Hold SHIFT+MB1)


Fist Strike (MB2+in airMB2)


Grab Spin (MB2+in air Hold MB3)


Grab Slam (MB2+in airMB3)


Lunge Finisher (E+Q+MB2)



Lunge throw (E+Q+MB3)


Deflecting missile


Deflecting Shifter attack


Deflecting Gambit's energy projectile


Covering



Climbing



Free skydiving


Firing laser beam from Sentinel Hand


Collecting XP from killed enemy


Health boost


Wolverine statue


In-Game Action






































Blood and Gore






































In-Game HD






















World and Environment






No comments:

Post a Comment