Pages

Thursday, September 24, 2009

Terminator Salvation


Game - Terminator Salvation
Publisher - Evolved Game
Developer - GRIN Studios
Engine - Diesel
Platform - PC, 360, PS3, iPhone

Envy Review on PC

Gameplay - 3.5
  • Paparan third person
  • Terminator Salvation menekankan corak permainan cover dan flank dalam menghadapi musuh.
  • Abiliti menarik yang dimiliki oleh John Connor adalah bergerak dari cover ke cover secara sliding dan pantas. Abiliti ini ternyata satu elemen penting dalam permainan ini kerana ia membantu Connor bergerak dari satu cover ke cover yang lain dengan pantas, efektif dan mengurangkan risiko damage. Sebaik berada dalam posisi Cover (Space), arah perlu dipilih (W, S, A, D) berpandukan kepada bar arah bagi menentukan arah tuju Connor ke cover berikutnya
  • Dalam kedudukan covering juga, Connor boleh melepaskan Blindfire (MB1). Tiada paparan crosshair bagi Blindfire dan ini akan mengurangkan ketepatan setiap tembakan.
  • Kelemahan musuh turut dipaparkan melalui indicator merah pada anggota musuh. Contohnya kelemahan T-7T adalah battery pack pada bahagian belakangnya manakala T-600 adalah pada bahagian dadanya.
  • Health Connor dipaparkan pada satu bar melintang melintang di sudut atas kiri skrin. Keadaan yang kritikal akan menukar warna bar tersebut dan skrin kepada warna merah dan menyebabkan degupan jantung menjadi kencang. Ia dipulihkan semula apabila Connor berlindung untuk tempoh tertentu atau selepas membunuh musuh.

Action - 2.5
  • Connor perlu menghadapi ancaman Skynet merangkumi beberapa terminator untuk menghapuskan manusia seperti T-600, T-7T a.k.a Spider, Moto Terminator dan dua terminator gergasi iaitu Hunter-Killer dan Harvester.
  • Tidak banyak pilihan senjata disediakan dalam Terminator Salvation. Kebanyakkan senjata yang disediakan adalah senjata biasa yang digunakan pada masa kini. Antaranya M-4 rifle, shotgun, LMG dan pelancar roket. Selain itu, grenade dan pipe bomb turut disediakan.
  • Penggunaan Plasma Gatling turret dari Hunter-Killer Tank juga agak menarik kerana mampu membunuh terminator dengan mudah
  • Menghadapi T-600 dan T-7T sememangnya agak sukar kerana sistem ketahanan mereka yang amat tinggi. Menggunakan assault rifle mahupun shotgun memerlukan tembakan yang sangat banyak. Senjata terbaik bagi menghadapi mereka adalah grenade, rocket launcher dan pipe bomb.
  • Aksi tembak menembak dari atas kenderaan agak menarik walaupun agak sukar untuk memastikan ketepatan tembakan
  • Tidak banyak abiliti menarik dan keistimewaan dimiliki oleh Connor. Ini agak mengurangkan aksi dan kepuasan dalam permainan

Beautiful World and Detail - 3.5
Landscape 3.7, Karekter 3, Weapon 2, Kostum 3, Objects 3, Babes 2.5, Robots - 3.5


You Live in it - 2.5
  • Evironment Los Angeles yang musnah teruk dipaparkan dengan amat baik.
  • Pergerakan antara cover ke cover yang sangat menarik
  • Environment yang rapuh seperti cover batu akan musnah apabila ditembak bertubi-tubi
  • Damage ke atas Terminator yang realistik.
  • Kawalan yang agak ringkas dan tidak menyusahkan membuatkan permainan lebih selesa.
  • Beberapa watak seperti Blair dan Angie tidak mati walaupun ditembak beralu-talu oleh terminator. Mungkin mereka watak penting dalam permainan ini dan tidak boleh mati untuk menghidupkan cerita, tetapi banyak lagi cara yang lebih realistik untuk memastikan keselamatan mereka. Antaranya, AI untuk covering yang lebih baik.
  • T-600 dan T-7T langsung tidak menyerang ke arah posisi bertahan Connor walaupun mereka mempunyai ketahanan yang tinggi sebaliknya lebih gemar melakukan tembakan dari jarak jauh dan pada cover Conner berlindung. Ini mengurangkan sedikit realistik dalam permainan tetapi sedikit sebanyak ia memberi kelebihan kepada Connor untuk menghadapi musuh yang kuat seperti mereka.
  • Video cutscene yang terlalu banyak agak mengurangkan keseronokan dalam menghayati aksi. Persembahan cutscene juga agak membosankan dengan paparan kualiti yang kabur dan tidak jelas.
  • Mimik muka dan pergerakan setiap watak kaku dan tidak menarik.
  • World yang terbatas.
  • Voice acting yang kurang menarik. Efek bunyi lain agak sederhana.

Overall - 2.7

Permainan diadaptasi daripada filem ini agak menarik untuk dimainkan. Aku tidak berpendapat ia teruk. Malah aku tidak kisah langsung dengan tempoh permainannya yang pendek (mungkin 6 jam). Tetapi gameplay yang biasa dengan aksi yang berulang, cutscene berkualiti rendah yang terlalu kerap dan efek bunyi yang sederhana, mungkin ini yang menyebabkan aku tidak dapat menghayati Terminator Salvation dengan baik. Bagi yang teringin untuk berhadapan dengan T-600, ini pilihan permainan yang boleh dicuba.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Terminator Salvation Screenshots

John Connor

Blair Williams

Angie


T-600

Moto Terminator

Hunter-Killer

Harvester

In-Game Action













In-Game World and Environment






No comments:

Post a Comment