Pages

Tuesday, September 1, 2009

Batman : Arkham Asylum Demo



Publisher - Eidos Interactive
Developer - Rocksteady Studios
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Release - 15 September 2009 for PC




Envy Review on PC

Gameplay - 4.7
  • Permainan dipaparkan daripada perspektif third person
  • Terbahagi kepada tiga mode iaitu combat, detective dan navigasi.
  • Kebanyakan pergerakan dan tindakan Batman dilakukan melalui arahan yang dipaparkan pada skrin atau mengikut situasi tertentu. Sebagai contoh, (SPACE) digunakan untuk sprint apabila Batman berada di permukaan lantai, ia juga boleh digunakan untuk membuka penutup ruang ventilasi udara, terjun secara senyap dari patung gargoyle atau melompat
  • Antara abiliti utama yang dimiliki oleh Batman adalah grapple (F). Grapple membolehkan Batman mencapai tempat tinggi menggunakan Grappling Gun dengan berpaut pada patung gargoyle yang banyak terdapat di Arkham Asylum. Grapple amat penting bagi Batman untuk menyorok atau melepaskan diri dari musuh, bergerak dari satu patung ke patung lain tanpa menarik perhatian selain merencanakan taktik serangan yang bersesuaian ketika di atas.
  • Dalam kebanyakan situasi, Batman boleh mengaktifkan detective mode (X) bagi membantunya melakukan penyiasatan dan mendapatkan petunjuk. Ia juga membolehkan Batman mengenal pasti kedudukan dan bilangan musuh serta mengetahui status mereka sama ada bersenjata atau tidak. Dalam detective mode, pandangan menerusi visor istimewa Batman akan menyebabkan penglihatan menjadi gelap dan akan menyerlahkan objek tertentu yang merupakan petunjuk selain manusia. Jika musuh yang bersenjata, warna kepada imej manusia tersebut akan berwarna merah.
  • Dalam combat, Batman turut dibantu dengan bantuan gajet-gajetnya, terutama Batarang (MB2+MB1) yang boleh dilontar ke arah musuh yang jauh atau untuk memanipulasi environment dari jarak tertentu.
  • Dalam kebanyakkan situasi, Batman perlu menghadapi musuh secara tempur tanpa senjata. Menghadapi beberapa orang musuh yang tidak bersenjata api tidaklah terlalu sukar bagi Batman walaupun dengan tangan kosong. Sebaliknya, jika perlu menghadapi musuh yang mempunyai senjata api ataupun sekumpulan musuh dalam bilangan yang ramai, keadaan akan lebih sukar dan seeloknya taktik serangan perlu dirancang terlebih dahulu.
  • Beberapa taktik boleh digunakan bagi menghadapi sekumpulan musuh yang ramai atau bersenjata api antaranya adalah dengan membunuh musuh satu persatu dari kedudukan di atas patung gargoyle menggunakan teknik Inverted Takedown, iaitu satu teknik untuk menjerat musuh. Jika semua musuh berpaling pada satu arah sahaja, Batman boleh bergayut ke posisi belakang musuh, terjun secara senyap, bergerak dengan berhati-hati ke arah mereka dan melancarkan Silent Takedown (MB2), teknik untuk membunuh musuh secara senyap dari belakang.
  • Satu lagi serangan yang boleh dilakukan oleh Batman dari atas patung gargoyle adalah Glide Kick (target enemy+MB1), teknik yang membolehkan Batman melakukan terjunan dan menedang terus musuh.
  • Ground Takedown (CTRL+MB2) perlu dilakukan ke atas setiap musuh yang dijatuhkan oleh Batman bagi memastikan mereka tidak melawan lagi.
  • Untuk mengurangkan damge yang diterima, Batman juga boleh melakukan Counter Attack (MB2) ke atas setiap serangan musuh.
  • Environment juga boleh dimanipulasi oleh Batman untuk stealth combat dengan menyorok di ruang bawah lantai, menanti musuh melaluinya lalu keluar dengan perlahan dan melancarkan serangan dari belakang. Begitu juga dengan serangan Corner Takedown (MB2) yang dilakukan apabila Batman dalam Corner Cover.
  • Secara umumnya, setiap serangan yang akan dilakukan melalui brief indicator yang dipaparkan pada skrin, menunjukkan pilihan tindakan yang boleh diambil
  • XP diperolehi setiap kali Batman menumbangkan musuh atau menjumpai laluan atau tempat rahsia.
  • Health Batman dipaparkan pada bar melengkung berbentuk C. Health yang berkurangan dipulihkan kembali apabila membunuh musuh.

Action - 4.7
  • Ojektif utama Batman adalah menjejaki Joker yang melepaskan diri daripada pegawai penjara ketika di bawa ke dalam Arkham Asylum oleh Batman.
  • Sepanjang demo ini, Batman telah bertemu dengan beberapa watak, antaranya Commissioner Gordon, Barbara Gordon aka The Oracle, The Joker, Victor Zsasz dan Harley Quinn
  • Batman juga perlu menghadapi ramai musuh-musuh sampingan lain yang merupakan banduan sementara yang ditempatkan di Arkham kerana kebakaran di sebuah penjara.
  • Aksi combat yang menonjolkan imej Batman yang sebenar. Freeflow combat yang ditonjolkan amat natural dan variasi.
  • AI musuh yang mengagumkan apabila mengesyaki sesuatu apabila terlihat mayat rakan mereka.

Beautiful World and Detail - 4.5
Landscape 4.5, Karekter 4.7, Weapon 4.5, Kostum 4.5, Objects 3.7, Babes 4, Creatures 3.7


You Live in it - 4.7
  • Grafik yang cantik dan sangat terperinci.
  • Pergerakan Batman yang sangat realistik dan variasi.
  • Suasana di dalam Arkham Asylum yang sangat mengagumkan
  • Kawalan navigasi dan combat yang amat selesa, mudah dan tepat untuk membolehkan combat yang lancar dan sempurna dan lansung tidak memberikan tekanan.
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya.
  • Voice acting dan efek bunyi yang baik

Overall - 4.7

Masih terlalu awal untuk menilai demo ini yang hanya menyediakan mungkin kurang daripada 1% pengalaman gameplay. Namun begitu, dengan demo yang sepanjang itu sahaja sudah cukup menerujakan dan amat mengagumkan. Keseronokan dan keselesaan kawalan combat dalam Batman amat memuaskan hati dengan aksi-aksi yang cukup variasi dan realistik. Rasanya, hampir 7 kali demo ini diulang main kerana tiada kepuasan menikmati permainannya disebabkan demo yang agak singkat. Batman mengingatkan kepada kawalan combat dalam Assassin' Creed yang cukup selesa dan mudah. Cuma diharap rating yang diberi kepada demo ini dapat diulang semula dalam permainan penuh nanti.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Batman : Arkham Asylum Demo Screenshots


Menu interface


Batman


The Joker


Harley Quinn


Victor Zsaz


In-Game Action


Sprint


Grappling


Corner cover


Ready for Inverted Takedown


Aiming The Batarang


Silent Takedown


Aiming enemy for ...


...Glide Kick








Combat
















Detective Mode






In-Game HD










No comments:

Post a Comment