Pages

Wednesday, August 19, 2009

Mass Effect



Publisher - Electronic Arts
Developer - Bioware
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360


Envy Review for PC

Gameplay – 3.5

  • Perspektif third person
  • Terbahagi kepada 3 mode gameplay - komunikasi, navigasi dan combat.
  • Dalam komunikasi, Shepard diberikan beberapa pilihan dialog yang akan menentukan hala tuju permainan serta moral NPC lain. Pilihan dialog dibuat melalui (MOUSE). Bagi dialog yang panjang dan membosankan , dialog tersebut boleh dilangkau menggunakan (SPACE) untuk ke dialog seterusnya.
  • Paparan combat dalam Mass Effect adalah dari sudut atas bahu Shepard sama seperti gameplay dalam Dead Space
  • Shepard boleh memberi arahan (SPACE) kepada skuadnya sama ada untuk menggunakan abiliti biotik, menukar senjata, arahan am atau menggunakan abiliti combat. Apabila dalam mode arahan, permainan akan terhenti sebentar.
  • Perkara penting dalam combat Mass Effect adalah senjata api, abiliti Biotik dan abiliti Tech.
  • Tech abilities merupakan abiliti sokongan untuk menentang musuh atau teknologi mereka. Antaranya adalah untuk memusnahkan shield musuh, merosakkan senjata, mensabotaj robot musuh supaya menyerang mereka dan membuka crates
  • Biotik pula merupakan kuasa sokongan yang dimanipulasi dari dunia mass effect untuk menentang musuh. Antara abiliti biotik adalah mengangkat musuh ke udara, meningkatkan ketahanan shield, dan memanipulasi environment untuk serangan ke atas musuh.
  • Shepard boleh membawa 4 jenis senjata api iaitu pistol, assault rifle, sniper rifle dan shotgun. Melalui Inventori (I), Shepard boleh menukar atau upgrade senjatanya atau memilih ammo yang sesuai untuk menghadapi musuh tertentu. Senjata dan ammo yang dikumpul oleh Shepard boleh ditukar menjadi OmniGel. Senjata dan ammo yang lebih tinggi kelasnya ditanda menggunakan label I hingga X, menghasilkan damage yang besar dan lebih selesa mudah.
  • Masalah utama senjata adalah overheat. Setiap tembakan akan menghasilkan heat, dipaparkan pada heat bar di atas health bar. Senjata yang panas akan meningkatkan bar tersebut dan perlu ditunggu hingga bar tersebut turun semula untuk melakukan tembakan semula. Senjata yang overheat tidak boleh digunakan lagi.
  • Kebekesanan combat bergantung kepada character development (U) Shepard bagi meningkatkan abiliti dan kemahirannya mengendalikan setiap senjata, mengawal skuad dan taktikalnya.
  • Selain suit armor dan shield yang dimiliki, Shepard juga boleh berlindung di belakang dinding atau cover sebagai pelindung dan melepaskan tembakan di sebaliknya. Teknik ini amat membantu dalam menghadapi musuh malah mengurangkan damage yang duterima
  • Pemanduan kenderaan M35 Mako agak mudah walaupun kawalannya agak kurang seimbang. Mako mampu melalui jalan berbukit, melalui laluan dengan kecondongan hampir 90 darjah, dan mempunyai ketahanan dan daya kelasakan yang amat kuat. Untuk combat, Mako disokong oleh sebuah meriam (MB1) dan machine gun (MB2) yang boleh dizoom (SHIFT).
  • Misi Shepard perlu merentasi galaksi dan persinggahan ke pelbagai planet di cakerawala. Untuk perjalanan tersebut, Shepard menggunakan kapal pengangkut SSV Normandy. Untuk pergi ke sesuatu planet, Shepard perlu menggunakan Galactic Map di dalam Kapal Normandy dan menanda planet tersebut.
  • Sistem health Shepard dipaparkan melalui health bar di susut bawah kiri skrin. Beberapa blok bar di sisi health bar tersebut merupakan shield bar yang mengurangkan kadar damage yang diterima oleh Shepard. Health bar mengambil masa untuk pulih semula. Untuk pemulihan cepat, Shepard boleh menggunakan Medi-gel (F).
  • Mass Effect menyediakan fungsi quick save (F5) bagi memudahkan permainan disave mengikut kemahuan.


Action – 3.5

  • Selain misi utama untuk menyelamatkan galaksi, Shepard juga mempunyai pelbagai side mission yang boleh dipilih untuk diselesaikan melibatkan beberapa planet.
  • Pelbagai bangsa makhluk asing dari merata planet boleh dilihat dalam Mass Effect. Sebahagiannya baik, sebahagiannya boleh menjadi musuh kepada Shepard. Musuh yang perlu dihadapi oleh Shepard majoritinya adalah Geth, diketuai oleh Turian Spectre bernama Saren.
  • Dialog yang agak panjang dan rumit agak membosankan.
  • Boss fight kurang menarik dan agak anti-klimaks


Beautiful World and Detail - 4.5


Landscape – 4.5, Karekter - 4.5, Weapon - 4, Kostum 4.5, Objects - 3, Babes 3, Creatures 3.7



You Live in it - 4


  • Grafik yang cantik
  • Suasana masa depan yang agak realistik
  • Keperincian watak, environment, galaksi dan planet-planet yang sangat baik dan menarik. Penghasilan planet dan galaksi yang kelihatan realistik dan cantik membuatkan pemain seperti berada di galaksi sebenar walaupun hanya di dalam permainan.
  • Character development yang baik bagi menghadapi setiap level
  • Senjata api dan suit yang canggih dan menarik membayangkan combat moden yang realistik
  • Open world yang agak memuaskan walaupun sesetengah planet tidak dapat disinggahi
  • Efek bunyi merangkumi bunyi tembakan, letupan dan kenderaan yang sangat baik.
  • Voice acting yang hebat menghidupkan setiap komunikasi.
  • Invisible walls mengurangkan keseronokan eksplorasi di dalam dunia Mass Effect
  • Pengurusan inventori yang amat memeningkan dan menyusahkan


Overall – 3.7


Modern FPS yang menarik dengan pengembaraan merentasi pelbagai planet yang dihuni bermacam-macam makhluk. Mass Effect padat dengan aksi walaupun agak kurang kepuasan. Pilihan komunikasi dengan pelbagai makhluk dan manusi yang ditemui juga agak menyeronokkan walaupun seringkali menimbulkan kebosanan disebabkan dialog yang terlalu panjang dan rumit untuk difahami. Mass Effect wajib dicuba kerana ia mempunyai tarikan tersendiri terutamanya pengembaraan ke galaksi yang dipenuhi misteri


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Mass Effect Screenshots


Shepard


Ashley Williams


Liara T'Soni


Saren


Squad Selection Interface


Profile Interface


Character Development


Planet Information


Galactic Map


Driving Mako


In-Game Action


































Enemies










Mass Effect World and Environment












No comments:

Post a Comment