Pages

Friday, September 4, 2009

Call Of Duty



Publisher - Activision
Developer - Infinity Ward
Engine - Quake III
Platform - PC, 360, Mac, N-Ggage

Call Of Duty was played on Petruchellis's firt rig codename Dejavu.
Check Dejavu's full system here

Envy Review for PC

Gameplay - 3.7
  • Perspektif first person
  • Kawalan FPS yang tipikal
  • Dalam combat, pemain boleh membawa 2 senjata pada satu masa termasuk grenade. Senjata tersebut boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (F) yang dijumpai sepanjang permainan
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover untuk melakukan tembakan tanpa mendedahkan badan.
  • Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Namun begitu, untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan
  • Grenade (4) boleh dicharge (Hold MB1) untuk lontaran yang lebih jauh
  • Level tertentu membolehkan pemain mengawal tank.
  • Petunjuk apabila terkena tembakan juga dipaparkan supaya pemain berlindung secepat mungkin sebelum mengalami damage yang lebih besar.
  • Health bar dirujuk kepada satu bar melintang berwarna hijau. Bar tersebut akan bertukar warna apabila menerima damage. Health pemain kritikal apabila bar tersebut bertukar kepada merah dan perlu dipulihkan menggunakan first aid kit. Ia boleh diperolehi daripada musuh yang terbunuh dan sekeliling kawasan sepanjang permainan dalam pelbagai saiz.

Action - 4
  • Setiap level pemain akan membawa tiga watak berbeza merangkumi kempen di Eropah dan Jerman. Kempen Amerika di Perancis, Jerman, Austria dan Belgium, pemain perlu memegang peranan sebagai Pvt. Joey Martin. Pemain juga perlu memegang peranan sebagai Sgt. Jack Evans bagi kempen British dan Pvt. Alexei Voronin bagi kempen Rusia di Stalingrad, Poland dan Jerman.
  • Antara misi di dalam Call Of Duty adalah memusnahkan AA Gun dan Flak 88, mematahkan serangan mortar, memusnahkam Empangan Eder, menembak jatuh pesawat Stuka, merampas dokumen penting pihak Jerman, memusnahkan Roket V-2, membunuh sniper Jerman untuk laluan terntera Rusia dan menawan Reichstag
  • Bagi setiap kempen, pemain akan membawa senjata tersendiri mengikut negara seperti Garand, Thompson SMG, BAR dan Springfield untuk kempen Amerika, Type 100 SMG, Lee Enfield dan Bren LMG untuk kempen British serta Mosin-Nagant, PPSH-41 SMG dan SVT untuk kempen Rusia. Senjata Jerman seperti Kar 98, STG 44, MP-40, MG-42 dan Panzerfaust boleh didapati sepanjang permainan kerana sepanjang level melibatkan Jerman. Beberapa arteleri berat juga boleh digunakan dalam level tertentu seperti Flak Gun 88.
  • Garand, Mosin-Nagant, Scoped Springfield, Kar98 dan Mosin-Nagant serta BAR antara senjata paling mudah dan selesa untuk digunakan untuk menghadapi musuh kerana iron sight yang baik untuk headshot serta memberi damage yang besar dengan tempoh reload yang agak singkat. BAR pula merupakan SMG yang paling mudah dikawal dengan impak damage yang sangat besar ke atas musuh. Kar98 dan Lee Enfield merupakan rifle yang agak menyusahkan disebabkan iron sight yang kurang jelas dan perlu melaraskan bolt selepas setiap tembakan.
  • Kempen Rusia adalah kempen paling menarik sekali dan paling diingati disebabkan latar environment, elemen sniper, ketegangan, semangat perjuangan Rusia yang sangat jelas ditonjolkan dan suasana perang yang sangat mengagumkan. Selain itu, kempen ini juga menerima pengaruh besar daripada filem Enemy At The Gates terutama di permulaan level kempen selain kebanyakkan peranan Pvt. Voronin sebagai sniper. Kempen Rusia juga menyediakan bantuan tank bagi menghadapi tentera Jerman di Oder River
  • Kempen Amerika dan British melibatkan aksi tembak-menembak dari atas kenderaan yang bergerak laju. Kempen British memerlukan Sgt. Evans memusnahkan lori-lori yang mengejar mereka sebelum ditembak oleh Panzerfaust tentera Jerman.
  • Misi di Strasshof, Austria memerlukan Pvt. Martin menyelamatkan Mej. Ingram daripada tahanan Jerman dalam tempoh masa tertentu sebelum bantuan tentera Jerman tiba.
  • Sesetengah misi melibatkan objektif yang sangat sukar walaupun bermain pada tahap Normal seperti mempertahankan benteng British di Pegasus Bridge.

Beautiful World - 3.7
Landscape 4, Karekter 3.5, Kostum 3.7, Weapons 4, Buildings 4, Objects 3.5


You Live in it - 4
  • Paling menghidupkan Call Of Duty adalah bilangan tentera yang ramai pada satu masa dengan efek bunyi yang cukup mengagumkan termasuk bunyi tembakan, letupan, kapal terbang dan jeritan.
  • Environment WWII yang realistik terutama Battle Of Stalingrad yang dihasilkan dengan amat mengagumkan dan hebat . Suasana peperangan amat hidup dengan letupan, tembakan mesingan daripada Stuka dan MG-42, desiran daripada tembakan dan teriakan semangat tentera Rusia.
  • Selain itu, tembakan pada environment juga turut meninggalkan kesan dan debris. Tembakan pada cover yang rapuh seperti pagar kayu akan menghancurkan pagar tersebut.
  • Efek darah terhasil apabila setiap tembakan mengena musuh
  • Penggunaan dan kawalan senjata yang mudah dan selesa.
  • Peperangan melibatkan siang dan malam.
  • Voice acting yang baik melibatkan beberapa pelakon terkenal seperti Jason Statham, Michael Gough dan Giovanni Ribisi
  • Salah satu perkara yang agak mengecewakan dalam Call Of Duty adalah penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan tentera Rusia dan Jerman. Ia akan lebih baik jika mereka menggunakan bahasa sendiri dalam detiap percakapan.
  • Sesetengah level dalam kempen Britain agak kurang realistik kerana Sgt. Evans melakukan serangan seorang diri sahaja ke kubu Jerman.

Overall - 4

Call Of Duty merupakan satu lagi FPS bertemakan WWII seangkatan dengan Medal Of Honor:Allied Assault. Ia memberi cabaran yang baik dengan suasana peperangan yang lebih hidup berbanding MOHAA. Battle Of Stalingrad merupakan antara pengalaman terbaik dalam permainan video lengkap dengan aksi, ketegangan dan environment yang sangat realistik.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Call Of Duty Screenshots




3 diffrent loading menu




Driving a tank


Pick up a document


Shooting with MG-42


Using Flak 88 gun to destroy tank




Using Flak Viering to destroy Stuka


Destroying trucks with panzerfaust


Debris from mortar explosion


Destroying flak gun with C4 explosive

In-Game Action










































Battle Of Stalingrad Action






























World and Environment



























No comments:

Post a Comment