Pages

Wednesday, August 12, 2009

Call Of Duty : World At War



Publisher - Activision
Developer - Treyarch
Engine - COD 4
Platforms - PC, 360, PS3, Wii, Mobile


Envy Review for PC

Gameplay - 4.5
  • Perspektif first person
  • Kawalan dan permainan FPS yang tipikal
  • Dalam combat, pemain boleh membawa 2 senjata pada satu masa termasuk grenade. Senjata tersebut boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (F) yang dijumpai sepanjang permainan
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan.
  • Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Namun begitu, untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan
  • Abiliti STEADY (MB2 + Shift) diperlukan dalam menggunakan Sniper rifle untuk mengurangkan goyangan rifle tersebut supaya lebih stabil untuk memastikan ketepatan tembakan terutamanya headshot.
  • Abiliti sprint (SHIFT) membantu pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas tetapi dalam jarak tertentu sahaja disebabkan keletihan. Selepas beberapa ketika, pemain boleh sprint semula.
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut atau melontar kembali ke arah musuh. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk lontaran yang lebih jauh
  • Bantuan air strikes (6) juga membantu permainan tetapi sangat terhad.
  • Level tertentu membolehkan pemain mengawal tank yang dilengkapi roket (MB1) dan flamethrower (MB3).
  • Tiada bar yang spesifik memaparkan health pemain. Walaubagaimanapun, pemain boleh mengetahui keadaannya kritikal apabila sekeliling skrin pemain dilitupi lapisan merah dan nafasnya bergerak laju. Apabila keadaan tersebut terjadi, pemain perlu segera berlindung untuk memulihkan kembali healthnya sehingga lapisan merah tersebut hilang dan nafasnya kembali normal

Action - 4.5
  • Setiap level, pemain akan membawa dua watak berbeza, sebagai Pvt. Miller dalam kempen Amerika di Pasifik dan Pvt. Petrenko bagi kempen Rusia menentang Jerman. Satu lagi watak yang dibawa oleh pemain adalah Officer Locke, weapon operator kapal PBY Catalina. Watak ini hanya boleh dimain dalam misi Black Cats, misi yang memerlukan PBY Catalina memusnahkan kapal-kapal laut Jepun dan menyelamatkan tentera US yang terselamat daripada kapal karam.
  • Antara misi di dalam Call Of Duty : WAW adalah memusnahkan AA Gun dan Flak 88, memusnahkan tank, mematahkan serangan mortar, membunuh pegawai atasan Jerman, dan menggempur Reichstag dan Istana Shuri.
  • Menampilkan senjata-senjata WWII seperti Garand, Thompson SMG, BAR, Springfield, Kar 98, STG 44, Mosin-Nagant, PTRS-41, PPSH-41 SMG, Type 100 SMG, Arisaka, Bazooka dan Panzerschrek. Elemen senjata baru yang ditampilkan adalah Flamethrower dan Bayonet yang digunakan oleh tentera Jepun untuk serangan banzai. Beberapa arteleri berat juga boleh digunakan dalam level tertentu seperti Triple 25.
  • Garand, Mosin-Nagant, Scoped Springfield dan Mosin-Nagant, PTRS-41 selain PPSH-41 SMG, BAR dan Flamethrower antara senjata paling berkesan untuk digunakan untuk menghadapi musuh. Rifle-rifle ini mempunyai iron sight yang baik (termasuk untuk headshot), damage yang besar dan kawalan yang mudah. PTRS-41 merupakan sniper rifle yang mempunyai impak damage paling besar kerana setiap kali headshot dilakukan dapat menghancurkan kepala musuh yang ditembak tersebut. BAR pula merupakan SMG yang paling mudah dikawal dengan impak damage yang sangat besar ke atas musuh. Penggunaan flamethrower pula amat berkesan apabila serangan musuh yang ramai terutama serangan banzai atau untuk menyerang bunker.
  • Musuh yang dihadapi baik tentera Jepun dan Jerman sangat agresif dan cekap. Mereka berlindung dan menyerang di sebalik cover dan memiliki tembakan yang agak baik. Menghadapi tentera Jepun merupakan cabaran yang hebat. Selain menghadapi serangan Banzai, pemain perlu menghadapi penyerang hendap Jepun yang menyorok di dalam lubang di atas tanah atau di atas pokok.
  • Call Of Duty : WAW menampilkan lebih banyak elemen ganas dan gore dipenuhi dengan adengan anggota badan musuh terputus atau hancur akibat letupan dan tembakan.
  • Pemanduan tank mudah dan agak selesa.

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4, Building, 4.5, Karekter 4, Kostum 4.5, Weapons 4.5, Objects 3.7


You Live in it - 4.5
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan in-engine cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dan keperincian watak, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Environment WWII yang realistik
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa. Reloading juga agak realistik
  • Efek letupan dan tembakan yang sangat baik dan realistik. Kesan letupan paling mengagumkan dengan efek api, debris dan asap yang sangat cantik dan realistik
  • Efek darah dan gore juga kelihatan sangat menarik dengan kesan percikan darah yang agak realistik, anggota badan terputus, tembakan headshot yang menghancurkan kepala serta kesan terbakar akibat Flamethrower.
  • Damage letupan grenade yang realistik
  • Efek bunyi yang sangat mengagumkan termasuk bunyi tembakan, letupan, kenderaan dan dialog setiap watak
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Permainan linear dan dipenuhi dengan invisible walls agak mengurangkan sedikit keseronokan meneroka dunia COD : WAW

Overall - 4.5

Call Of Duty : WAW memberikan aksi peperangan yang sangat menarik dengan grafik yang cantik dan terperinci merangkumi environment dan watak. Ketegangan dan cabaran dalam setiap misi juga menjanjikan keseronokan dan kepuasan dalam menghadapi peperangan. Flamethrower, banzai dan kapal perang PBY Catalina juga merupakan elemen yang sangat menyeronokan dalam permainannya


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Call Of Duty : World At War Screenshots


Ironsight




Flamethrower


Stabbing Japanese Banzai Attacker


Planting an explosive


Destroying enemy bunker


Radio for an air strike


Air strike support


Firing using Triple 25 artilery


Mounting a machine gun


Using mortar as grenade




Sniper view


Driving a tank








Loading interface


Blood and Gore




















Mission Black Cats














In-Game Action




































Call Of Duty : World At War
World and Environment






























No comments:

Post a Comment