Pages

Tuesday, June 16, 2009

True Love

Publisher - JAST USA
Developer - Software House Parsley
Platforms - PC

Envy Review for PC

Gameplay - 4.5
  • Memaparkan beberapa petunjuk statistik yang mewakili semangat (PASSION), penampilan (APPEARANCE), kecergasan (FATIGUE), pengetahuan (SCHOLARSHIP), kekuatan (PHYSICAL STRENGTH), seni artistik (ART) dan kewangan (YEN). Kesemua statistik ini perlu ditingkatkan bertujuan untuk menarik perhatian beberapa gadis tertentu. Beberapa aktiviti perlu dilakukan untuk memastikan setiap elemen tersebut meningkat dan stabil. Antaranya adalah berenang (kekuatan), pembelajaran seni lukis (seni artistik), mengulangkaji pelajaran (pengetahuan) dan bekerja (kewangan).
  • Aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang dan bekerja akan memberi keletihan (kecergasan) kepada pemain. Oleh itu, pemain perlu berehat (BREAK) bagi mengurangkan keletihan yang dialami.
  • Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli hadiah bagi memikat gadis atau membeli barangan eksotik yang mampu meningkatkan statistik dengan segera (SHOPPING).
  • Melalui mimpi, pemain juga boleh memperolehi bantuan markah untuk statistik tertentu untuk meningkatkannya dengan segera.
  • Ketika hendak tidur, satu ringkasan mengenai pencapaian pemain pada hari tersebut akan dipaparkan.

Action - 4
  • Memegang peranan seorang pelajar kolej, pemain perlu mencari cinta sejatinya dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh tersebut pemain perlu mendekati beberapa orang gadis bagi mengenali dengan lebih rapat sekaligus menawan hati mereka.
  • Setiap aktiviti dipaparkan melalui SD character. Amat menarik dan kreatif.
  • Setiap gadis mempunyai muzik tema tersendiri. Muzik tersebut amat menarik dan menghiburkan malah sering kali berasa seperti masih terngiang-ngiang kedengaran.
  • Untuk bertemu dengan gadis tertentu, kebanyakkannya bergantung kepada status statistik pemain. Ini agak mudah memandangkan pemain hanya perlu membina statistik yang teguh untuk memikat seseorang gadis. Keadaan menjadi sukar jika pemain perlu berada di sesuatu tempat yang betul pada masa yang tepat untuk bertemu dengan gadis tertentu. Contohnya, untuk bertemu Misako, pemain perlu lebih kerap ke bandar untuk aktiviti (PLEASURE) untuk memikatnya, sedangkan aktiviti tersebut tidak memberi sebarang sumbangan kepada statistik pemain.
  • Satu lagi faktor untuk menawan hati gadis adalah menepati janji yang dibuat oleh gadis tersebut antaranya, menonton wayang atau belajar di perpustakaan.
  • Pelbagai acara besar seperti peperiksaan akhir dan pertandingan berenang.
  • Sebagai pelajar, pemain tidak terhad untuk memikat pelajar sahaja, jika mampu, pemain juga boleh memikat gurunya sendiri atau jururawat yang lebih matang daripada pemain.

Beautiful World and Detail - 3.5
Landscape 3, Karekter 4, Kostum 3.5, Building 3.5, Objects 2, Babes 3.7


You Live in it - 4.5
  • Kehidupan pelajar yang sebenar- belajar, mengulangkaji, bersukan dan bekerja sambilan.
  • Dapat merasa kebebasan hidup sendiri di rumah sewa.
  • Pembangunan karekter yang amat baik dan menarik.
  • Setiap gadis memberi memberi tindak balas terhadap setiap kata-kata dan tindakan pemain. Mereka memberi reaksi muka yang berbeza mengikut situasi atau kata-kata pemain.
  • Kitaran waktu yang baik dengan kepelbagaian cuaca. Masa yang disediakan perlu dimanfaatkan sebaiknya.
  • Waktu tidur ditonjolkan dengan grafik lampu bilik ditutup. Amat menarik.
  • SD character yang amat menarik.
  • Perbezaan antara gadis-gadis tersebut ditonjolkan dengan baik merangkumi umur, sifat dan fizikal.

Overall - 4

Antara DOS game yang menarik dan menyeronokkan. Aktiviti harian yang dilakukan setiap hari langsung tidak membosankan malah agak mencabar untuk perancangan yang teliti bagi membina perwatakan pemain yang baik dan menarik. Bishojou yang wajib dicuba.


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


True Love Screenshots


Apartmen pemain


Lampu dipadamkan apabila waktu tidur


Babe in True Love


Misako


Teacher Yumi


Mikae




Miyuki


Remi


Chiemi

No comments:

Post a Comment