Pages

Tuesday, June 2, 2009

Knight Of The Temple : Infernal Crusade



Publisher - TDK Mediactive
Developer - Starbreeze Studios
Engine - Breeze Engine
Platforms - PC, Xbox, PS2, GC


Envy Review For PC

Gameplay - 2

  • Kawalan navigasi Paul mengecewakan. Ia agak sukar dan amat memberi tekanan. Pergerakkannya seringkali tersangkut pada dinding atau invisble wall
  • Combo sangat mengecewakan dan tidak membantu dalam combat. Konfigurasi untuk combo juga sukar.
  • Special Attack lebih berkesan dan mudah untuk menewaskan musuh. Antara combo Special Attack adalah BLOCK BREAKER SWEEP ATTACK (hold Shift+MB1), 360 SWEEP ATTACK (hold Shift+MB2) dan WINDMILL DEATH FROM ABOVE (holdShift+E). Penggunaan Special Attack tidak terhad tetapi bergantung kepada bar biru melintang yang dipaparkan di bawah health bar. Setiap penggunaan special attack akan mengurangkan bar biru tersebut, biasanya satu bar penuh membolehkan 3 hingga 4 Special Attack dilakukan. Bar biru tersebut secara automatik akan menaik semula apabila Special Attack tidak digunakan
  • Paul juga memiliki kuasa luar biasa dikenali sebagai Divine Power yang memberinya keistimewaan tertentu dalam combat. Antaranya adalah SALUTARIS (hold Space+MWup), memberi kuasa pemulihan kepada Paul dan ARMAORUM (holdSpace+MB1) memberikan kuasa gegaran. Penggunaannya juga tidak terhad tetapi bergantung 4 bar putih. Setiap penggunaan Divine Power akan mengurangkan 1 atau lebih bar tersebut. Untuk meningkatkannya semula. Paul perlu menghapuskan satu wave musuh sebelum bar tersebut penuh semula.
  • Paul juga memiliki abiliti BLOCK (hold MB2) untuk menahan serangan musuh. Sesetengah musuh mampu mematahkan BLOCK Paul. Walaupun pertahanan Paul agak baik, tetapi agak sukar untuknya melakukan serangan balas tanpa terkena 1 atau 2 serangan musuh sebaik selepas BLOCK.
  • Penggunaan panah agak berkesan untuk serangan musuh pada jarak jauh.
  • Setiap musuh yang dihadapi oleh Paul juga memiliki health bar nya sendiri. Musuh hanya mati setelah bar tersebut kosong sepenuhnya.
  • Status abiliti dan pangkat Paul boleh diakses menggunakan (F1)
  • Kebanyakkan pintu yang terkunci perlu dibuka dengan mengambil kuncinya daripada musuh sebelum dapat meneruskan permainan. Sesetengah pintu mempunyai pengawalnya sendiri. Pengawal tersebut perlu dibunuh terlebih dahulu sebelum pintu itu boleh dibuka.
  • Sistem health menggunakan satu bar merah melintang. Setiap serangan musuh yang mengenai Paul akan mengurangkan health nya. Health boleh dipulihkan dengan menggunakan Healing Ointment atau menggunakan SALUTARIS. Di penghujung permainan, Healing Ointment agak sukar untuk diperolehi.
  • Fungsi save game adalah menggunakan satu monumen yang boleh dijumpai di tempat tertentu sepanjang permainan. Monumen tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja setiap kali dijumpai. Selain itu, fungsi save hanya disediakan melalui auto save atau save point.

Action - 3
  • Misi utama Paul adalah untuk menyelamatkan Adelle.
  • Paul memiliki pelbagai pilihan senjata yang boleh digunakan pada bila-bila masa, merangkumi pedang, belantan, kapak dan panah. Senjata-senjata tersebut boleh ditingkatkan keupayaannya dengan mengambil senjata baru yang lebih baik dan hebat. Ia hanya boleh dijumpai di level tertentu
  • Pelbagai musuh perlu dihadapi dalam usahanya menyelamatkan Adelle, dari pahlawan biasa dan pahlawan dari neraka hinggalah kepada makhluk-makhluk syaitan. AI musuh agak baik, mereka akan terus menerus menyerang dan berusaha menerang Paul dengan apa cara sekalipun. Mereka juga boleh mengejar Paul jika cuba melarikan diri.
  • Puzzle agak biasa, tetapi sedikit menarik.
  • Hayunan pedang untuk Special Attack oleh Paul menarik.
  • Blocking Paul sangat baik tetapi setiap combat yang dilalui agak sukar untuk dilepasi tanpa terkena serangan musuh.
  • Camera view yang agak mengecewakan.

Beautiful World and Detail - 3
Landscape 2.5, Karekter 3.5, Weapon 3, Kostum 4, Building 3.5, Objects 3.5 Babes 2, Creatures 3


You Live in it - 2.5
  • Kostum dan karekter yang menarik dan pelbagai. Pergerakan setiap watak juga baik dan semulajadi.
  • Aksi combat yang menarik walaupun ada sedikit kekurangan terutama apabila musuh yang telah terkena serangan SWEEP ATTACK masih mampu menyerang Paul.
  • Efek bunyi merangkumi bunyi percakapan dan combat selain efek bunyi apabila senjata mengenai anggota badan agak baik.
  • Efek darah dan gore serta serangan Paul yang kejam agak menarik dan sedikit memuaskan.
  • World yang terbatas dengan halangan oleh invisble wall.
  • Kawalan navigasi Paul amat mengecewakan.

Overall - 2.7

Knight Of The Temple agak menarik dan menyeronokkan. Namun begitu, ia akan lebih baik jika beberapa perkara terutama kawalan navigasi, combat dan open world yang lebih luas dan tidak terbatas dapat ditingkatkan.


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Knight Of The Temple : Infernal Crusade Screenshots

Fighting in Knight Of The Temple
















Blocking


Sweep Attack


360 Sweep Attack



















No comments:

Post a Comment