Pages

Thursday, June 11, 2009

Cryostasis : Sleep Of Reason




Publisher - 1C Company
Developer - Action Forms
Engine - AtmosFear 2.0
Platform - PC


Envy Review for PC

Gameplay - 4
  • Paparan adalah daripada perspektif first person.
  • Gameplay unik iaitu Mental Echoes, abiliti yang membolehkan A. Nesterov mengimbas kembali memori mayat beku krew kapal yang ditemui sepanjang gameplay, lalu mengambil tempat krew tersebut untuk menyaksikan kejadian sebenar yang berlaku di atas kapal tersebut. Bukan sekadar menyaksikan, A. Nesterov juga perlu mengubah kejadian pada masa lepas tersebut dan membetulkan kesilapan sekaligus mempengaruhi masa depan mangsa, gameplay dan environment ketika masa sebenar. Kebanyakkannya adalah menyelamatkan diri krew kapal tersebut daripada terbunuh selain membantu mereka menyelesaikan tugas yang diberikan tetapi gagal diselesaikan oleh mereka. Mental Echoes boleh diselesaikan tanpa had percubaan. Apabila gagal A. Nesterov akan kembali semula kepada dirinya pada masa sebenar untuk percubaan seterusnya hingga berjaya. Selagi tidak berjaya, selagi itulah Mental Echoes perlu dilakukan. Apabila Mental Echoes berjaya diselesaikan, mayat krew tersebut akan lesap dan akan mendapat beberapa ganjaran seperti memperolehi senjata yang digunakan ketika berada dalam Mental Echoes, membuka pintu yang terkunci pada masa sebenar dan membawa ke laluan baru. Tiada sensor suhu atau senjata kecuali senjata yang dimiliki oleh mangsa ketika tragedi berlaku apabila A. Nesterov berada dalam Mental Echoes.
  • Tiada bantuan pointer / crosshair, sebaliknya setiap kali A. Nesterov mendekati objek atau elemen seperti pintu, lever, butang penghidup, senjata, ammo, krew kapal dan haba, tangan kirinya akan diangkat ke arah objek-objek tersebut sebelum menyentuhnya menggunakan MB2.
  • Combat dalam Cryostasis bukan sahaja melibatkan penggunaan rifle malah menggunakan rantai berkunci sebagai knuckle, valve dan kapak.
  • Knuckle dan valve membolehkan serangan combo dilakukan. Combo mana-mana butang W,S,A,D + MB1 menentukan arah tumbukan akan dilakukan. Jika menggunakan dua butang contohnya (hold A,S + MB1) akan menghasilkan dua tumbukan berturut-turut dari arah kanan dan bawah. Ia amat berkesan untuk menghadapi musuh tanpa senjata atau untuk menjimatkan ammo. Untuk knuckle, blocking dilakukan dengan MB2.
  • Dalam combat juga tidak diberi sebarang bantuan crosshair. Untuk tembakan yang lebih tepat, AIMING MODE (MB2) perlu digunakan untuk sasaran musuh menggunakan iron sight.
  • Flashlight (F) boleh digunakan ketika berada di kawasan yang gelap. Ia bertahan untuk tempoh lebih kurang 3 minit. Selepas dipadam sebentar, ia boleh digunakan kembali.
  • Cryostasis turut menampilkan sensor suhu, satu lagi elemen unik dalam gameplaynya. Suhu persekitaran dipaparkan pada bulatan luar sensor tersebut. Ia berfungsi menunjukkan suhu persekitaran A. Nesterov. Apabila bar biru mula menaik, suhu di tempat tersebut adalah semakin sejuk. Lebih panjang bar biru bermakna lebih sejuk persekitaran tersebut dan berbahaya pada A. Nesterov. Apabila mendekati sumber haba, bar merah akan mula menaik dan akan menstabilkan kembali suhu badan A. Nesterov.
  • Sistem health A. Nesterov bergantung kepada haba badannya. Tahap haba badannya boleh dirujuk daripada bulatan dalam sensor suhu. Lebih besar bar merah, lebih haba dimilikinya. Apabila diserang musuh atau melalui kawasan sejuk, A. Nesterov akan kehilangan haba dan ini akan mengancam nyawanya. A. Nesterov akan mati akibat beku jika bar merah habis sepenuhnya. Untuk meningkatkan kembali haba badannya, sumber haba perlu dicari untuk meningkatkannya kembali. Sumber haba boleh diperolehi daripada nyalaan lampu, bara kayu api, paip tekanan tinggi dan stove. Kebanyakan sumber haba adalah daripada lampu. Bekalan kuasa atau suis perlu dihidupkan terlebih dahulu sebelum lampu tersebut menyala.

Action - 4
  • Objektif utama A. Nesterov adalah untuk menyiasat kejadian sebenar yang menimpa kapal North Wind, nuclear icebreaker yang terdampar di Kutub Utara. A. Nesterov perlu mengetahui tragedi sebenar yang berlaku melalui Mental Echoes.
  • Di atas North Wind, A. Nesterov tidak akan kesunyian sebaliknya akan sibuk mengharungi ancaman makhluk-makhluk pelik yang merupakan mayat krew kapal yang telah terdedah kepada radiasi nuklear. Pergerakan mereka agak lambat, tetapi daya serangan yang dimiliki amat kuat. Setiap serangan mereka akan mengurangkan haba yang dimiliki.
  • A. Nesterov tidak membawa sebarang senjata ketika memulakan perjalanannya tanpa mengetahui ancaman yang akan ditempuhnya. Sebaik berada di dalam North Wind, A. Nesterov menggunakan rantai berkunci, dililit di tangannya sebagai knuckle untuk dijadikan senjata akibat berasakan keadaan yang tidak selamat. Selain itu, A. Nesterov turut memperolehi valve dan kapak untuk dijadikan senjata. Knuckle merupakan senjata paling berkesan untuk berhadapan dengan musuh tangan kosong atau musuh yang membawa kapak, tetapi perlu cekap mengelak serangan musuh terlebih dahulu. Sebaik musuh melakukan serangan, mereka akan mengambil sedikit masa untuk membetulkan posisi, ketika itulah waktu terbaik untuk melepaskan tumbukan. Sebaiknya combo (hold A atau D, S + MB1). A dan D untuk menentukan arah kanan atau kiri manakala S pula untuk tumbukan sauk dari bawah yang kuat. Sebaik terkena tumbukan, musuh memerlukan recover period , tempoh yang diambil untuk menstabilkan kedudukan. Ketika itulah tumbukan dilepaskan lagi hinggalah musuh ditewaskan.
  • Pilihan senjata api agak terhad, signal pistol, Mosin-Nagant rifle, Tokarev SVT-40 rifle dan PPSH-41 SMG selain Mosin-Nagant scoped. Penggunaan rifle dan SMG dalam Cryostasis memberi cabaran tersendiri. Selain real time reload yang amat memberi tekanan tatkala menghadapi musuh, kapasiti clip yang rendah, bekalan ammo yang terhad, kadar recoil yang tinggi akibat senjata usang, ruang yang sempit dan musuh yang sangat agresif amat memberi cabaran walaupun menggunakan rifle. SVT-40 merupakan rifle terbaik, kapasiti clip yang sederhana, low recoil, tempoh reload yang sederhana dan damage yang agak besar. PPSH-41 dan Mosin-Nagant juga agak berkesan, tetapi mempunyai kekurangan masing-masing, recoil yang tinggi dan reload yang amat lambat. Mosin-Nagant scoped merupakan senjata yang paling tidak berfungsi, langsung tiada peluang untuk menggunakan skop sebelum musuh dekat.
  • Kesejukan Kutub Utara dapat dirasai dengan pembekuan ais pada pakaian dan senjata dan ais meliputi skrin apabila melalui zon yang terlalu sejuk.
  • Boss fight gameplay yang sangat menarik dan unik.

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 3.7, Karekter 4, Kostum 2.7, Weapons 4.5, Objects 4, Creatures 4


You Live in it - 4
  • Jalan cerita yang sangat menarik dan unik
  • Suasana sunyi dan perasaan keseorangan sangat dirasai. Setiap perjalanan yang dilalui dapat merasakan debaran dan tanda tanya tentang apa yang akan dilalui dan ditemui.
  • Persekitaran dan suasana Kutub Utara yang sangat realistik. Berada di luar North Wind sangat mencabar dan menerujakan. Dengan ribut salji yang kuat, pandangan amat terhad disebabkan ribut tersebut selain ais meliputi pandangan. Pergerakan juga menjadi lambat disebabkan salji tebal dan tiupan angin yang mampu menolak A. Nesterov. Ditambah dengan perasaan panik untuk mencari pintu yang diselaputi salji sambil mengawasi tahap suhu badan.
  • A. Nesterov akan mati kesejukan sebaik terjun ke dalam air sejuk.
  • Penampilan musuh yang amat menarik dan menakutkan. Selain itu, kemunculan mereka juga kerap kali mengejutkan.
  • Penggunaan dan mekanisma senjata yang realistik.
  • Permukaan ais di dalam North Wind semakin mencair disebabkan aktiviti A. Nesterov, seperti menghidupkan bekalan kuasa dan mesin-mesin. Pencairan ais dihasilkan dengan amat menarik dan realistik. Jelas kelihatan kepingan-kepingan ais pecah akibat terjatuh ke atas lantai dan air yang mengalir pada permukaan dinding-dinding dan lantai.
  • Efek lighting dan shadow yang amat menarik dan menghidupkan suasana menakutkan.
  • Efek bunyi yang amat baik menghidupkan suasana seram dan mendebarkan. Malah bunyi ketulan ais jatuh akibat cair mampu memberikan kejutan yang amat besar dan panik kerana menyangkakan musuh menyerang.
  • Konsep perbezaan masa sebenar dan masa lalu melaui Mental Echoes amat menarik malah disampaikan dengan mengagumkan. Jelas kelihatan perbezaan dan kesinambungan setiap tempat dari 2 timeline berbeza.
  • Damage akibat terkena tembakan musuh agak kurang realistik kerana A. Nesterov masih mampu bertahan selepas banyak tembakan. Namun begitu, tiada penjelasan yang pasti mengenai hal ini.
  • Jumlah senjata yang boleh dibawa A. Nesterov pada satu masa agak kurang realistik, di mana 3 jenis rifle dan 1 SMG selain valve, knuckle dan kapak mampu dibawa olehnya.

Overall - 4
Health yang unik dan turut dipengaruhi persekitaran akan memberi cabaran baru yang agak berlainan daripada kebanyakkan FPS. Walaupun pergerakan cerita yang agak perlahan tetapi sepanjang gameplay dipenuhi dengan debaran dan kejutan menjanjikan aksi yang tidak dijangka. Stability system turut menjadi isu untuk memainkan game ini dengan sempurna. Tidak disokong oleh multi core CPU, Cryostasis memerlukan keperluan sistem PC yang tinggi agar dapat menikmati permainan pada tahap maksima.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Cryostasis : Sleep Of Reason Screenshots


Alexander Nesterov


Permulaan...


Flashlight




Mental Echoes


Underwater suit


Chronos
































Monsters In Cryostasis
















Frozen Environment








Chronos Gameplay














No comments:

Post a Comment