Pages

Tuesday, June 23, 2009

Bioshock



Publisher - 2K Games
Developer - 2K Boston/2K Australia
Engine - Unreal 2.5 with Havoc Physic
Platform - PC, 360, PS3


Envy Review for PC

Gameplay - 4
  • Perspektif first person.
  • Dalam combat, Jack memiliki pelbagai senjata seperti revolver, SMG, shotgun, wrench dan crossbow. Setiap senjata mempunyai special ammo (B), bertindak memberi damage yang besar kepada musuh tertentu mengikut jenis ammo tersebut. Setiap senjata boleh diupgrade menggunakan Weapon Upgrade Station. Sebuah stesyen tersebut hanya boleh diupgrade sekali sahaja bagi satu senjata tanpa sebarang bayaran. Setiap upgrade akan kekal pada senjata hingga ke akhir permainan.
  • Jack juga mempunyai Plasmids Power, membolehkannya melancarkan serangan istimewa seperti Electro Bolt, Incinerate, Telekinesis, Winter Blast dan banyak lagi. Penggunaan Plasmids adalah berdasarkan bar biru yang dipaparkan pada skrin. Plasmids yang telah digunakan diisi semula menggunakan EVE Hypo.
  • Tonic memberi keistimewaan kepada Jack untuk meningkatkan tahap keupayaannnya dalam combat, kekuatan dan ketahanan fizikal dan meningkatkan abiliti kejuruteraan
  • Hacking amat penting dalam permainan untuk memberi kelebihan kepada Jack, mesin yang telah dihack akan memberikan diskaun kepada setiap pembelian dan menukar sistem turret, security camera dan security bot supaya membantu Jack sebalik menentangnya. Hacking boleh dilakukan secara manual, berupa mini game menyambungkan paip untuk memastikan aliran cecair biru daripada starting point bersambung dengan ending point. Hacking akan gagal sekiranya aliran tersebut gagal disambung atau mengenai fius penggera atau fius override. Hacking yang gagal akan memberi damage yang besar kepada Jack. Selain itu, hacking juga boleh dilakukan menggunakan wang atau automatic hack tool.
  • Sepanjang permainan, Jack akan menemui pelbagai mesin yang yang mempunyai fungsi tertentu untuk meningkatkan abiliti dan menambah bekalan. Kebanyakkan mesin tersebut perlu dihack atau menggunakan kredit. Antaranya adalah Vending Machine - pembelian ammo, U-Invent - bengkel untuk mencipta ammo daripada objek terbuang, Gene Bank - menukar dan menyimpan Plasmids Power atau tonik abiliti, dan Bot Shutdown - menutup penggera Security Bot. Mesin Gatherer's Garden yang berfungsi membekalkan Plasmids dan Tonic pula perlu menggunakan ADAM yang hanya diperolehi setiap kali membunuh (160 ADAM) atau menyelamatkan (80 ADAM + Gifts) Little Sister.
  • Sistem health dipaparkan melalui bar warna merah pada skrin. Apabila menerima damage daripada musuh, bar tersebut akan berkurang dan perlu dpulihkan semula menggunakan first aid kit (sepenuhnya) atau bandage (sebahagian).
  • Beberapa makanan dan minuman turut mampu memulihkan health mahupun EVE Hypo. Namun begitu, ia turut memberi kesan sampingan kepada salah satu daripada health atau EVE Hypo. Alkohol lazimnya meningkatkan bar Plasmids tetapi mengaburkan pandangan untuk beberapa ketika. Rokok juga memberi kelebihan ke atas bar Plasmids tetapi ia mengurangkan Health. Masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan Physical Tonic yang bersesuaian.
  • Save game dilakukan secara manual melalui Pause Menu. Save boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki sepanjang gameplay kecuali cutscene. Jika terbunuh, Jack akan hidup semula melalui Vita Chamber terdekat dengan menyambung semula permainan terakhirnya tanpa sebarang perubahan termasuk damage ke atas musuh.


Action - 4
  • Objektif utama Jack adalah menyiasat tragedi yang menimpa Rapture dan menyelamatkan dirinya. Pelbagai objektif perlu diselesaikan dalam usahanya tersebut, antaranya mencari bahan dan menghasilkan Lazarus Vector, memasang semula bom Kyburz, menyamar sebagai Big Daddy dan menghapuskan Frank Fontaine
  • Pelbagai jenis senjata terdapat di dalam Bioshock. Antara senjata yang mempunyai kesan damage yang besar adalah crossbow di mana ia mampu membunuh kebanyakkan splicer dengan satu panahan sahaja. Special ammo pada setiap senjata memberi kelebihan kepada Jack untuk menghadapi musuh. Antaranya Anti personnel amat berkesan untuk menghadapi splicer, Armor Piercing dan electricity - Big Daddy dan turret dan Proximity Mine - jerangkap samar.
  • Jack perlu menghadapi pelbagai jenis musuh - Thuggish Splicer, Leadhead Splicer, Nitro Splicer, Spider Splicer, Houdini Splicer dan Big Daddy. Big Daddy merupakan pengawal kepada Little Sister dan tidak memberi ancaman kecuali jika Jack menyerangnya untuk mendapatkan Little Sister. Ia biasanya lebih sukar untuk dibunuh kerana mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi. Big Daddy terbahagi kepada Bouncer dan Rosie. AI musuh sangat baik dengan pergerakan yang pantas dan sangat agresif
  • Selain ancaman Splicer, Jack juga perlu menghadapi turret dan security camera. Security camera yang mengesan kehadiran Jack akan mengaktifkan penggera dan Security Bot. Bot akan terus menyerang sehinggalah sistem penggera tamat. Turret, Security Camera dan Security Bot boleh dihack supaya berpihak kepada Jack dan membantunya menghadapi musuh.
  • Pilihan penamat yang menarik. Penamat bergantung kepada tindakan Jack terhadap Little Sister.

Beautiful World and Detail - 4.5
Landscape 4.5, Karekter 4.5, Weapon 4.5, Kostum 4, Objects 4, Babes 1, Creatures 4


You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang agak menarik
  • Konsep gameplay yang sangat menarik dan unik seperti ADAM, EVE, Plasmids, Tonic dan hacking
  • Character development yang sangat baik dan terperinci merangkumi kuasa, fizikal, kemahiran dan combat
  • Keperincian grafik yang amat baik dan cantik merangkumi karekter dan environment
  • Mayat yang kekal pada kedudukan asalnya.
  • Suasana dan binaan kota di dasar laut yang sangat menarik dan realistik
  • Efek darah, air dan api yang yang mengkagumkan
  • Eksplorasi world yanga baik tanpa halangan daripada invisible walls.
  • Voice acting dan efek bunyi yang baik. Namun begitu, kebanyakan audio daripada audio diaries tidak kedengaran.

Overall - 4.5

Gabungan aksi dan character development yang sangat menarik. Antara FPS yang wajib dimain dan diterokai. Dengan grafik yang cantik dan terperinci selain keunikan Kota Rapture, pastinya penerokaan sepanjang gameplay tidak akan membosankan. Namun begitu, Bioshock tidak lepas daripada beberapa masalah teknikal terutamanya in-game audio.


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect



Bioshock Screenshots


EVE Hypo




Injecting EVE


Plasmid


Tonic




Hacking


Hacking turret to against enemies


Vita-Chamber


U-Invent


Gatherer's Garden


Bot-Shutdown Panel


Security Bot


Research


Save or harvest??


Saving little sister


Loading menu


Combat in Bioshock






















Frank Fontain Fight












The City of Rapture
























Bioshock In-game Action
































No comments:

Post a Comment