Pages

Thursday, April 23, 2009

Prince Of Persia : The Sands Of Time


Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Jade
Platforms - PC, Xbox, PS2, GC, GBA, Mobile

Envy Review for PC

Gameplay - 4
Kebolehan akrobatik dan agility yang dimiliki oleh Prince membantu gameplay yang menggabungkan navigasi dan kombat. Kawalan navigasi yang baik amat diperlukan terutama dalam menyelesaikan puzzle atau melepasi perangkap. Dalam kawalan navigasi, Prince memiliki abiliti WALL RUNNING, berfungsi merentasi laluan yang telah runtuh, rapuh atau berperangkap. Abiliti WALL JUMP membantu Prince mencapai ke tempat yang lebih tinggi dengan melompat dari dinding ke dinding. Sesetengah puzzle memerlukan Prince untuk melakukan WALL RUNNING sebelum melompat ke sesuatu objek seperti tangga atau tebing yang mana ianya agak sukar dan memerlukan pengiraan yang tepat sebelum lompatan dibuat. Untuk melalui tebing sempit atau ledge, Prince boleh memilih samada untuk bergantung pada tebing tersebut dengan tangan atau jika mempunyai cukup ruang, Prince boleh berjalan menyusuri melaluinya tetapi agak lambat. Abiliti ROLLING juga dimiliki oleh Prince berfungsi untuk mengelak perangkap, serangan musuh atau melepasi pintu yang hampir tertutup. Kebiasaannya, Prince akan sentiasa berlari sepanjang permainan. Namun begitu, abiliti WALK yang dimiliki amat berguna terutama ketika hendak melepasi halangan floor-spike. First person perspektif membantu untuk melihat persekitaran secara menyeluruh.

Dalam combat, Prince dilengkapi dengan dua senjata utama, pedang dan sebilah dagger, iaitu DAGGER OF TIME (DOT). DOT memberi keistimewaan kepada Prince untuk REWIND-membalikkan masa ke belakang lebih kurang 10 saat, DELAY-pergerakan slow-mo dalam tempoh lebih kurang 10 saat dan FREEZE-membekukan pergerakan musuh dalam beberapa saat, semuanya melalui eksploitasi daripada SAND TANK. SAND TANK mengandungi pasir yang dilepaskan dari Hour Glass. Setiap penggunaannya perlu diisi semula samada menyedutnya dari SAND CLOUD atau dari tubuh badan musuh. SAND CLOUD hanya boleh didapati di beberapa tempat. Pada asasnya serangan pedang biasa (MB1) yang versatil di samping BLOCKING sering digunakan dalam menewaskan musuh. Tetapi, apabila kombat memasuki level lebih tinggi, ia akan melibatkan makhluk pasir, yang berasal daripada tentera dan penghuni istana yang lain yang telah terdedah kepada letupan Hour Glass. Menewaskan mereka lebih sukar dan di sinilah DOT amat-amat berguna. Selepas menjatuhkan lawan, DOT berfungsi menyedut pasir di dalam tubuh makhluk tersebut yang menghidupkan mereka. Selagi pasir tersebut tidak disedut, selagi itulah makhluk tersebut akan bangkit semula walaupun telah ditewaskan berkali-kali. Tusukan DOT terus terhadap musuh yang masih berdiri akan membekukan mereka untuk seketika sebelum dihapuskan dengan dua tetakan. Setiap sedutan pasir daripaada musuh akan mengisi kembali SAND TANK yang telah digunakan. Beberapa teknik kombat juga boleh digunakan untuk menghapuskan musuh, VAULTING adalah satu teknik penting dan sangat berguna terutama untuk menjimatkan penggunaan SAND TANK dalam kombat. VAULTING adalah satu teknik di mana Prince akan memanjat dan melompat ke belakang musuh sebelum menghapukannya dengan 2 hayunan pedang. Sesetengah musuh dapat menghalang pergerakan ini, jadi sebaiknya kenali terlebih dahulu musuh yang dihadapi sebelum teknik ini digunakan. Selain itu, teknik REBOUNDING dan COUNTERATTACK juga turut membantu dalam kombat. Prince juga berkesempatan untuk menaik taraf pedangnya yang perlu dicari di dalam istana. Kombat turut dibantu Farrah, puteri raja yang ditawan oleh kerajaan Prince yang turut terselamat dalam letupan Hour Glass. Farrah menggunakan panah untuk membantu Prince di dalam kombat. Selain itu, dia turut memainkan peranan penting untuk membantu Prince menyelesaikan sesuatu puzzle atau membuka pintu menggunakan kelebihan badannya yang kecil untuk melalui sesuatu lubang atau ruang rekahan.

REWIND merupakan kuasa terpenting yang dimiliki oleh Prince, malah sering digunakan sepanjang permainan. Ia membalikkan masa ke belakang lebih kurang 10 saat. Ini dapat
digunakan untuk kembali semula ke waktu asal sebelum sesuatu kejadian buruk seperti terjatuh, menerima damage besar daripada musuh atau perangkap, tidak sempat membuat lompatan, jambatan runtuh atau mati. Selagi SAND TANK dimiliki, selagi itulah Prince boleh mengulang semula babak sebelumnya membetulkan kesilapannya sehinggalah halangan selesai.

Fungsi save game di dalam permainan ini unik dan sangat menarik. SAND VORTEX merupakan medium untuk save game, namun begitu, untuk mencapai SAND VORTEX perlu melepasi halangan tertentu, samada perangkap, puzzle atau musuh. Sebaik musuh dihapuskan atau puzzle diselesaikan, satu pusaran cahaya kuning akan terhasil dan memberi peluang untuk save. Selain itu, ia turut memberi abiliti VISION kepada Prince, memberi kesempatan kepadanya untuk melihat babak-babak pada masa depan di samping memberi hint yang berguna. Save point secara automatik turut memudahkan permainan sekiranya terbunuh dan kehabisan SAND TANK.

Sistem health dipaparkan melalui satu bar biru. Apabila menerima serangan musuh, perangkap atau terjatuh tetapi tidak terbunuh, health dipulihkan menggunakan air. Air mudah diperolehi sepanjang permainan. Daripada air kolam hinggalah takungan, semuanya baik untuk memulihkan kembali Prince. Dalam kombat juga memberi kesempatan untuk Prince memulihkan damage yang diterimanya tetapi perlu cepat untuk mengelak daripada diserang musuh. Bar health boleh ditingkatkan menggunakan WATER OF LIFE, tetapi untuk menjumpainya agak sukar. Sebaik meminumnya, bar akan bertambah dan mengisi semula health.


Action - 4.5
Senjata utama Prince selain daripada DOT pastinya adalah pedang. Sepanjang permainan, Prince akan menukar pedangnya dengan yang lebih baik. Pedang yang diperolehi memberi impak dan damage besar serta mampu merobohkan dinding atau pintu yang retak, terutama pedang terakhir yang dimiliki sejurus selepas kehilangan DOT, ia bukan sahaja mampu memusnahkan dinding retak dan pintu rapuh, malah membunuh makhluk pasir dengan sekali tetakan sahaja. Aksi-aksi kombat dan akrobatik yang dipamerkan sangat menarik terutama WALL RUNNING dan VAULTING.

Perangkap dan puzzle yang disediakan sangat menarik, sukar dan mencabar, memerlukan strategi, ketepatan dan kemahiran kawalan yang baik. Perangkap-perangkap yang mencabar ini merangkumi basic spike, floor spike, saw, spike log, slicer dan sword slasher. Puzzle yang disediakan sukar, tetapi dengan petunjuk yang dihasilkan dengan baik setiap puzzle yang dihadapi menjadi sangat menarik dan menerujakan untuk diselesaikan.

Sepanjang permainan, Prince perlu menghadapi pelbagai musuh, daripada manusia hinggalah makhluk pasir yang sukar untuk dibunuh. Makhluk pasir terbahagi kepada beberapa jenis dengan kepelbagaian senjata seperti cangkuk, dagger, belantan, tukul besar dan pedang besar. Kebanyakkan makhluk pasir ini adalah penghuni istana itu sendiri yang terdedah kepada letupan Hour Glass. Selain itu, beberapa haiwan dan serangga turut menjadi makhluk pasir seperti kelawar, burung dan scarabs - sejenis kumbang yang turut memberi ancaman kepada Prince. Serangan musuh berperingkat, di mana setiap serang akan melalui beberapa wave. Sesetengah level, musuh dari wave pertama perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum datang wave kedua. Serangan ini agak mudah untuk diselesaikan. Namun begitu, jika serangan yang melibatkan wave ke dua datang sebelum wave pertama selesai, ia sangat sukar kerana jumlah musuh akan bertambah. Tambahan pula, Farrah juga perlu dilindungi kerana jika dia mati, Prince juga perlu memulakan permainannya semula dari save point. AI musuh sangat baik. Sebaik mengesan kehadiran Prince, mereka menggunakan abiliti teleport untuk menyerang. Mereka sering bertindak mengepung Prince dan bekerjasama dalam setiap serangan. Serangan mereka akan silih ganti antara satu sama lain menyebabkan sukar bagi Prince untuk melancarkan serangan kerana perlu bertahan. Kebanyakkan serangan musuh boleh ditahan oleh Prince melalui BLOCKING, tetapi beberapa serangan kaki sama sekali tidak dapat ditahan malah menyebabkan Prince mendapat damage yang besar dan terjatuh. Dalam keadaan terjatuh, agak sukar untuk Prince bangkit semula kerana terus diasak musuh tetapi masih boleh BLOCKING menggunakan pedangnya.


Beautiful World and Detail - 3.5
Landscape 4.5, Karekter 3.5, Weapon 3, Kostum 3, Building, 4.5, Objects 3.5, Babes 3, Creatures 3


You Live in it - 4
Jalan cerita yang sangat menarik. Pergerakan biasa dan akrobatik Prince dihasilkan dengan natural dan menarik. Dekorasi bangunan yang cantik dan menarik dan efek bunyian samada semulajadi dan kombat yang baik menghidupkan suasana permainan. Pergerakan Kombat juga dihasilkan dengan baik melalui kepelbagaian serangan dan pergerakan yang natural. Makhluk pasir yang tidak dapat dibunuh dengan serangan biasa sebaliknya perlu menggunakan senjata istimewa juga turut membuatkan game ini lebih realistik. Voice acting juga menarik dan baik, malah mampu membuatkan pemain menghayati watak Prince.Selain itu, elelmen menarik permainan ini adalah narrating oleh Prince sendiri, terutama dalam babak apabila dia mati, dia akan memberitahu bahawa itu bukan kisah sebenarnya. Ia akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba kembali bahagian yang terbunuh tersebut pada save point. Penerokaan di dalam permainan ini juga menarik dan tiada halangan kerana walaupun permainan dihasilkan secara linear, tetapi Prince masih mampu untuk bergerak ke seluruh kawasan yang dilalui. Invisible Wall sangat jarang dijumpai memberikan kebebesan untuk Prince bergerak. Puzzle dan perangkap juga dicipta dengan realistik dan menarik. Selain itu, efek air dihasilkan dengan baik, kesan air melicinkan pergerakan Prince untuk berlari pada dinding.


Overall - 4
Antara action adventure yang sangat menarik. Rasanya Assassin Creed sendiri dipengaruhi elemen di dalam Prince Of Persia. Walaupun sudah agak lama dihasilkan, grafik yang dihasilkan cantik dan hebat. Mungkin lebih menarik jika ia dihasilkan di dalam open world seperti Assassin Creed.


Prince Of Persia : The Sands Of Time Screenshots


Prince


Prince, di dalam gameplay


Farah


Hour Glass


Ability vision interface


Vaulting


Menghancurkan dinding


Wall Running


Wall Jumps


Lompatan dari tiang ke tiang...




Long jump


Memanjat tangga


Menyusuri ledge




Sand Cloud


Sand Vortex


Efek Water Of Life


Jalan masuk untuk ke kolam Water Of Life


Menghadapi Big Staff...


....Dancer....


...atau scarabs


Debris

Building and Landscape















World di luar gameplay



No comments:

Post a Comment