Pages

Saturday, April 4, 2009

Medal Of Honor : Airborne



Publisher - Electronic Arts
Developer - Electronic Arts Los Angeles
Engine - Unreal3
Platforms - PC, 360, PS3

Story (from wikipedia)

In Airborne, the player assumes the role of PFC (later promoted to Corporal) Boyd Travers, a paratrooper in the 82nd Airborne Division and later the 17th Airborne Division of the United D States Army during World War II. Travers's insertion is into major engagements in Itali, northern France, the Netherlands, and Germany.

The game begins with a training mission, where the player learns how to jump from the plane, among other basic controls.

After the tutorial mission, the player is sent to Sicily in 1943, with a drop into a small walled village called Adanti as part of Operation Husky, the costly Allied invasion of Sicily. It is followed by Operation Avalanche, the invasion of mainland Italy, where Travers is inserted into an operation near the Greek ruins of Paestum. These ruins were used by the Axis as a staging area to counterattack the advancing Allies from the beaches of Salerno. The 82nd Airborne is then airdropped into France during the morning hours of June 6, 1944 as part of Operation Neptune. During this, Travers is part of the paratrooper force dropped inland the night to take and hold the 82nd Airborne's goal of Sainte-Mere-Eglise. Before the Normandy beach invasion to clear the infantry's path into Vichy France. The player is able to see the Utah Beach landings of Operation Overlord while in the air. Travers then drops into the Netherlands as part of Operation Market Garden, General Montgomery's failed plan to secure routes through the Netherlands enabling a push into Germany. Largely featured is the partly destroyed city of Nijmegen and the attempt to secure the bridge over the Waal River for the Allies. The game's finale takes place during Operation Varsity, which sees Travers parachuting alongside 17,000 soldiers into Germany in the single largest Allied airdrop in history, as the final level depicts a combat jump over a Flak Tower in Essen, Germany.

Envy Review for PC

Gameplay - 4
Permulaan setiap misi akan dimulakan dengan terjunaan dari pesawat C-47. Setiap penerjunan boleh dikawal oleh Travers untuk menentukan arah dan lokasi pendaratan. Pendaratan boleh dilakukan di mana-mana saja lokasi bagi setiap misi, sebaiknya pendaratan di zon selamat yang ditanda melalui flare hijau di mana di situ ada beberapa orang tentera bersekutu dan bekalan senjata. Pendaratan pula terbahagi kepada beberapa jenis merangkumi greased, flared dan botched. Greased dan flared membolehkan Travers menembak terus musuh sebaik mendarat atau terus mencari cover, sebaliknya botched landing menyebabkan Travers terpaksa mengambil masa beberapa saat untuk bangun semula sebelum boleh mengeluarkan senjata.

Dalam setiap misi, objektif-objektif utama mudah dikesan melalui tanda yang tertera di dalam peta. Objektif tersebut boleh diselesaikan tanpa turutan tertentu mengikut kehendak Travers. Namun begitu, setiap objektif yang berdekatan sebaiknya diselesaikan terlebih dahulu sebelum ke lokasi objektif lain yang jauh untuk mengelak daripada terpaksa berpatah balik yang mana ianya akan membuang masa. Apabila semua objektif utama diselesaikan, setiap misi akan menyediakan objektif tambahan untuk disempurnakan. Kebanyakannya, lebih sukar berbanding objektif utama sebelumnya. Sistem checkpoint pula hanya menanda setiap objektif yang telah diselesaikan sahaja. Apabila Travers terbunuh, terjunan akan dibuat semula dan perlu memulakan permainan semula. Walaupun tanpa objektif yang telah selesai, sistem ini agak memberi tekanan kerana perlu menghadapi musuh-musuh yang telah dibunuh di tempat objektif yang belum selesai semula

Dalam kombat, penggunaan senjata adalah berasaskan kawalan tipikal FPS. Abiliti lean yang ditampilkan amat membantu. Abiliti tersebut membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan menerusi iron sight. Iron sight amat berguna untuk ketepatan tembakan. Ia merupakan elemen utama yang sangat membantu dalam menghadapi setiap misi. Paparan crosshair juga disampaikan secara dinamik. Ia akan melebar jika sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran kurang tepat. Abiliti sprint juga menarik dan mudah di mana ia membantu Travers bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas tanpa sebarang had. Namun begitu, keadaan sprint menghalang Travers menggunakan senjata. Travers dilengkapi dengan 2 senjata termasuk sepucuk pistol yang sentiasa dimiliki. Senjata tersebut boleh dipilih pada pemulaan setiap misi dan boleh diganti apabila berada dalam misi dengan mengambil senjata tentera yang terbunuh. Setiap musuh yang dibunuh dikira bagi meningkatan tahap keistimewaan senjata seperti mendapat klip yang lebih besar, reload yang lebih pantas, mengurangkan kadar recoil, bayonet pada senjata untuk melee yang lebih berkesan dan scope yang lebih jelas. Beberapa abiliti senjata yang diperolehi boleh diaktifkan atau sebaliknya dengan MB3. Memasang bahan letupan Comp B diaktifkan dengan button E, dimana satu cutscene in engine akan terhasil menunjukkan Travers memasangnya pada beberapa objektif. Reload senjata juga turut menghasilkan cutscene menarik, realistik dan terperinci. Satu icon berupa topi keledar perang akan dipaparkan setiap kali tembakan headshot dilepaskan. Headshot amat mudah dilakukan terutama apabila menggunakan Springfield. Goyangan senjata agak kuat tetapi dengan kawalan yang kemas akan memastikan tembakan headshot yang membunuh musuh melalui satu tembakan sahaja.

Sistem health Airborne dipisahkan kepada 4 status bar dan menggunakan menggunakan sistem health yang dijana semula, iaitu health yang kurang apabila terkena tembakan akan menaik semula dengan perlahan memenuhi bar yang kurang apabila Travers berlindung dan berehat untuk beberapa saat. Namun begitu, jika 2 bar hilang sekaligus, satu bar lagi perlu diisi semula menggunakan health pack yang boleh dijumpai sepanjang misi atau berdekatan flare hijau.

Action - 4
Setiap misi dimulakan dengan briefing untuk penerangan setiap misi yang akan ditempuhi. Airborne membolehkan Travers memilih mana-mana objektif untuk diselesaikan dahulu. Kebanyakkan objektif melibatkan pemasangan Comp B pada AA Gun, 20mm Flak Gun , atau bekalan untuk dimusnahkan. Selain itu, Travers juga perlu menyelesaikan beberapa objektif lain seperti menghapuskan pegawai atasan, memusnahkan tiger tank dan merosakkan sistem komunikasi. Sepanjang peperangan, Travers perlu menghadapi pelbagai jenis tentera dari beberapa divisyen seperti Italian Blackties, Officer, Fallschimjager (Germany's Airborne), Sniper, PanzerGrenadier dan Nazi Storm Elite. Nazi Storm Elite merupakan anggota infantri berat Jerman yang membawa MG42. Mereka lebih sukar untuk dibunuh walaupun selepas banyak tembakan. Gammon grenade dan shotgun antara senjata yang sesuai untuk menghapuskannya. Springfield, BAR dan Shotgun merupakan senjata yang paling berkesan dan memberi impak besar dalam game ini. Springfield memberi kelebihan kepada Travers untuk bertindak sebagai Sniper untuk menghasilkan tembakan jarak jauh dan tembakan headshot yang lebih berkesan. Malah Scoped Springfield di dalam Airborne merupakan antara sniper rifle yang paling menyeronokkan, mudah, mid-realiti dan menerujakan dalam menghasilkan tembakan headshot berbanding game-game lain. BAR pula memberi impak besar kepada musuh dengan kadar tembakan yang tinggi. Shotgun pula merupakan senjata yang paling berkesan untuk kombat secara dekat. Impak damage yang diberikan amat besar kepada musuh, dengan hanya satu tembakan. Malah iron sight juga tidak diperlukan bagi memastikan ketepatan tembakan untuk membolehkan Travers bergerak sambil melepaskan tembakan atau menggunakan taktik tipikal run and gun. K98 agak mengecewakan kerana tiada scope diberikan walaupun abilitinya telah ditingkatkan. AI musuh agak baik, mereka agresif, pandai menyembunyikan diri, melepaskan tembakan tanpa mendedahan badan seluruhnya, dan jika mereka dalam bilangan yang ramai mereka tidak akan teragak-agak untuk menyerang posisi Travers. Agak menghairankan, kerana apabila dalam keadaan bersemuka, musuh jarang menggunakan senjata sebaliknya menggunakan serangan melee. Ia sekurang-kurangnya memberi kelebihan kepada Travers. Tidak mengira jauh jarak atau kedudukan, tembakan dan lontaran grenade musuh sentiasa tepat mengenai Travers. Ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran bagi Travers untuk menyerang musuh. Hit detection terhadap musuh juga kadang kala agak lemah mengakibatkan beberapa tembakan diperlukan untuk membunuh musuh

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 3, Karekter 3.5, Kostum 4.5, Weapons 4.5, Buildings 4, Objects 2.5

You Live in it - 4.5
Penggunaan senjata yang sangat mudah dan selesa memberikan kelebihan untuk menghadapi setiap misi. Ia mengurangkan tekanan yang dihadapi daripada musuh walaupun keadaan amat tegang. Keperincian dan tekstur tinggi yang dipaparkan pada penghasilan wajah, uniform, senjata, bangunan dan lanskap dibuat dengan amat menarik. Kebebesan untuk bergerak ke sesuatu lokasi dan menyelesaikan objektif memberikan keseronokan untuk diteroka walaupun sangat terhad. Abiliti Sprint menghasilkan efek blur yang menampakkan seolah betul-betul berlari, tetapi ketiadaan had dalam berlari agak mengurangkan realiti permainan kerana Travers tidak mengalami keletihan walaupun berlari dalam jarak yang jauh. Perbezaan antara watak juga mengecewakan kerana perbandingan tidak dapat dibuat dengan watak lain. Kesemuanya kelihatan sama tidak kira Tentera Bersekutu ataupun Jerman. Efek tembakan dan letupan dihasilkan dengan baik dengan percikan api dan bunyi serta serpihan dan debris yang terhasil akibat impak dari tembakan dan letupan. Efek percikan darah turut terhasil kesan daripada setiap tembakan. Sesetengah tembakan headshot menyebabkan topi yang dipakai musuh terpelanting dan menghasilkan bunyi yang mengagumkan seolah peluru tersebut benar-benar menembusinya. Letupan grenade yang berdekatan Travers menyebabkan pandangannya kabur seketika dan bunyi desingan yang membingitkan. Dialog dan in-engine cutscene juga menarik dan menghiburkan. Selain itu, ada beberapa perkara yang agak mengecewakan di dalam game ini dan mungkin boleh ditingkatkan. Antaranya,

  • objek yang tidak boleh didekati mahupun dimusnahkan walaupun dengan beberapa tembakan.
  • cuaca yang tidak dinamik
  • mayat tidak kekal
  • abiliti senjata yang ditingkatkan turut disertakan pada senjata-senjata lain yang dikutip dalam permainan.
  • tembakan dan lontaran grenade musuh sentiasa tepat walaupun tanpa melihat atau dari jarak jauh.
  • musuh mampu mengesan Travers dalam apa jua keadaan.

Overall - 4
Airborne agak berbeza dari kebanyakan WWII FPS kerana ia menawarkan kebebesan untuk menyelesaikan setiap objektif dalam dunia yang terbuka. Grafik dan keperincian yang dipaparkan juga sangat menarik dan cantik. Pengendalian senjata juga sangat mudah dan menyeronokkan terutama 1903 Springfield dan Shotgun. MOH Airborne wajar dicuba bagi peminat genre FPS terutama untuk merasai stail permainan non linear yang ditawarkan.

Medal Of Honor Airborne Screenshots


Place Comp B explosive on AA Gun


Eliminates high ranked officer


Eliminate half track


Destroying tiger tank




Sprint


Reloading Springfield


Menu interface


Weapon loadout interface










Nazi Storm Elite




No comments:

Post a Comment