Pages

Saturday, March 28, 2009

Rise Of The Argonauts

Publisher - Codemasters
Developer - Liquid Entertainment
Engine - Unreal 3
Platforms - PC, 360, PS3

Story
(from wikipedia)
In Rise of the Argonauts, the player assumes the role of the protagonist, Jason, the Greek king. Jason's wife, Alceme, is assassinated and Jason avenges her by killing the assassin. He sealed her body in the temple where they were supposed to marry. After that, Jason discovers that the only way to bring back his wife is to obtain the golden fleece. Traveling to Delphi, Jason learns from the Oracle that the only way for the road to the fleece be revealed is to find the three descendants of three of his patron gods: Hermes, Ares and Athena. The descendant of Hermes is based on Saria, Athena's on Kythra, whereas Ares' is located at Mycanae. After convincing all of them to join you, Jason travels to the Oracle again and she tells him that the fleece is at Tartarus. When Jason travels back to Iolcus to revive Alceme he confronts Pelias, his uncle who is a traitor. During the course of the game, Jason will face Blacktongues who are behind Alceme's assassination, Ionians, mythical beasts and other characters but he will not be alone. Four more argonauts join you along the way and one witch who was a former Blacktongue but now wants to destroy them.

Envy Review For PC
Gameplay - 2
Controller untuk PC agak mudah. Untuk mode lawan cuma gunakan button MB1, 2 dan 3. MB 1 untuk serangan yang biasa dan pantas. MB2 pula menghasilkan serangan yang yang lebih berat tetapi mengambil sedikit masa. Sedikit efek juga terhasil dengan gerakan ini menunujukkan slow mo Jason memenggal kepala dan anggota badan musuh atau menghancurkannya dengan belantan(mace). MB 3 pula merupakan shield bash. Combo Alt+MB1 menghasilkan satu serangan yang istimewa. Namun begitu, tiada yang menarik dengan serangan yang dihasilkan. Serangan yang terhasil tidak membunuh musuh terus sebaliknya hanya menjatuhkan atau mencederakan lawan sahaja. Penggunaan jenis senjata boleh ditentukan dengan jenis lawan yang hadapi. Penggunaan spears membolehkan jason merejamnya kepada musuh dari jarak jauh dengan menekan button R. Penggunaan mace pula sesuai untuk menumpaskan lawan yang dilengkapi dengan shield. Pedang tidak banyak membantu dalam menewaskan musuh sebaliknya penggunaan spears dan mace lebih memberikan impak besar kepada musuh dengan menggunakan serangan MB2. Untuk komunikasi, button MB1 digunakan untuk memulakan dialog. Jawapan yang akan diberikan kepada setiap pertanyaan untuk Jason perlu dipilih mengunakan direction. Namun begitu, dialog yang dipaparkan di dalam game ini terlalu banyak dan panjang.. Jika bosan, dialog tersebut boleh dilangkau untuk ke aksi seterusnya. Objektif semasa dan peta tidak dipaparkan sebaliknya perlu dibuka di dalam menu pause, menyebabkan permainan sering terhenti sesat atau ingin mengetahui objektif atau tugasan seterusnya. Agronauts yang akan bersama Jason di setiap lokasi objektif terhad kepada 2 orang sahaja, menyebabkan pilihan perlu dibuat. Agronauts yang akan mengikuti Jason akan banyak membantu Jason dalam kombat, malah membantu membunuh musuh dengan ramai.

Action - 2
Rise Of The Argonauts memaparkan King Jason yang cuba menyelamatkan nyawa isterinya yang dibunuh oleh Blacktongue dengan mencari Golden Fleece. Namun begitu, pencarian itu perlu melibatkan pengembaraan ke beberapa lokasi bermula dengan Delphi, untuk bertemu dengan Oracle hinggalah ke beberapa tempat lain seperti Mycanae, Saria, Kythra dan Tartarus. Setiap tempat yang dijelajah oleh Jason memberi peluang kepadanya untuk merekrut beberapa anggota Agronauts lain untuk belayar bersamanya selain Hercules, sahabat Jason yang bersama dengannya sejak mula lagi dari. Aksi dlm setiap perlawanan membosankan dengan pergerakan-pergerakan yang sentiasa sama. Namun begitu, slow mo effect dan semburan darah apabila Jason memancung atau menghancurkan kepala musuh sangat menarik. Terlalu banyak dialog yang membosankankan berbanding aksi ditampilkan. . Malah aksi-aksi yang dihidangan kurang menghiburkan dan menerujakan. Boss fight juga tidak menarik dan kurang mencabar. Perlawananan dengan Achilles sedikit menarik kerana suasana di dalam Arena dan juga perlu menggunakan taktik tertentu untuk mengalahkannya. Begitu juga perlawanan dengan Nessus yang boleh diberikan sedikit pujian. Objektif atau penyiasatan yang perlu diselesaikan tidak menarik dan mengelirukan. Puzzle yang perlu diselesaikan untuk melayar kapal Argos agak unik dan menarik tetapi agak sukar untuk diselesaikan.

Beautiful world - 3.7
Landscape 3.7, Karakter 3.7, Kostum 4, Weapons 3.7 Buildings 3.7 Babes 4.5 Creatures 3

You live in it - 2.5
Voice acting yang tidak menarik dan impresi muka yang lemah menjadikan game ini tidak menarik memandangkan ianya lebih tertumpu kepada dialog berbanding kombat dan aksi. Dialog yang dipaparkan amat membosankan dengan mimik muka yang sangat tidak sesuai . Jason merupakan watak yang paling jelas bagi menerangkan maksud ini kerana sering kali mimik mukanya tidak menggambarkan perasaan atau situasi dialog yang diucapkan. Dialog-dialog yang seringkali dilangkau akibat kebosanan mengakibatkan game ini tidak dapat dihayati sepenuhnya. Pergerakan watak-watak sampingan juga agak kekok dan tidak semulajadi. Begitu juga dengan rupa wajah watak sampingan yang kebanyakannya kelihatan sama cuma dibezakan oleh pakaian sahaja. Pakaian watak-watak lain juga kurang pelbagai dan sentiasa berulang-ulang di setiap lokasi berbeza. Peluang untuk mengembara ke beberapa lokasi dimanfaatkan dengan pemandangan yang cantik dan menarik, tetapi invisible wall menghalang penerokaan sepenuhnya setiap lokasi. Selain itu, lokasi yang dibina dan dicipta juga amat mengelirukan. Perjalanan untuk ke setiap tempat objektif atau tugasan pula hanya menggunakan laluan yang sama atau lokasi yang pernah dilawat setiap kali, mengurangkan keseronokan dan kepuasan dalam mengembara. Perkara lain yang melemahkan realiti game ini adalah penggunaan senjata yang dihadkan cuma apabila berdepan dengan musuh. Malah penggunaan senjata dinyahaktifkan sepanjang perjalanan walaupun MB1 ditekan berkali-kali. Pergerakan kombat Jason juga semtiasa sama sepanjang perlawanan tanpa kepelbagaian pergerakan menimbulkan sedikit kebosanan. Argonauts yang pulih sepenuhnya selepas kecederaan parah juga menimbulkan tanda tanya tanpa penjelasan.

Overall - 2.5
Rise Of the Argonauts secara keseluruhannya agak membosankan. Dengan dialog yang panjang dan aksi lawan pada tahap yang biasa, game ini mungkin boleh dicuba bagi yang meminati genre ini atau story telling game.

Rise Of The Argonauts screenshots


King Jason


Alceme


Medea


Pan
The wise old satyr of lore, who has been wandering the world for nearly eight hundred years. Pan is the healer and resident spell caster of the Argonauts.


Atalanta


Achilles


Medusa


Part of the Argonauts


The Ionian Mercenaries


Blacktongue


Achilles Whore


Tartatus


Saria












Ne

No comments:

Post a Comment