Pages

Monday, March 7, 2011

The Sims 3 - UK School Tour (feat. Wonderland) | HD 720p



Game - The Sims 3
Publisher - Electronic Arts
Developer - The Sims Studios
Platform - 360, PS3, Wii, NDS
Released Date - 26 October 2010


Shift 2 : Unleashed - Autolog Drift Challenge Trailer | HD 720p



Game - Shift 2 : Unleashed
Publisher - Electronic Arts
Developer - Slightly Mad Studios
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 29 March 2011


James Bond 007 : Blood Stone - Single Player Review


Game - James Bond 007: Blood Stone
Publisher - Activision
Developer - Bizarre Creations
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 02 November 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Field Operative

Gameplay - 3.7
  • Paparan perspektif third person
  • Peranan utama adalah James Bond, seorang agen MI6.
  • Blood Stone melibatkan beberapa lokasi seperti Athens, Istanbul, Monaco, Siberia, Bangkok dan Geneva
  • Telefon mobil (1) merupakan medium komunikasi yang disediakan kepada Bond untuk menerima objektif khususnya sama ada daripada M atau individu lain. Telefon mobil juga memainkan peranan penting dalam combat terutamanya di mana persekitaran tempat yang baru dilalui boleh diimbas untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah dan kelengkapan musuh, senjata, hazad, kedudukan objektif serta intel
  • Beberapa interaksi boleh dilakukan bergantung kepada indikator yang disediakan seperti VAULT, CLIMB, GRAB, DROP, mengambil objek dan membuka pintu
  • Abiliti COVER (Space) amat berguna untuk tujuan stealth dan combat. Dalam posisi COVER, pemain boleh ke tempat cover bersebelahan menggunakan (tap Space) dan bergerak ke sisi tempat cover (hold Space)
  • Dalam combat, Bond dibekalkan dengan dua slot senjata. Slot utama untuk pistol manakala slot ke dua untuk double handed weapon merangkumi assault rifle, SMG, shotgun dan sniper rifle.
  • Setiap senjata mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pistol merupakan satu-satunya senjata yang boleh dilengkapi silencer tetapi agak lemah dan hanya sesuai untuk jarak dekat. Assault rifle merupakan senjata paling berkesan dengan damage yang besar serta efisyen untuk jarak jauh tetapi tiada fungsi silence agak menyukarkan stealth. Begitu juga dengan SMG tetapi damage yang dihasilkan tidak sebaik assault rifle dan menghasilkan recoil yang agak tinggi. Senjata terbaik untuk close assault pastinya shotgun yang menghasilkan damage yang sangat besar. Namun begitu, kekangan penggunaan shotgun adalah rate yang lemah, reload yang lambat, jarak yang kurang serta bising.
  • Antara senjata yang diseiakan adalah P99, USP, Walther P99 (Pistol), MP7, UMP, MP5, (SMG) G36, AK-47, ACR (assault rifle), DSR-1, M24, M82 (sniper rifle) dan 12 Gauge, M1, M3T (shotgun)
  • Penggunaan senjata akan memaparkan crosshair pada skrin untuk memudahkan sasaran tembakan. ZOOM (MB2) diperlukan terutama untuk headshot yang mampu memberi critical damage ke atas musuh
  • FOCUS AIM (L-CTRL) membolehkan sasaran kepada musuh dilakukan secara automatik dan mampu membunuh musuh dengan segera melalui satu tembakan sahaja. FOCUS AIM memerlukan Bond melakukan MELEE TAKEDOWN (E) ke atas musuh untuk mengisi satu bar FOCUS AIM. Maksimum bar yang dimiliki adalah 3
  • Abiliti COVER (Space) yang dimiliki memberikan sistem pertahanan yang lebih baik. Untuk tembakan yang lebih tepat semasa dalam COVER, abiliti LEAN (MB2) membolehkan Bond menghendap keluar senjatanya. Berada dalam posisi COVER membolehkan BLINDFIRE untuk mengurangkan damage ketika melakukan tembakan
  • Selain menggunakan senjata, hand to hand combat juga turut digunakan apabila menghadapi musuh tanpa senjata. Pelbagai variasi gerakan dapat dilakukan dalam hand to hand combat sama ada secara stealth atau close combat
  • Blood Stone turut melibatkan pelbagai aksi kejar-mengejar sama ada menggunakan kenderaan atau berlari. Pemanduan kenderaan akan menukarkan permainan seperti siri Need For Speed di mana tiada kawalan mouse diperlukan dan paparan kamera akan dikawal secara automatik setiap kali Bond membelok

Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape - 4.5, Characters - 4, Costume - 3.7, Weapons - 4, Objects - 3.5, Babe - 2.5


You Live in it - 3.7
  • Variasi persekitaran yang unik dan variasi di setiap lokasi
  • Grafik yang baik
  • Aksi kejar-mengejar kenderaan yang sangat mencabar dan menarik
  • Kawalan combat yang amat baik dan mudah.
  • Hit detection yang agak baik
  • Stealth mechanic yang agak baik dan mudah
  • Variasi pergerakan hand to hand combat yang menarik dan realistik
  • Kesan damage ke atas musuh yang sangat baik dan realistik. Musuh yang memakai penuh sut tentera atau kevlar lebih sukar untuk dibunuh menggunakan senjata apai
  • Efek darah yang baik.
  • Kesan damage ke atas environment yang realistik.
  • Efek letupan yang baik dan realistik
  • In-engine cutscene menjadikan penghayatan permainan lebih menarik walaupun turut diselang seli dengan cinematic cutscene
  • Voice acting yang sangat baik dan menarik menghidupkan jalan cerita
  • Tiada gajet yang boleh digunakan oleh Bond untuk menyelesaikan misi atau objektifnya seperti yang ditampilkan dalam filem
  • Musuh yang dibunuh akan hilang selepas beberapa ketika
  • Memerlukan lebih lagi variasi senjata
  • Permainan akan lebih menarik jika eksplorasi bebas turut ditampilkan

Overall - 3.7

Blood Stone menawarkan elemen James Bond yang baik seperti di dalam filem yang pernah dihasilkan. Kekurangannya hanya tiada gajet-gajet yang digunakan dalam menyelesaikan misi dan objektif sebaliknya hanya menggunakan sebuah telefon mobil. Aksi kejar-mengejar yang tegang, elemen spy yang agak baik dan menarik serta combat yang padat menjadikan permainan dalam Blood Stone tidak membosankan dan amat memuaskan. Bagi peminat James Bond serta siri stealth seperti Splinter Cell, ia merupakan permainan video yang wajib dicuba

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

James Bond 007 : Blood Stone Screenshots

James Bond



In-Game Action













Hand To Hand Combat








World and Environment