Pages

Tuesday, July 20, 2010

Lara Croft and the Guardian of Light - Combat Trailer


Game - Lara Croft And The Guardian Of Light
Publisher - Square Enix
Developer - Crystal Dynamics
Platform - PC, 360 PS3
Release Date - 18 August 2010


Alien Swarm - Launch Trailer


Game - Alien Swarm
Publisher - Valve Corporation
Developer- Valve Software
Engine - Source
Platform - PC
Released Date - 19 July 2010


Call Of Juarez : Bound In Blood - Review


Game - Call Of Juarez : Bound In Blood
Publisher - Ubisoft
Developer - Techland
Engine - Chrome 4
Platform - PC, 360, PS3
Released date - 30 June 2009

Envy Review for PC
Difficulty - Normal

Gameplay - 2.5
  • Paparan perspektif first person
  • Pada awal setiap level, pemain diberi pilihan antara dua playable character. Ray atau Thomas McCall. Namun begitu, terdapat juga beberapa level yang memerlukan pemain menggunakan karekter yang telah ditetapkan antara keduanya. Untuk review ini, penulis menggunakan karekter Thomas, seorang penembak tepat jarak jauh dan memiliki pergerakan yang lebih stealthy.
  • Walaupun menampilkan permainan FPS yang tipikal, COJ : Bound In Blood turut menampilkan beberapa elemen gameplay yang unik bagi menghidupkan tema Western.
  • Antaranya adalah
  1. CONCENTRATION MODE (MB3) - membolehkan tembakan yang lebih tepat dan mampu menghapuskan musuh dengan lebih berkesan dan pantas. Dalam mode ini, setiap pergerakan menjadi perlahan dan satu indikator crosshair akan dipaparkan secara automatik ke atas musuh yang kelihatan di hadapannya. Sebaik musuh pertama dibunuh, sasaran crosshair tersebut akan beralih kepada musuh yang kelihatan seterusnya secara automatik. Ini berterusan hinggalah tempoh concentration mode tersebut tamat. Untuk memperolehi abiliti ini, Thomas perlu membunuh beberapa musuh untuk mengisi concentration meter yang dipaparkan dalam bentuk silinder revolver di sudut kanan atas skrin hingga penuh. Untuk charge yang lebih pantas, headshot amat diperlukan. Kelemahan concentration mode adalah tempoh waktu seminit sahaja yang disediakan untuk digunakan sebelum meter tersebut kembali menurun
  2. DUELING - showdown yang melibatkan kepantasan dua karekter menembak satu sama satu. Pada ketika ini, revolver masing-masing berada pada sarungnya di sisi pinggang. Thomas perlu memastikan tangannya sentiasa dekat pada revolver (tanpa menyentuh revolver tersebut) dan musuh sentiasa berada dalam pandangan. Isyarat untuk melepaskan tembakan adalah berdasarkan bunyi loceng yang akan kedengaran.
  3. Joint Action - sesetengah objektif atau halangan memerlukan kerjasama antara Thomas dan Ray bagi menghadapinya tidak kira semasa navigasi atau ketika combat. Indikator berwarna merah pada environment menunjukkan kerjasama antara kedua-duanya diperlukan. Antara aksi Joint Action adalah bergabung dengan Ray untuk menembak musuh di sebalik pintu yang akan dipecahkan oleh Ray
  4. LASSO (6) - Thomas memiliki lasso yang boleh digunakan untuk mencapai tempat tinggi. Penggunaannya hanya terhad pada environment yang mempunyai indikator lasso diperlukan
  • Thomas mempunyai 4 slot senjata, 2 slot merangkumi revolver, 1- rifle dan 1- untuk busur panah. Thomas juga mempunyai 2 slot inventori mengandungi LASSO (6) dan THROWING KNIFE (5). Berbeza dengan Thomas, Ray mempunyai kebolehan untuk menggunakan abiliti double wielded sepanjang permainan selain boleh menggunakan portable gatling gun. Ray membawa dinamit dan dalam slot inventorinya.
  • Variasi senjata disediakan untuk kegunaan Thomas. Senjata dibahagikan kepada beberapa kategori mewakili tahap keberkesanan iaitu,rusty, prime dan superb. Membezakan senjata tersebut rusty merupakan kategori senjata yang kurang baik manakala superb pula merupakan kategori terbaik merangkumi damage, kelajuan reload dan ketepatan. Untuk membezakan ketiga-tiga kategori ini rusty kelihatan agak buruk dan berkarat, prime - berwarna silver manakala superb berwarna gold.
  • Beberapa objek seperti lampu minyak dan kerusi juga boleh digunakan sebagai senjata. Kerusi amat sesuai digunakan sebagai senjata melee dalam close combat manakala lampu minyak amat sesuai digunkan jika dilontar kepada musuh berkumpulan
  • Thomas memiliki abiliti COVER untuk mengelak damage daripada musuh. Ketika berlindung, Thomas juga boleh menggunakan lean untuk menghendapkan senjata keluar tanpa mendedahkan badannya.
  • Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu Thomas memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, FOCUS (hold MB2) amat diperlukan
  • Ketika eksplorasi, Thomas akan menemui banyak peti yang mengandungi sama ada ammo dan skrol rahsia.
  • Antara setiap level, kadang-kala Thomas beberapa tugas sampingan (dalam bentuk poster) turut disediakan. Thomas boleh memilih setiap tugasan tersebut untuk habuan wang bagi setiap tugasan yang berjaya. Antara tugas tersebut adalah membunuh penjenayah dikehendaki atau mendapatkan semula barang rompakan
  • COJ : Bound In Blood tidak menggunakan health bar yang spesifik sebaliknya tahap damage boleh diketahui jika skrin mula diselubungi warna merah. Untuk mengatasinya, Thomas perlu segera berlindung daripada damage seterusnya hinggalah keadaan skrin pulih seperti biasa

Selecting character

Using lasso

Side mission

Shooting enemies to gain concentration

Concentration mode


Action - 3.5
  • Antara lokasi yang terlibat dalam COJ : Bound In Blood adalah Atlanta ketika Perang Sivil, Fort Smith di Arkansas, Indian Territory di Utara Arizona dan Juarez di Mexico
  • Variasi senjata disediakan merangkumi pistol, rifle, sniper rifle, shotgun dan bow. Antaranya adalah ranger, quick shooter, classic gun, hybrid gun, volcano gun, pepper gun, ladies gun (pistol), classic rifle, heavy rifle (rifle) classic scoped , heavy scoped (sniper rifle) dan sawed-off (shotgun) Selain itu, beberapa senjata berat lain turut disediakan di sesetengah lokasi seperti stesen gatling gun. Meriam hanya boleh digunakan oleh Ray
  • Mengejutkan apabila senjata yang paling berkesan untuk digunakan adalah crossbow. Penggunaannya senyap dan amat sesuai untuk stealthy. Untuk menggunakan crossbow, targeting (hold MB2) diperlukan terlebih dahulu sebelum dilancarkan menggunakan (MB1). Semasa targeting, mode akan bertukar menjadi slow motion dan ini menjadikan sasaran tepat amat mudah dilakukan. Namun begitu, crossbow tidak sesuai apabila open combat disebabkan rate of fire yang rendah selain ammo yang terhad. Satu lagi senjata yang paling efektif adalah classic rifle yang sesuai digunakan sama ada jarak dekat mahupun jauh. Selain damage yang besar, rate fire nya juga agak tinggi. Untuk close combat pula, sawed-off shotgun merupakan jawapan yang sesuai
  • Antara kumpulan musuh yang perlu dihadapi adalah bandits, puak natif dan tentera Confederates

Thomas McCall

Ray McCall

Weapon store


Beautiful World and Detail - 3.7

Landscape 3.7, Character 4, Costume 3.7, Weapon 3.5, Babe 2.5, Object 3.5


You Live in it - 3
  • Jalan cerita yang agak menarik
  • Environmet Wild West dan Perang Sivil yang realistik dan menarik selain penampilan karekter serta senjata yang ditonjolkan
  • Open world yang agak luas
  • Beberapa elemen western diterapkan dengan amat baik untuk menghidupkan permainan seperti dueling, combat ketika di atas kuda dan double wielded revolver
  • Permainan merangkumi waktu siang dan malam
  • Variasi karekter NPC yang ditemui kelihatan berbeza antara satu sama lain
  • Voice acting yang baik
  • Had masa untuk concentration mode agak tidak rasional. Ia akan lebih baik jika concentration mode yang diperolehi tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan
  • Hit detection yang lemah mengurangkan keseronokan dan kepuasan permainan
  • Reaksi muka karekter yang agak kaku
  • Ketiadaan peta agak menyusahkan

Overall - 2.7

COJ : Bound In Blood berjaya menghidupkan permainan FPS bertemakan western dengan pelbagai permainan dan aksi yang menarik seperti dueling mahu pun Perang Sivil. Selain environment dan senjata yang realistik daripada era itu, penampilan setiap karekter juga menggambarkan imej western. Hanya satu perkara yang menjadikan permainan ini betul-betul mengecewakan. hit detection nya yang sangat lemah. Walaubagaimanapun, ia masih permainan yang perlu dicuba bagi merasai suasana kehidupan Wild West

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Call Of Juarez : Bound In Blood
Screenshots

In-Game Action















Combat










Concentration Mode


Ray's

Thomas's


Dueling




World and Environment