Pages

Thursday, April 8, 2010

F.E.A.R 2 : Project Origin


Game - F.E.A.R 2 : Project Origin
Publisher - Warner Bros Games
Developer - Monolith
Engine - Lithtech
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 10 February 2009

EnvyReview for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 4
  • Paparan adalah daripada perspektif first person.
  • Combat membolehkan Becket membawa 4 senjata pada satu masa tidak termasuk variasi grenade. Becket boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan weapon select menu (F) atau (scroll MB3). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (E) yang dijumpai sepanjang permainan. Setiap senjata juga memiliki FIRE MODE (B) untuk pilihan kadar tembakan yang diingini
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu Becket memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Beberapa jenis grenade turut disediakan seperti frag grenade, incendiary grenade dan shock grenade selain proximity mine. Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • FEAR 2 menampilkan abiliti SLOW-MO (L-CTRL) yang amat berguna dalam combat. SLOW-MO membolehkan Becket memperlahankan masa untuk beberapa ketika sekaligus memperlahankan pergerakan musuh atau objek. Ia amat berkesan apabila menghadapi musuh yang ramai atau mempunyai pergerakan yang tangkas dan pantas. Ini membolehkan sasaran tembakan ke arah musuh yang lebih baik. SLOW-MO bergantung kepada reflex meter yang dipaparkan setiap kali abiliti ini digunakan. Ia secara automatik dicaj semula selepas digunakan. Reflex meter boleh diupgrade dari segi tempoh masanya menggunakan reflex injector yang tersorok dalam permainan
  • Melee boleh digunakan dalam close combat dengan variasi combo yang dimiliki. Antaranya SLIDE KICK (W + MB3 + SHIFT), JUMP KICK (F + MB3 + SPACE) dan SWEEP KICK (MB3 + SPACE)
  • Flashlight (ALT) boleh digunakan ketika berada di kawasan yang gelap. Ia boleh digunakan secara berterusan tanpa ditutup. Namun begitu, perlu diingat cahaya yang dihasilkan mudah menarik perhatian musuh
  • Health dipaparkan pada health meter yang dipaparkan pada sudut bawah kiri HUD. Becket turut dilindungi oleh armor yang berfungsi seperti health utama di mana ia melindungi health meter daripada damage. Armor meter dicaj semula dengan mengutip armor vest yang dijumpai sepanjang permainan. Damage bukan sahaja diperolehi ketika combat malah akibat terjatuh dari tempat yang tinggi atau elemental hazards seperti api dan elektrik. Sesetengah tembakan musuh mampu membunuh Becket sekaligus walaupun health meter masih penuh terutamanya headshot, tembakan sniper dan shotgun. Health meter dicaj semula menggunakan medical injector yang memulihkan sebahagian health atau medkit (Z) yang memulihkan health sepenuhnya.
Action - 3.7
  • FEAR 2 menampilkan variasi senjata fiksyen moden. Antaranya adalah Seegert ACM-46 9 mm pistol, Andra FD-99 smg, Patten PK470 assault rifle, Raab KM-50 sniper rifle, SHO-3 combat shotgun, Vollmer Ultra92 automatic shotgun, Shark FL-3 Laser, Type-12 pulse gun, Balzer LM-10 napalm cannon, HV Hammerhead dan Andra SR-5 missile launcher.
  • Senjata pilihan adalah assault rifle yang miliki kuasa damage yang baik selain pilihan fire mode untuk kepelbagaian pendekatan dalam combat. Shotgun pula memiliki damage yang tinggi dan sesuai untuk close combat. Untuk combat jarak jauh, sniper rifle pastinya pilihan utama dengan kestabilan dan zoom yang baik serta damage yang sangat besar. Jika tidak disebabkan ammo yang terhad, pastinya ia menjadi pilihan utama dalam combat
  • Variasi grenade turut disediakan seperti N6A3 frag grenade, R3 incendiary grenade, XS shock grenade dan AT-L4 proximity mine
  • Bergantung kepada level, Becket boleh menggunakan Elite Power Armor, iaitu armor mekanikal berbentuk robot dilengkapi dual minigun dan rocket launcher
  • Variasi musuh perlu ditempuhi oleh Becket sepanjang permainan terdiri daripada ATC BlackOps, Replica dan makhluk supernatural serta mutan.
  • ATC BlackOps terdiri daripada Soldier, Heavy Soldier, Hazmat Soldier dan Elite Soldier. Replica juga terdiri daripada Soldier, Heavy Soldier, Elite Soldier dengan tambahan Assassin selain unit sokongan berat seperti Power Armor dan Elite Power Armor. Makhluk supernatural serta mutan pula terdiri daripada Abomination, Remnant, Specter dan Remnant Puppet
  • Untuk pengetahuan, ATC BlackOps dan Replica tidak berada dalam satu pihak sebaliknya mereka akan bertempur sebaik berdepan
  • AI musuh dihasilkan dengan baik malah mencabar Becket dengan corak menyerang serta flank. Musuh juga tidak kekal pada satu cover sahaja sebaliknya mereka sentiasa mencari spot terbaik untuk menyerang BecketSetiap serangan musuh seringkali menyebabkan pemain terpaksa berundur atau mencari cover lain. Musuh juga mampu berlindung dengan baik untuk mengelak setiap serangan pemain. AI teammate yang lain juga amat baik dan sangat membantu pemain dalam menghapuskan musuh.
  • FEAR 2 juga melibatkan boss fight di penghujung permainan iaitu Sgt. Keegan
Beautiful World and Detail - 3.7

Landscape 3.7, Character 4, Costume 4.5, Weapons 3.7, Objects 4, Babes 4, Creatures 2.5

You Live in it - 4
  • Jalan cerita yang menarik
  • Environment kemusnahan, gore dan kegelapan yang amat baik dan realistik dihasilkan untuk menghidupkan elemen seram
  • Suasana seram yang amat baik dihasilkan. Kegelapan yang dilalui diiringi muzik latar yang menyeramkan amat mendebarkan terutama memikirkan apa yang akan ditemui di sebalik kegelapan tersebut
  • Efek shadow dan lighting yang baik menghidupkan suasana menakutkan.
  • Tanpa sebarang indikator, mengelak daripada letupan grenade musuh menjadi sangat mencabar dan menyeronokkan
  • Aksi close combat yang menarik terutama dengan variasi serangan melee
  • Efek gore dan darah yang sangat baik. Damage yang amat besar mampu memisahkan anggota badan musuh dan menghancurkannya
  • Variasi uniform ATC BlackOps dan Replica yang menarik dan realistik
  • Ketiadaan abiliti lean sedikit menyukarkan combat
  • Kecuali Alma, kemunculan makhluk supernatural lain agak kurang mengejut dan menakutkan berbanding FEAR dan Extraction Point
Overall - 3.7

Alma kembali semula dengan imej yang lebih menggerunkan dalam FEAR 2, tetapi tahap ketakutan yang diberikan tidak mencapai tahap seperti FEAR mahupun Extraction Point yang pernah dimainkan oleh pemain dahulu. Ada sesuatu yang menyeramkan pada personaliti Alma ketika kanak-kanak dahulu. Selain itu, ancaman yang diberikan oleh makhluk supernatural yang lain juga agak kurang mencabar walaupun ia menyenangkan pemain. Penampilan mereka juga kurang menakutkan kecuali Remnant.Walaubagaimanapun atmosfera yang disediakan dalam FEAR 2 amat baik dan menghidupkan suasan seram dan menakutkan diiringi muzik latar yang sesuai dan tepat. Bagi peminat horror FPS, FPS dan horror, FEAR 2 : Project Origin merupakan pilihan yang tepat dan menjanjikan debaran dan aksi kepada pemain hingga ke akhir permainan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
F.E.A.R 2 : Project Origin Screenshots

In-Game Action
















In-Game Combat
















Blood and Gore






World and Environment