Pages

Friday, March 26, 2010

The Saboteur - Review

Game - The Saboteur
Publisher - Electronic Arts
Developer - Pandemic Studios
Engine - Odin
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 08 December 2009

EnvyReview for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 3.7
  • Paparan perspektif third person
  • Permainan terbahagi kepada dua mode iaitu, eksplorasi dan combat
  • Dalam eksplorasi, Sean memiliki mendapat kebebasan untuk bergerak dalam seluruh kota Paris sama ada berlari, memandu kenderaan atau parkour, iaitu teknik yang melibatkan lompatan dari bumbung ke bumbung dan free climbing.
  • Sepanjang permainan, pergerakan Sean akan sentiasa menarik perhatian tentera Jerman. Tahap perhatian tentera Jerman boleh dirujuk pada suspicion meter yang dipaparkan pada sekeliling mini map. Beberapa perkara yang menarik perhatian tentera Jerman adalah membawa senjata secara terbuka, memasang explosive, memanjat, memasuki kawasan larangan atau suspicion zone, dan bertumbuk. Sean berada dalam situasi neutral apabila meter tersebut kosong. Sebaik disedari oleh tentera Jerman, meter berwarna kuning akan meningkat menunjukkan tahap perhatian dan curiga mereka ke atas Sean juga semakin meningkat. Sebaik meter kuning tersebut penuh, salah seorang daripada tentera Jerman yang sedar akan kehadiran Sean akan cuba membunyikan wisel isyarat. Sean perlu menghalang tiupan wisel tersebut untuk memastikan kelibatnya tidak dicurigai atau disedari. Jika gagal, suspicion meter akan bertukar kepada alert meter berwarna merah dan menyebabkan tentera Jerman berdekatan akan mula menembak ke arah Sean dan memburunya. Ketika ini juga satu paparan bulatan berwarna merah akan dipaparkan pada map dan mini map menunjukkan kawasan carian tentera Jerman. Apabila ini berlaku Sean perlu melepaskan diri sama ada dengan menyorok di tempat persembunyian yang disediakan atau keluar dari red area. Membunuh tentera Jerman ketika alarm berfungsi akan meningkatkan level alarm tersebut. Alarm level menentukan jumlah dan kekuatan tentera Jerman yang akan menyerang dan memburu Sean
  • Penyamaran (hold F1) membolehkan Sean membawa senjata secara terbuka. Apabila dalam penyamaran, disguise circle akan dipaparkan pada mini map. Jangkauan disguise circle akan berkembang jika Sean berlari atau memecut. Suspicion level terhadap penyamaran Sean akan meningkat jika terdapat tentera Jerman di dalam disguise circle tersebut. Sebaiknya Sean berjalan (hold L-Alt) ketika dalam penyamaran.
  • Warna merupakan antara elemen penting dalam The Saboteur. Amnya, seluruh kota Paris diwarnakan hitam putih, melambangkan tahap tentangan dan kebangkitan penduduk Paris. Warna hitam putih menunjukkan moral dan tentangan penduduk Paris sangat lemah. Ia juga menunjukkan lokasi tersebut dikuasai dan dipenuhi dengan tentera Jerman. Sean perlu memainkan peranannya untuk menaikkan semula semangat penduduk Paris dengan memulakan kebangkitan penentangan terhadap Jerman. Setelah menyelesaikan misi-misi penting, warna akan kembali mewarnai lokasi berkenaan dan melambangkan kebangkitan penduduk. Kawasan yang berwarna bukan sahaja memudahkan eksplorasi, tetapi turut memberi kelebihan kepada Sean terutama bantuan yang diterima daripada Resistance atau penduduk tempatan sendiri apabila dikesan atau diserang oleh Jerman. Bilangan tentera patrol Jerman juga berkurang dan terhad di posisi penting mereka.
  • Dalam combat, Sean boleh membawa 2 senjata sahaja dalam satu masa selain grenade dan dinamit. Senjata boleh dibeli dari penyeludup senjata atau diambil dari tentera Jerma yang dibunuh. Senjata yang dimiliki juga boleh diganti dengan senjata yang dijumpai pada bila-bila masa.
  • Sean juga boleh menggunakan hand to hand combat dalam menghadapi musuh terutama dalam situasi stealthy. Selain serangan melee asas seperti punch (MB1), strong punch (MB3) dan kick (F) serangan paling berguna yang dimiliki oleh Sean adalah Silent Kill (E), serangan stealthy yang mampu membunuh musuh dengan serta merta. Ia biasanya dilakukan dari arah belakang musuh tanpa menarik perhatian. Selepas upgrade serangan ini juga boleh dilakukan ke atas musuh secara berhadapan. Serangan melee yang dimiliki oleh Sean juga boleh divariasi menerusi abiliti grab (hold MB2).
  • On screen crosshair hanya dipaparkan apabila Sean menggunakan senjata api
  • Sean juga memiliki abiliti cover untuk melindungi dirinya daripada tembakan musuh.
  • Character upgrade dalam The Saboteur menggunakan Perk. Ia diperolehi secara automatik sebaik menyelesaikan beberapa objektif. Perk meningkatan kemampuan dan keberkesanan Sean dalam combat seperti ketepatan tembakan, kapasiti ammo, tahap damage dan variasi abiliti melee
  • Sean akan memperolehi contraband setiap kali menyelesaikan misi atau freeplay target. Contraband digunakan untuk membeli senjata, bekalan dan item lain daripada pembekal.
Action - 4
  • Watak utama The Saboteur adalah Sean Devlin, seorang pelumba kereta dan mekanik berbangsa Irish. Sahabatnya, Julius telah dibunuh oleh Dierker
  • Objektif utama Sean adalah membalas dendam terhadap Dierker yang telah membunuh sahabat Sean, Julius. Dalam usahanya menjejak Dierker, Sean perlu membantu menyelesaikan pelbagai misi dan tugasan kepada pejuang kebangkitan Perancis dan British Intel. Antara objektif yang perlu diselesaikan adalah membebaskan pejuang kebangkitan yang dipenjarakan oleh Jerman, menyelamatkan Maria Kessler daripada tahanan Jerman dan memusnahkan zepellin
  • Freeplay target juga menambahkan variasi permainan dalam The Saboteur. Kebanyakkan misinya adalah memusnahkan AA gun, cannon, sniper nest, radar telekomunikasi, depot minyak, menara kawalan, search light, pembesar suara propaganda Jerman dan membunuh jeneral Nazi. Freeplay target yang berjaya diselesaikan akan memberikan contraband kepada Sean.
  • Lokasi utama The Saboteur adalah di beberapa bandar di Perancis seperti Paris, Normandy dan Le Harve. Selain itu, beberapa lokasi turut dilewati oleh Sean ketika imbas semula iaitu di sekitar sempadan Jerman - Perancis.
  • Pelbagai jenis senjata disediakan untuk kegunaan Sean merangkumi pistol, assault rifle, rifle, SMG, shotgun, flamethrower dan launcher. Antaranya adalah Kruger, Raum, silenced, .44 pistol, MP 44, Terror MP60, Carbine (alt. scoped), Steiner (alt. scoped), hunting rifle, MP 40, Thompson, double-barreled shotgun, trenchgun, Terrot Shotgun, Siegfaust, panzerschreck dan flamethrower 2000.
  • Sean perlu menghadapi pelbagai peringkat tentera Jerman daripada variasi unit. Antaranya adalah Wehrmacht soldier, Kriegsmarine soldier (navy), SS Waffen soldier, sniper, gestapo officer, Nazi terror squad dan Dopplezieg crew. Selain itu, Tentera Jerman juga turut disokong dengan beberapa artileri berat dan kenderaan sokongan seperti zepellin, wulf tank, half track, flammwagen, Panther MK II tank, armed ZP750 bike, Gestapo Cruiser dan sturmwagen
  • Variasi kenderaan turut disediakan untuk kegunaan Sean tetapi kebanyakkannya adalah kereta. Antara kenderaan yang menarik dan selesa untuk dipandu adalah Altair, Drake, Aurora, Corrino Sport, Pegasus, Domino dan Dugati.
Beautiful World and Detail - 4

Landscape - 4, Characters - 4, Costume - 3.7, Weapons - 4, Objects - 3.7, Babes - 4.5

You Live in it - 4
  • Jalan cerita yang menarik
  • Bandar-bandar di Perancis dihasilkan dengan menarik dan realistik
  • World yang luas dan sangat bebas walaupun tidak banyak bangunan atau fasiliti yang boleh dimasuki oleh Sean.
  • Kitaran siang malam yang sangat baik. Hujan lebat dan ribut petir juga turut berlaku pada sesetengah waktu
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan dalam The Saboteur. Antara yang mencuri tumpuan adalah model Altair, Drake, Pheonix dan Aurora.
  • Pemanduan kenderaan yang agak mudah walaupun ketika perlumbaan
  • Abiliti memanjat dan parkour yang menarik dan realistik
  • Hand to hand combat yang menarik dan mudah
  • Kawalan dan penggunaan senjata yang sangat mudah
  • Detection yang agak lemah kadang-kala ketika memanjat agak memberi tekanan terutama ketika cuba mengelak daripada dikesan oleh tentera Jerman atau serangan mereka
  • Dialog dengan NPC yang ringkas agak kurang menarik
  • Ketahanan damage Sean yang tinggi dalam normal setting agak kurang realistik . Namun begitu, ia banyak membantu dalam permainan
  • Di sesetengah lokasi, keperincian dan kecantikan grafik dalam penghasilan environment kurang baik dan tidak menarik
  • Penamat anti klimaks
Overall - 4

The Saboteur memberikan pengalaman permainan bertemakan WWII yang berbeza jika dibandingkan dengan permainan video yang lain. Open world yang luas selain kebebasan untuk menyelesaikan objektif yang pelbagai juga membuatkan The Saboteur menyeronokkan dan tidak membosankan. Latar belakang Perancis sebagai lokasi yang digunakan juga amat menarik dan memuaskan hati. Antara third person adventure yang wajib dicuba.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

The Saboteur Screenshots


Sean Devlin

Skylar St. Claire

Veronique

Belle de Nuit

Collecting postcard

Swimming

Altair, favorite sport car

Aurora

Some of hiding spot

Sabotaging AA Gun for contraband

Destroying zeppelin with AA Gun for contraband

Fightback success

In-Game Action




Racing












In-Game Combat








High Definition








World and Environment