Pages

Wednesday, March 17, 2010

Saw : The Video Game

Game - Saw : The Video Game
Publisher - Konami
Developer - Zombie Studios
Engine - Unreal 3
Platform - PC
Released Date - 31 October 2009

Envy Review for PC
Gameplay - 3
  • Perspektif third person
  • Terdapat 3 mode permainan iaitu eksplorasi, combat dan puzzle mini game.
  • Dalam eksplorasi, tidak banyak abiliti dimiliki oleh Tapp. Kebanyakkan tindakan yang dilakukan oleh Tapp bergantung kepada action prompt yang terdapat pada sesuatu objek atau manusia dan akan dipaparkan apabila berada berdekatan dengannya. Contohnya, membuka dan mengunci pintu, mengambil item dan memanjat tangga. Tindakan tersebut banyak melibatkan penggunaan (MB1).
  • Semasa eksplorasi, Tapp perlu melalui banyak kawasan gelap. Elemen cahaya memainkan peranan penting di sini untuk memudahkan Tapp melaluinya. Sumber cahaya diaktifkan menggunakan (4) merangkumi pelbagai sumber seperti pencucuh api, lampu suluh dan pancaran kamera.
  • Menyusuri persekitaran dalam Saw memerlukan Tapp sentiasa berhati-hati kerana pelbagai perangkap dan hazard yang terdapat di dalamnya. Sesetengah pintu dipasang satu perangkap yang akan melepaskan tembakan shotgun jika Tapp gagal menghentikan tuil pengaktif shotgun tersebut melalui indicator yang dipaparkan. Tripwire yang dipasang pada laluan juga perlu dinyahfungsikan terlebih dan boleh disimpan untuk kegunaan Tapp sendiri. Kaca yang berselerakan di atas lantai juga memberi damage kepada Tapp jika terpijaknya. Wap stim yang bocor juga perlu ditutup terlebih dahulu kerana mampu membunuh Tapp. Sesetengah pintu yang berkunci boleh dibuka jika terdapat ikon kunci dipaparkan. Namun begitu, Tapp perlu mencari kunci tersebut terlebih dahulu.
  • Combat banyak melibatkan melee combat kerana senjata api seperti pistol sangat terhad. Selain hand to hand combat terdapat banyak senjata melee yang boleh diperolehi dan digunakan sepanjang permainan seperti paip besi, pemukul besbal dan pisau bedah. Tapp perlu memasuki combat mode (L-SHIFT) sebelum setiap serangan boleh dilakukan. Dalam combat, beberapa abiliti boleh digunakan oleh Tapp untuk menghadapi musuhnya seperti light attack (MB1), heavy attack (3) dan blocking (MB2).
  • Trap juga boleh digunakan bagi membunuh musuh tanpa perlu berhadapan dengan mereka. Antara trap yang berguna adalah tripwire yang hanya boleh diaktifkan di lokasi tertentu atau merenjat musuh dengan aliran elektrik melalui takungan air yang dilalui mereka.
  • Puzzle merupakan elemen utama dalam Saw. Tapp perlu menyelesaikan pelbagai jenis puzzle dalam usahanya samada untuk menyelamatkan tahanan Jigsaw, mendapatkan objek tersebunyi, membuka peti berkunci, lockpick mencari petunjuk dan mengelak perangkap Jigsaw. Antara mini game yang perlu diselesaikan adalah selarikan aliran elektrik dengan membetulkan sambungan kabel, memasang gear. Menambahkan tekanan menyelesaikan puzzle, had masa turut digunakan untuk mewujudkan ketegangan kepada Tapp. Sesetengah mini game seperti mencari fius atau kunci di dalam mangkuk tandas yang dipenuhi picagari melibatkan pain meter yang akan memberi kesan kepada health meter.
  • Damage yang dialami akan mengurangkan health meter yang dipaparkan di sudut bawah kiri skrin berwarna merah. Health meter dipulihkan sama ada menggunakan bandage atau health hypo
Action - 3.5
  • Pemain membawakan watak David Tapp, bekas detektif daripada filem Saw pertama (Danny Glover) yang dibawa oleh Jigsaw ke sebuah tempat yang tidak diketahui selepas ditembak oleh Zep. Jigsaw mengeluarkan peluru tersebut dan menanam kunci ke dalam tubuh badan Tapp yang berguna kepada tahanan-tahanan Jigsaw lain yang berada di tempat yang sama untuk kebebasan mereka.
  • Objektif utama Tapp adalah menyelamatkan dirinya dengan melepasi setiap perangkap yang disediakan oleh Jigsaw.
  • Pelbagai senjata melee disediakan dalam Saw seperti pemukul besbal (sebahagiannya berpaku untuk damage yang lebih), paip besi, kayu pemegang mop, tongkat, pisau bedah, gunting, crowbar, dan lampu meja. Hanya satu senjata boleh dibawa pada satu masa. Hanya revolver sahaja senjata api yang terdapat dalam permainan ini. Ia sangat sangat terhad dan jarang dijumpai.
  • Senjata terbaik untuk digunakan menghadapi musuh adalah tangan Tapp sendiri. Hand combat lebih efektif jika dibandingkan penggunaan senjata melee lain kerana lebih tangkas, cepat dan tepat. Penggunaan senjata melee lazimnya memerlukan sedikit masa untuk impak pukulan dan ini mendedahkan Tapp kepada serangan musuh dan mendatangkan bahaya kepadanya. Senjata melee terbaik untuk digunakan adalah pisau bedah kerana ia tidak memerlukan ayunan yang akan membazirkan masa. Namun begitu, penggunaannya agak terhad kerana mudah rosak.
  • Mekanisma real time yang digunakan menyebabkan senjata akan mengalami kerosakan selepas tempoh tertentu penggunaannya.
  • Terdapat pelbagai jenis perangkap dan puzzle tersedia untuk dihadapi oleh Tapp.
Beautiful World and Detail - 3.5

Landscape - 3.7, Characters - 3, Costumes - 3, Weapons - 1.5, Objects - 3.5, Babes - 1.5

You Live in it - 3.5
  • Jalan cerita yang menarik seolah-seolah sebuah lagi filem Saw baru telah diterbitkan
  • Persekitaran permainan yang menarik, realistik dan menyeramkan
  • Suasana sunyi dan kegelapan membuatkan setiap perjalanan yang dilalui memberikan debaran dan tanda tanya tentang apa yang akan ditemui.
  • Efek lighting dan shadow yang amat menarik dan menghidupkan suasana menakutkan.
  • Lagu latar serta efek bunyi seperti suara sayup meminta pertolongan, jeritan menahan kesakitan dan bunyi benda terjatuh dihasilkan dengan amat baik bagi menghidupkan suasana seram dan mengejutkan malah mampu memberikan panik.
  • Voice acting yang sangat baik terutama Jigsaw.
  • Mayat yang kekal pada kedudukan asalnya.
  • Mekanisma senjata yang realistik membuatkan kekerapan dan kekuatan penggunaannya akan menyebabkan senjata tersebut rosak.
  • Puzzle dan trap yang amat menarik dan mencabar untuk diselesaikan
  • Efek gore dan blood yang realistik dan menarik. Namun begitu, penghasilannya agak kurang terperinci. Sebagai contoh kepala yang hancur akibat jawtrap atau shotgun collar tidak meninggalkan sebarang percikan darah atau cebisan daging di persekitaran sebaliknya cuma kesan darah yang mengalir di tempat mayat tersebut rebah.
  • Kesan letupan dinamit kurang realistik kerana ia cuma membunuh Tapp tanpa meninggalkan sebarang kesan terbakar atau hancur ke atas mayatnya.
  • Ketiadaan fungsi mengubah tetapan papan kekunci mengecewakan kerana tetapan default nya kurang keselesaaan untuk capaian.
  • Combat merupakan sesuatu yang paling mengecewakan dalam Saw memandangkan elemen lain dihasilkan dengan baik dalam permainan ini. Selain, hit detection yang sangat lemah, beberapa kelemahan turut dikesan terutama penggunaan senjata melee yang memerlukan ayunan sangat sukar semasa asakan musuh, timing untuk countering dan finishing yang tidak diketahui dengan detection yang lemah malah key binding untuk combat juga agak sukar untuk dicapai.
Overall - 3.5

Zombie Studios ternyata berjaya membawakan elemen-elemen asal daripada filem Saw ke dalam permainan video ini dengan jalan ceritanya sendiri. Dengan puzzle yang mencabar serta suasana penuh seram dan mendebarkan, ia menjanjikan kepuasan hingga ke penamat permainan. Cuma beberapa perkara perlu diambil perhatian dan diperbaikki khususnya combat dan keperincian yang lebih baik dalam penghasilan gore.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Saw : The Video Game
Screenshots


David Tapp

Pig Head

Searching for a key in toilet bowl full of syringes


Lockpicked successful

Searching locker

In-Game Combat





In-Game Action












World and Environment











Dante's Inferno : Trials Of St. Lucia - Concept Art


Game - Dante's Inferno
DLC - Trials Of St. Lucia
Publisher - Electronic Arts
Developer - Visceral Games
Platform - 360, PS3
Release Date - 29 April 2010









Nvidia GeForce GTX 480 / 470 First Look


Nvidia GeForce GTX 480 dan GTX 470 akan menjadi GPU pertama yang dibina berasaskan Fermi architecture dengan GF100 graphic chip. Dijangka akan dilancarkan semasa PAX East 2010 di Boston, Massachussets pada 26 Mac 2010 nanti, tidak banyak maklumat terperinci didedahkan oleh Nvidia mengenai GPU terbaru tersebut.

Maklumat awal yang diperolehi mengatakan GTX 480 merupakan high end class GPU dengan core clock yang tinggi manakala GTX 470 pula memiliki core dan memory clock yang lebih rendah memandangkan ia dikategorikan sebagai GPU mampu milik bagi 400 series GPU.

Berikut merupakan spesifikasi awal yang diperolehi berkaitan GPU berkenaan :

GTX 480
GTX 470
Processor core
512
448
Core clock
TBATBA
Memory clock
TBATBA
Shader clock
TBATBA
Memory config.
1536 MB / GDDR5
1280 MB / GDDR5
Memory interface
384 bits
320 bits
Memory bandwith
TBA
TBA
Texture fillrate
TBA
TBA
Max temperature
TBA
TBA
DirectX 11 support
/
/
Nvidia CUDA Technology
/
/
Nvidia Physx Technology
/
/
Nvidia SLI ready
/
/
Nvidia 3D Vision Surround ready
/
/
Nvidia PureVideo HD Technology
/
/
OpenGL 3.2 support
/
/
Power connector
6 / 8 pin
6 / 6 pin
Output
DVI / HDMI
DVI / HDMI
Size
TBA
TBA

Daripada benchmarking yang dilakukan ketika CeBIT 2010 yang lalu di Hannover, Jerman menggunakan UniEngine, perbandingan dengan GPU single core ATI iaitu Radeon HD 5870 mendapati GTX 480 mengatasi GPU ATI tersebut.

(source - engadget.com)

GTX 480 pictures

(source - tweakers.net)




GTX 470 pictures

(source - tcmagazine.com)